CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kalau Pasal Saya Cepat Je Mengata, Tapi Bila Babit Pihak Rapat Saling Mengenali Terus Tak Berkutik'

28-9-2022 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1380| Komen: 4

Penyanyi sensasi Baby Shima menyarankan mana-mana pihak dan individu yang ingin memberi teguran atau komen agar berhemah dengan menggunakan perkataan tepat serta tidak memilih golongan tertentu saja.


Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, berkata sebagai individu yang sering mendapat teguran dan komen pedas daripada mereka yang berilmu tinggi, baginya lebih baik komen atau teguran itu dibuat secara menyeluruh.


IG Baby Shima

"Saya macam terperasan, apabila ada cerita membabitkan saya cepat sangat yang muncul menegur dengan pelbagai hujah dikeluarkan. Tapi, apabila isu membabitkan pihak yang rapat dan saling mereka kenali, diam pula tak bersuara langsung.


"Saya tetap okey saja menerima teguran termasuk pelbagai komen-komen negatif sehingga ada yang labelkan saya ahli neraka, pembawa malang dan sebagainya. Tapi, jangan pilih kasih. Kalau tegur biar menyeluruh dan tidak tertumpu pada seseorang itu saja," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Baby Shima juga memuat naik video yang memaparkan komen seorang netizen yang mempersoalkan tindakannya membuang komen yang ditinggalkannya disebabkan 'koyak' dengan teguran itu.




Menerusi tinjauan Harian Metro di ruangan komen mendapati ramai juga netizen bersimpati dengan Baby Shima apabila dia dikatakan wanita pembawa malang dan terus 'dihukum' masuk ke neraka buat selama-lamanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imanamsyar 28-9-2022 12:19 PM
walopun ada betulnya apa yang dia kata cuma hakak nak pesan satu je dik..hidup jangan terlalu mengundang... enjoy your youth but within limit ya..
Quote ajinomotonosuga 28-9-2022 12:39 PM
Hidup tak perlu setuju orang lain
Orang lain perlu setuju pilihan dia

Baru dedua hati aman.

Quote prince_marhaen 28-9-2022 02:04 PM
diamlah sundal.... ye lah ye lah...kekonon kau lah terpaling savage, rebel & sundal di alam semesta ni...
Quote annehuda 28-9-2022 02:07 PM
seksi tu biarlah seiring ngan bakat. retis kpop yang selalu kene kutuk seksi tu pun rajin kuarkan single baru yaacchhh.  ko kuarkan ape bideo bergelek kt tiktok je lah

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.038315 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top