CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Tak Makan, Hanya Minum Air Dicampur Garam Gula Lemon Setiap Hari Selama Lebih 41 Tahun

28-9-2022 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2266| Komen: 16

HANOI: Seorang wanita mendakwa dia sudah mengamalkan diet air selama lebih 41 tahun dan sehingga kini, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Ngon itu memberitahu, sepanjang empat dekad lalu, dia hanya menikmati air yang dicampur sedikit dengan garam, gula dan perahan lemon sebagai rutin makanan hariannya.

Pada usia 63 tahun, wanita itu kelihatan sihat dan seperti tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius.


Foto: Agensi

Malah, Ngon juga mendakwa dia lebih bertenaga dan jarang ditimpa sakit, termasuk demam.


Wanita itu menceritakan, dia sebelum ini menikmati makanan sama seperti orang lain iaitu makan nasi dan pelbagai juadah enak sehingga dia berusia 21 tahun.

Ketika itu, dia berdepan masalah kesihatan yang menyebabkan penglihatannya semakin kabur, sering sakit perut dan muntah.

Keputusan makmal menunjukkan dia mengalami penyakit berkaitan darah dan ubatan yang diberikan tidak mampu mengurangkan kesakitannya, menyebabkan wanita itu mengamalkan diet air.

Sejak itu, kesihatannya semakin baik menyebabkan dia tidak mahu lagi menukar dietnya, walaupun mengakui ada kalanya dia berasa bosan dengan rutin sama setiap hari. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 28-9-2022 03:19 PM
glowing weh kulit nenek ni
Quote pooh~key 28-9-2022 03:32 PM
Kasihan ahkak ineeyyyy dia tak tertedah dengan produk timbang kati ponder2 berkualitas serata tanah air sistah! Kalau tak, tak ada la sampai dia perlu minum air jah sepanjang hidup sis.
Quote ninja boy 28-9-2022 03:50 PM
Tak teringin ka makan nasi berlauk sotong, udang, ikan pari bakar asam, kerang ketam papaya lazat
Quote tom2 28-9-2022 04:00 PM
???? jari dia sangat kuattt
Quote mayakaren 28-9-2022 04:15 PM
Mcm snake juice for intermittent fasting yg buat liquid diet but acik ni letak gula. Tak sama lah but konsep lebih kurang.
Quote Gingerly 28-9-2022 07:31 PM
Sepp habis belanja dapur utk dia. Hebatnya, hm tak sanggup. dinner aku cuma makan sebiji grapefruit. Esok mungkin pumpkin soup, sekian krik2
Quote gideoncross 28-9-2022 07:33 PM
Tngok gmbr ingtkn llaki tdi, rupa2 nya prmpuan.
Quote margo20 28-9-2022 07:54 PM
Fuh dasyatnye dia punya istiqomah
Quote ninja9 28-9-2022 08:13 PM
hebat ini barulah berita yang unik. boleh bagi pelajaran baru kpd kefahaman diet
Quote Atata 28-9-2022 08:47 PM
Dia takda mkn karbo protein semua tu?
Quote None68 28-9-2022 09:17 PM
Mmg nmpk elok sihat acik ni ye
Quote helicornia 28-9-2022 10:19 PM
Ye ke ni.klu minum air je berpuluh tahun rasanya dh kurus kering makcik ni
Quote noor2 29-9-2022 06:43 AM
X percayalah...
Quote ninnakarinna 29-9-2022 07:02 AM
Kawan aku indian yg full vege siap pantang bawang putih, bawang merah dan cendawan pun asik kena jumpa doc sbb joints dia slalu problem (aku suspect sbb tak cukup mineral dari daging)

Inikan pulak yg hanya minum air... Takkan tak effects apa2.. Sorry.. Tak caya..
Quote mbhcsf 29-9-2022 07:33 AM
ape sumber protein and calcium dia? energi tu ade dalam glucose tu , itu tak pe...

Quote isseliparjepun 29-9-2022 08:39 AM
Cara masing-masing kan. Tapi bagus la acik ni fokus tinggi, boleh tepis nafsu nak makan itu ini. I minum juga lemon madu, tapi bukanlah hari hari dan sepanjang masa. Kalau time tengahari panas lit lit, lemon madu ice tu niqqmat sangat.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.059613 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top