Kemelut kewangan dilaporkan antara punca berlakunya penceraian di negara ini. Jadi, tidak hairanlah apabila ramai gadis sanggup membujang sehingga ke akhir hayat terutama sekali bagi mereka yang berkerjaya dan berpendapatan tinggi.
Berdasarkan perkongsian di Twitter, seorang wanita meluahkan perasaan ingin mendirikan rumah tangga dengan teman lelaki yang dikenali lebih tiga tahun. Bagaimanapun katanya, dia sedikit bimbang kerana kewangan semasa teman lelakinya itu masih tidak kukuh.
Pada masa sama, dia mengakui menanggung kebanyakan perbelanjaan antara mereka berdua sehingga merasakan teman lelakinya tidak bersedia untuk menambah komitmen menerusi perkahwinan. Memulakan ceritanya, wanita berkenaan menyatakan dia dan pasangan kini dalam fasa mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinan. Tambah wanita itu, pasangannya bukan sahaja tidak mampu menanggung perbelanjaan berdua malah gaji yang diperoleh juga tidak cukup untuk diri sendiri. Ekoran itu, wanita terbabit memohon pandangan dan nasihat daripada warganet tentang masalah yang dihadapi. Pun begitu, dia terharu dan bersimpati kerana teman lelakinya tetap berusaha untuk menghalalkan hubungan mereka menerusi perkahwinan. Menurutnya, mereka berdua juga telah berbincang berhubung perkara berkaitan kewangan masing-masing, namun menemui jalan buntu. Tambahnya yang turut meminta pandangan daripada pihak lelaki berhubung masalah yang dihadapi. Disebabkan isu kewangan yang dibangkitkan dan gaji wanita lebih tinggi berbanding lelaki, luahannya mendapat perhatian daripada warganet. Rata-ratanya beranggapan bahawa hubungan tersebut boleh berjalan lancar jika kedua-duanya saling bertolak ansur dan berusaha memperbaiki kekurangan yang wujud. Pun begitu, netizen berpendapat kos perbelanjaan harian dan nafkah mestilah ditanggung oleh pihak lelaki. Bagi kaum lelaki pula, mereka menasihatkan supaya wanita terbabit memutuskan hubungan dan mencari pasangan yang setaraf bagi mengelakkan perselisihan faham di kemudian hari. Ada juga yang berkongsi pengalaman kerana pernah melalui situasi seperti wanita tersebut dan akhirnya dia ditinggalkan kerana tidak mampu. Sumber: mStar
|
CiliPadiSedap replied at 28-9-2022 05:30 PM
friska cerdik dia cari gaji lelaki lagi tinggi dari majikan dia.
chip92 replied at 9-10-2022 04:27 PM
pempuan kalau boleh jgn la open sgt korang tu gaji lg tinggi dr laki. jgn citer byk harta. jgn murah ...
Meiizu replied at 9-10-2022 05:05 PM
dah perempuan tunjuk ccris abislah lah dia nampak record rumah, kete kita...dari situ pun dia dah b ...
chip92 replied at 9-10-2022 04:27 PM
pempuan kalau boleh jgn la open sgt korang tu gaji lg tinggi dr laki. jgn citer byk harta. jgn murah ...
belacan_gurl replied at 5-10-2022 07:08 PM
Ikut pesan aku nih ..mana2 adik yg masih dlm u ..gi bercinta ..nt dah ko keja..nk cari dlm tmpt kej ...
ADVERTISEMENT