CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Stesen Minyak Jual Kad NFC 5 Kali Ganda Harga Asal

28-9-2022 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1909| Komen: 17

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan seorang pekerja kaunter pembayaran sebuah stesen minyak yang menjual kad Komunikasi Medan Dekat (NFC) Touch ‘n Go (TnG) pada kadar lebih lima kali ganda menerusi platform pasaran dalam talian.


Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga sekeping kad NFC tanpa sebarang kredit di dalamnya adalah RM10.


Penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaan di seluruh negara berhubung aduan penjualan kad NFC pada harga berlipat ganda.

"Penjualan kad NFC TnG sejak April tahun ini mengundang polemik dalam kalangan rakyat apabila rata-rata mengadu bahawa ia sukar didapati berikutan bekalan yang terhad di semua saluran seperti diuar-uarkan," katanya.


Menurutnya, bagi tempoh dari April hingga 25 September lalu, Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP menerima empat aduan rasmi mengenai kad NFC, selain mengesan 13 iklan jualan membabitkan beberapa platfrom dalam talian.

“Berdasarkan semakan dan maklumat daripada pengelola platform pasaran dalam talian, sebanyak 11 premis merangkumi kediaman peribadi serta bangunan perniagaan diperiksa berhubung kes sama," katanya.


Kad NFC

Beliau berkata, pasca pemeriksaan pula mendapati sebanyak enam notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dikeluarkan kepada pihak terbabit, yang antara lain menuntut supaya maklum balas atau penjelasan rasmi perlu dikemukakan kepada kementerian.

“Pihak berkenaan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 21(5) AKHAP 2011 kerana enggan atau gagal mengemukakan maklum balas,” katanya.

Alexander berkata, pengurusan kanan kementerian akan mengadakan pertemuan dengan syarikat TnG pada minggu ini bagi mendapatkan status kaedah semasa penjualan dan isu kekurangan bekalan kad NFC seperti dikemukakan ramai pengguna.

"Sebarang perkembangan mengenai hasil pertemuan antara KPDNHEP dengan syarikat TnG akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 28-9-2022 01:30 PM
alah 15 inggit juai pun bising...errr tng card sama je dgn kad nie kan
Quote Miss.Rara 28-9-2022 02:22 PM
musangbodoh replied at 28-9-2022 01:30 PM
alah 15 inggit juai pun bising...errr tng card sama je dgn kad nie kan

15 hengget apo... depa jual rm50 keataih sekeping... harga asal rm10 saja pun... sama harga dgn kad tng yg biasa..

cuma TNG NFC nie boleh topup duit terus dari akaun dan tipon yg ada support nfc... tipon yg takda support nfc takyah laa beli kad nie hehehe...

takyah susah payah pi kiosk atau mana mana mesin kat kedei semata mata nak topup tng...


Quote krustykrab 28-9-2022 02:32 PM
Miss.Rara replied at 28-9-2022 02:22 PM
15 hengget apo... depa jual rm50 keataih sekeping... harga asal rm10 saja pun... sama harga dgn ka ...

Takut jgk kan blh sedut direct dr akaun bank...karang duit hilang lagi..
Nfc mcm mana cara guna dia? Phone iols ada button nfc, duk tgk lama dah tp tatau apa
Quote pekanwoohoo 28-9-2022 02:55 PM
Benda tu kan open market, kenapa nak halang reseller jual mahal-mahal. Kau taknak beli, tak payah lah beli. Nak ambil tindakan, pergi lah kacau TnGo sana. Jual barang dah lah limited quantity, stock tak available, dah lah bisnes monopoli.
Quote makita 28-9-2022 03:08 PM
Kat TnG Watson msih boleh guna. Kakak2 semua mesti ada kan..xyah cari dah
Quote kakikuDibibirmu 28-9-2022 03:24 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 28-9-2022 03:27 PM
krustykrab replied at 28-9-2022 02:32 PM
Takut jgk kan blh sedut direct dr akaun bank...karang duit hilang lagi..
Nfc mcm mana cara guna di ...


