CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beli Rumah Buat Sewa Adalah Kapitalis Dah Tak Relevan, Rumah Sewa Satu Keperluan!

28-9-2022 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3375| Komen: 22

PETALING JAYA – Sentimen sesetengah pihak suatu ketika dahulu tentang pembelian hartanah untuk tujuan sewaan sebagai kapitalis, mungkin sudah tidak relevan lagi untuk dilaungkan.


Isu kesukaran pelajar-pelajar universiti di Shah Alam mendapatkan rumah sewa baru-baru ini sudah cukup membuktikan kenyataan di atas hanyalah pandangan mereka yang jumud pemikiran.

Pelabur hartanah yang juga Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Dr. Azizul Azli Ahmad menerusi perkongsian di Facebook berkata, rumah sewa kini telah menjadi satu keperluan.

Foto: Kismo

“Bila beli rumah buat sewa, ada yang kata kapitalis, ambil hak orang lain dan macam-macam tuduhan menghina. Ia perlu ada di setiap daerah dan pedalaman.


“Selagi ada sekolah, hospital, pejabat kerajaan permintaan sewa akan ada. Hakikatnya, zaman belajar, mula kerja, mula kahwin, pindah kerja semua itu perlukan rumah untuk disewa,” katanya.

Katanya lagi, pelaburan hartanah untuk sewaan juga menjadi salah satu cara untuk membantu menyelesaikan masalah kehidupan orang lain.

“Tak semua orang mula kahwin mampu beli rumah. Ada modal sikit, himpun duit belilah sebuah rumah dan sewakan. Pedulikan apa orang kata.

“Takkan nak beli rumah banglo untuk buat sewa, bayar RM5000 sebulan, sewakan pada kadar RM500 sahaja? Itu kerja gila.

Tambahnya, hasil sewaan tersebut juga boleh dijadikan sumber pendapatan dan kewangan apabila tiba masa memerlukan.

“Jika anak nak sambung belajar, duit sewa boleh tampung pengajian mereka. Menabunglah dan binalah harta yang baik buat keluarga,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 28-9-2022 12:04 PM
Apa kata pihak pemaju sendiri yang sediakan rumah untuk disewa semata-mata sis? Apa macam ada berani sisthor?
Quote prettyuglybabe 28-9-2022 12:14 PM
rumah sewa banyak je..
cumanya owner tak nak sewa kat student..
masuk je mudah tengok berderet rumah nak sewa..
sewa pun bukan kaleng-kaleng..
area hot, flat pun nak dekat seribu..
tu bukan kapitalis ke?
Quote CiliPadiSedap 28-9-2022 12:32 PM
sewa pun belum tentu untung kalau dapat tenant perangai syaitan. bagi kaka biar market open. kalau tiada penyewa owner rumah tanggunglah sendiri loan atau turunkan harga sampai ada penyewa berminat.

sama macam kes ayam dulu. bila market di kawal, tetiba ramai tutup reban ayam sbb kos lagi tinggi dari jualan. jadi langkah cermat biarkan market open sahaja. market akan buat correction bila tiada demand dan supply.

sebab tu cina2 marah kalau agensi gov ada bangunan sendiri sebab rugi mereka tak dapat sewa.huhu. najib cerdik buat hub macam UTC. mudahkan rakyat.
Quote KamikuP 28-9-2022 12:46 PM
Tapi studendt sewa rumah tunggang terbalik.. cth kat area Shah Alam tu.. tu pasal tuan rumah taknak sewa kat student
Quote shernazz 28-9-2022 12:51 PM
Disebabkan senior korang yang perangai cam hanat sewa rumah tinggal cm reban..
Mmg idak la owner nak bagi sewa
Depa pung ada hak jugak....kalau dah jahanam rumah tu...nanges pung tak guna
Skang iklan ramai yang nak keluarga sahaja...
Atau sewa bilik..bujang bekerja sahaja
Quote Artemesiaa 28-9-2022 12:54 PM
Ada benarnya tahun2 70an dulu boleh ler kalau ada banyak rumah sewa boleh senang.  Zaman sekarang dah makin susah nak dapat penyewa yang jaga rumah macam rumah sendiri.  Rata2 bila mereka dah berpindah rumah macam diserang garuda.  Banyak kena baiki kerosakan sana sini belum lagi sampah2 yang ditinggalkan barangan lama furniture satu hal lak nak kena sewa tong sampah sewa lori nak gi buang barang2 tu semua.  Belum lagi kerja pembersihan cat semula jelaskan semula bil2 air eletrik syabas yang dah lama tak dijelaskan lama2 kos jadi tinggi tak berbaloi tak balik modal lagi banyak kena berhabis.
Quote akies 28-9-2022 01:09 PM
Kalau ada duit lebihan..dr bonus dan sebagainya..
Baik beli rumah subsale atau rumah lelong.
Aset kemudian hari.
Quote mamajawie 28-9-2022 02:20 PM
CiliPadiSedap: sewa pun belum tentu untung ka ...

