CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Bunuh Kucing Peliharaan Anak Hanya Kerana Curi Bebola Daging Dimakannya

28-9-2022 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 950| Komen: 7

Seorang lelaki berdepan hukuman penjara selama tiga tahun selepas didakwa membunuh kucing peliharaan anak perempuannya hanya kerana haiwan itu mencuri bebola daging yang dimakannya.


Anak perempuan lelaki itu yang berusia 25 tahun membuat laporan kepada Yayasan Pemantau Thailand (WDT) untuk memberi pengajaran kepada bapanya yang bersikap kejam terhadap haiwan.



Wanita itu menuduh bapanya berusia 69 tahun membunuh kucingnya pada Sabtu lepas.

Wanita itu turut memaklumkan kepada media bahawa dia tidak mempunyai hubungan baik dengan bapanya, malah sudah tidak tinggal sebumbung dengan lelaki itu kerana sikap panas barannya.


Wanita tersebut memberitahu, dia mungkin tidak akan bercakap lagi dengan bapanya berikutan insiden itu, namun masih mempunyai hubungan baik dengan ibunya.

“Ayah selalu menggunakan perkataan tidak sopan ketika berbual dengan saya, menyebabkan saya tidak mahu lagi bercakap dengannya.

“Kini, saya hanya berbaik dengan ibu dan akan berusaha menjaga hubungan tersebut,” katanya.

Terdahulu, wanita itu meminta ibunya menjaga kucing peliharaannya berusia tujuh tahun yang dikenali sebagai Hachi ketika dia keluar daerah pada minggu lalu.

Kucing itu tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah kerana ibu bapa wanita itu membela arnab.

Wanita itu sering memeriksa lokasi kucingnya, namun tidak mengesan kedudukannya sebelum pulang dan bertemu dengan bapanya.

“Ayah saya cuba memberi pelbagai alasan mengenai kehilangan Hachi sehinggalah dia mengakui dia bunuh kucing itu hanya kerana Hachi mencuri makanannya.

“Sejurus itu, saya buat laporan polis kerana saya mahu ayah hormati hak orang lain dan juga dijadikan pengajaran kerana bersikap kejam terhadap haiwan,” jelasnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote timahterung 28-9-2022 03:37 PM
Babi bapak dia tuh[em:6:]
Quote she 28-9-2022 03:42 PM
Gamaknya bapak dia pun akan bunuh dia kalau amek seketol ayam guring
Quote casper2022 28-9-2022 04:57 PM
kejammmmmmm!
Quote Skuau 28-9-2022 05:10 PM
"kau kan tau kesukaan aku adalah bebola daging...kenapa kau curi berbola daging aku..aku pancung engkau".-
Quote MissVixen 28-9-2022 05:20 PM
Agaknya selama dijaga tu, kucing tu tak diberi makan langsung.
Quote kakikuDibibirmu 28-9-2022 05:20 PM
Amenda ni?

54-3000-0 (1).jpg
Quote BknMaksum 28-9-2022 05:23 PM
Tggu balasan ko yer org tua! Geram plak iols. Takkan tenteram hdp ko!

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.076992 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top