Pelakon Mia Ahmad tetap cekal istiqamah bertudung labuh biarpun sering menerima pelbagai kutukan dan kritikan berkenaan penampilan terkininya itu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Mia menegaskan bahawa dirinya nekad untuk mengubah penampilannya demi memenuhi tuntutan Sang Pencipta. “Bila orang cakap tudung labuh macam makcik dan tak moden….Sorry, I dress for Allah…” tulisnya. Menurut Mia, ada segelintir pihak yang mendakwa dirinya tidak akan istiqomah dan mendapat sokongan daripada suaminya yang merupakan pemain bola sepak negara, Izham Tarmizi.
Namun, tohmahan itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang ke jalan yang benar. Menerusi perkongsian itu juga, Mia turut menzahirkan rasa syukurnya apabila dia menyedari kini lebih banyak kebaikan yang diterimanya selepas nekad untuk mengubah penampilannya. Malah, pelakon itu juga turut menitipkan doa kepada kaum wanita yang lain agar mendapat hidayah yang berpanjangan. Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyokong kenyataan pelakon itu dan memuji kecantikannya bertudung labuh. Sumber: Xtra
|
hareeeesah replied at 28-9-2022 07:11 PM
Ok soalan serious dari esah, dorang tudung labuh tapi pakai seluar senteng sebab pakai socks tu kira ...
hareeeesah replied at 28-9-2022 07:11 PM
Ok soalan serious dari esah, dorang tudung labuh tapi pakai seluar senteng sebab pakai socks tu kira ...
lyshafull replied at 28-9-2022 10:48 PM
Meleis mmg obses dgn purdah b tudung labuh pun
Tpi fesyen senteng tetap ikut
Fesyen katanye hahah ...
ADVERTISEMENT