Sentuh sahaja kad tu dekat belakang ponsel, apalah makcik ni tak tahu NFC, orang jaman now semua bayar pakai NFC sentuh jah Apple Pay, Google Wallet Samsung Smartwatch Apple Watch Samsung Pay pelbagai, orang dah tak bayar dah guna duit tunai

Wr8HXrO_copy_1024x1202.jpg
Quote krustykrab 28-9-2022 03:41 PM
kakikuDibibirmu replied at 28-9-2022 03:24 PM
Sentuh sahaja kad tu dekat belakang ponsel, apalah makcik ni tak tahu NFC, orang jaman now semua b ...

Acik dah tua tatau apa itu ponsel, nfc
Ponsel tu haper...pensil stabillo 2b ka?
Quote she 28-9-2022 03:45 PM
krustykrab replied at 28-9-2022 03:41 PM
Acik dah tua tatau apa itu ponsel, nfc
Ponsel tu haper...pensil stabillo 2b ka?

Ponsel : handphone selular

Singgit ar
Quote kakikuDibibirmu 28-9-2022 03:47 PM
she replied at 28-9-2022 03:45 PM
Ponsel : handphone selular

Singgit ar

Satgi makcik kertu tu tanya, selular tu apa? Selulit ke?
Quote krustykrab 28-9-2022 03:48 PM
she replied at 28-9-2022 03:45 PM
Ponsel : handphone selular

Singgit ar

Bahasa bbnu ke?
Kan elok guna phone ka tel bimbit js..awat duk ponsel ponsel...

Bak no akaun nk trf
Quote krustykrab 28-9-2022 03:49 PM
kakikuDibibirmu replied at 28-9-2022 03:47 PM
Satgi makcik kertu tu tanya, selular tu apa? Selulit ke? :2lol ...

Amboih...ko kutuk aku ye hanat
Quote she 28-9-2022 04:22 PM
krustykrab replied at 28-9-2022 03:48 PM
Bahasa bbnu ke?
Kan elok guna phone ka tel bimbit js..awat duk ponsel ponsel...


Ponsel tu bahasa Indo dek Krab oiiiii
Dorang kan suka cantum2 perkataan

Mekasih dek Krab
Dah dapat singgit
Quote supernaturalee 28-9-2022 05:49 PM
pekanwoohoo replied at 28-9-2022 02:55 PM
Benda tu kan open market, kenapa nak halang reseller jual mahal-mahal. Kau taknak beli, tak payah la ...

agree sgt
bisnes monopoli
duk kontrol psl topup tu
ape yg pyh sgt topup direct online jek

ni buat kad yg blh topup direct ni pun still jual jgk rm10
klu dpt tukar yg lama, ok la jgk
dulik la psl kos buat kad, sistem bullshit or whatever
korg dh kaya yakmat pun kan
monopoli much
yiiihh
Quote kakikuDibibirmu 28-9-2022 06:03 PM
supernaturalee replied at 28-9-2022 05:49 PM
agree sgt
bisnes monopoli
duk kontrol psl topup tu

Touch n go tu euphemism untuk sex bebas, lepas touch kita go

tak touch kalu takkan boleh inzal nanti, tak best topup online tak touch-touch, kena touch baharulah terasa nikmat
Quote supernaturalee 29-9-2022 08:11 AM
kakikuDibibirmu replied at 28-9-2022 06:03 PM
Touch n go tu euphemism untuk sex bebas, lepas touch kita go

tak touch kalu takkan boleh inzal na ...

ngengadenyer







Quote ultra78 29-9-2022 08:19 AM
Saya pengguna lrt & mrt sekadar tengok aje orang berebut beli kad ni. Saya reload tng di stesen sahaja dan my50 hanya boleh dipakai di mykad
Quote pooh~key 29-9-2022 08:22 AM
musangbodoh replied at 28-9-2022 01:30 PM
alah 15 inggit juai pun bising...errr tng card sama je dgn kad nie kan

Baik kau delete komen ni sis sebelum akak cop kau ngokngek sisterrrr…. Kohkohkohkohkohkoh.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.261732 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top