Najib cerdik pun tetap la atok fosil tu dok meratib nama najib2 selagi dia tak masuk penjara..ni da masuk penjara da tenang kot hati atok so dia da bleh fokus nk jadi pm kali ketiga..
Quote casper2022 28-9-2022 08:57 PM
Patut 1 org 1 rumah ja.
Quote Orix 28-9-2022 09:52 PM
mamajawie replied at 28-9-2022 02:20 PM
Najib cerdik pun tetap la atok fosil tu dok meratib nama najib2 selagi dia tak masuk penjara..ni da ...

cerdik sgat tu psal masuk penjara
Quote mrsLucky 28-9-2022 11:22 PM
Kawasan rumah i banyak kolej student anak orang kaya. Untung orang yang ada rumah dan buat beberapa buah bilik untuk disewakan. Sebulan 1 bilik kecik rm550 termasuk aircond. Anggaran bilik ada 9 di atas dan 5 kat bawah.

Kalau ada rezeki dapat beli rumah lain i nak buat juga...pasif income..
Quote anony-mous 29-9-2022 02:45 AM
prettyuglybabe replied at 28-9-2022 12:14 PM
rumah sewa banyak je..
cumanya owner tak nak sewa kat student..
masuk je mudah tengok berderet rumah ...

Pdhal ni isu sebenar. Kapitalis tetap kapitalis. Berita mcm ni saja nk suruh borong rumah byk2 tggung hutang. Isu sebenar tuan rumah x nk sewakan pd student. Tu je. Student pulak x nk sewa jauh sikit kena naik bas rapid or jln kaki
Quote anony-mous 29-9-2022 03:54 AM
mamajawie replied at 28-9-2022 02:20 PM
Najib cerdik pun tetap la atok fosil tu dok meratib nama najib2 selagi dia tak masuk penjara..ni da ...

Ingtkn uols nk ckp dah boleh focus nk mati masa paklah pon dia bising jgk . Semua xkena. Tp sendiri yg nk letak jawatan. Lepas tu sbb dendam, utc jd mangsa. I smpai skrg xpuas hati apa yg diaorang buat pd utc. Najib buat elok dah utc tu. Jd pm kali ke2, blah gitu je sbb x nk bg nuar jd pm
Quote anony-mous 29-9-2022 03:55 AM
casper2022 replied at 28-9-2022 08:57 PM
Patut 1 org 1 rumah ja.

Developer x boleh cari mkn mcm tu uols. Mmg patut buat sorang 1 rumah jah. Tp developer mesti dah kawtim bg percent utk depa buat rumah byk2.
Quote ultra78 29-9-2022 04:22 AM
Nama aje pensyarah tapi isu sebenar tak faham. Tiada siapa pertikai rumah sewa itu keperluan. Tapi adakah tanggungjawab utk sediakan rumah sewa itu terletak pada orang perseorangan dan bukan atas pihak universiti,kerajaan tempatan dan kerajaan negeri? Terutamanya utk golongan pelajar dan orang yang tak mampu membeli. Mudah sungguh kerja pbt dan kerajaan negeri,lepas tangan sambil buat duit dari developer. Tanggungjawab merekalah sediakan hostel atau council home utk disewakan pada sewa murah. Bukan berharap pada orang persendirian yang beli rumah pada market value dan buat loan bank.Malaysia ni nama aje negara islam tapi bab kebajikan rakyat lagi teruk dari negara kafir.
Quote krustykrab 29-9-2022 08:09 AM
CiliPadiSedap replied at 28-9-2022 12:32 PM
sewa pun belum tentu untung kalau dapat tenant perangai syaitan. bagi kaka biar market open. kalau t ...

Tapi dia sendiri kna tipu dgn cina
Quote copy_paste 29-9-2022 08:29 AM
rumah sewa banyak je cuma bukan utk disewakan pada student,kalau ada pun pasti mahal
Quote CiliPadiSedap 29-9-2022 11:58 AM
krustykrab replied at 29-9-2022 08:09 AM
Tapi dia sendiri kna tipu dgn cina

Cina dh leak video oleh pivate investigator. Masih gemuk mcm dulu
Quote mamajawie 29-9-2022 03:28 PM
ultra78 replied at 29-9-2022 04:22 AM
Nama aje pensyarah tapi isu sebenar tak faham. Tiada siapa pertikai rumah sewa itu keperluan. Tapi a ...

Dia pun salah sorang geng kapitalis sistur..sme la cam muntri kewangan tu kalau bagi statement psal bank mana penah tak bekap bank..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.096100 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top