Nyanyian seorang gadis Indonesia yang menyebut baris lirik berbunyi 'syulit (sulit) melupakan Reyhan' turut mendapat perhatian kumpulan nasyid popular Raihan.
Khusyuk menyaksikan video yang dimuat naik di laman Tiktok itu, anggota Raihan sempat berjenaka dengan mengajak peminat untuk menyaksikan konsert mereka yang bakal berlangsung pada 26 November depan. "Siapa yang begitu 'syulit' melupakan Raihan, jom kita saksikan Konsert Garis Masa Raihan. "Insya Allah selepas ini semakin sulit adik-adik semua untuk melupakan abang-abang Raihan," kata kumpulan itu di Instagram.
Kumpulan yang cukup terkenal dengan lagu Demi Masa itu tidak ketinggalan mengikut trend terkini laman sosial di mana menunjukkan mereka seolah-olah terpegun menyaksikan video nyanyian tersebut. Sebelum ini, gadis yang dikenali dengan nama Intan Lembata Bunting itu tular apabila dia memuat naik video nyanyian lagu berjudul Cukup Dikenang Sahaja.
|
casper2022 replied at 28-9-2022 08:47 PM
Xteringin lg nk download tiktok..
ADVERTISEMENT