CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Stres Ramai Pelanggan Tahu Merungut Je, Nasi Lemak Sambal Daging RM5 Mahal Ke Murah?

28-9-2022 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2999| Komen: 50

Seorang pengguna TikTok @toklee_grandpader yang juga peniaga nasi lemak terkilan apabila jualannya dikatakan mahal sedangkan dakwanya harga yang diletakkan agak murah berbanding saiz hidangan yang diberi.


Katanya dia sudah letih menjawab persoalan pelanggan yang tidak sudah-sudah membandingkan harga nasi lemaknya sedangkan mereka tahu dia menjual nasi lemak dengan lauk daging sambal.


“Dah letih nak hadap semua ni. Untuk mak cik atau pak cik bawang, atok nak cuba buka mentaliti semua. Ni ada 2 nasi lemak. Telur, kacang, ikan bilis, timun. Semua sama kecuali kuantiti lauk daging. Untuk yang sedikit, ada yang jual RM3.” 

“Dan untuk yang daging banyak macam ni, atok jual RM5. Memang sama, tapi cubalah tengok portion dia. Daging yang ni banyak mana, yang tu banyak mana. Kalau hampa nak cakap RM3 murah, memang lah murah sebab RM3, dia letak lauk sedikit.


"Yang daging banyak tu, atok jual RM5. Tengok lah banyak mana daging dia. Hampa jangan lah cakap mahal. Untuk orang yang suka bawa mulut tak elok tu, cubalah tengok balik daging atok banyak mana. Hampa tahu ke daging sekilo berapa yang hampa nak cakap mahal tu?”luahnya.



Tambahnya dia tidak kisah andai mahu membeli nasi lemak yang lebih murah, namun janganlah mengatakan nasi lemak yang dijual mahal sedangkan mereka tahu lauk-lauk yang ditambah di dalamnya tidak sama dengan nasi lemak kosong.

“Hampa nak pilih nasi lemak murah, atok boleh terima tapi janganlah cakap atok jual mahal. Hampa faham tak keadaan atok ni macam mana. Hampa nak compare harga nasi lemak atok RM5 dan nasi lemak orang jual RM3 boleh, tapi tengoklah portion dia sekali lagi. Tolonglah jangan bawa mulut. Jangan nak jatuhkan periuk nasi atok sebab atok berniaga,” ujarnya.

Tambahnya, dia boleh sahaja menjual nasi lemak dengan harga yang murah namun dia lebih memikirkan tentang kualiti serta kepuasan pelanggan tiap kali menikmati masakannya.

“Atok boleh jual RM3, tapi hampa puas ke makan kuantiti lauk sedikit macam tu? Atok nak jual daging banyak supaya hampa boleh kenyang sampai tengah hari,”katanya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata warganet dilihat menyokong apa yang dikatakan peniaga terbabit kerana faham harga barangan masak sekarang mahal.

Bahkan mereka merasakan harga tersebut bersesuaian dengan portion yang diberi kerana nasi lemak berlaukan daging atau sebagainya kadang-kala jauh lebih mahal berbanding yang dijual oleh peniaga berkenaan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 28-9-2022 10:16 AM
ye betul, kalau ada daging dan ayam, memang harga dlm rm5 ke atas
Quote kelip2_07 28-9-2022 10:17 AM
rm5 tu dh ckup murah dah..nk brape murah lg

customer yg mcm nie elok kena ngan peniaga yg ltk hrga yahudi br dia tau langit tinggi rendah
Quote copy_paste 28-9-2022 10:23 AM
kat luar bandar kot tu yg kata mahal
Quote adm7 28-9-2022 10:45 AM
Nak murah masak sendiri.
Beli atau makan kat luar ni pilihan.
Pilih la sendiri nak jadi cerdik atau jadi bingai
Quote renko 28-9-2022 10:48 AM
ini kalau gini
lebih pada marketing je ni
Quote kakikuDibibirmu 28-9-2022 10:48 AM
Asalkan jangan letak ikan tongkol dalam nasi lemak macam nasi lemak Terengganu tu
Quote tikusmontok 28-9-2022 10:51 AM
kakikuDibibirmu replied at 28-9-2022 10:48 AM
Asalkan jangan letak ikan tongkol dalam nasi lemak macam nasi lemak Terengganu tu

Kalau sambal ikan tongkol ok jer sis
Quote xy_daen 28-9-2022 10:56 AM
Nak murah masak sendiri la beli lembu dgn Kak Ijat
Quote Scheherazade 28-9-2022 10:58 AM
kira dah murah la harga tu klu buh sambal daging. klu rasa mahal, xyah beli la, ada pilihan apa
Quote azie5zoe 28-9-2022 11:06 AM
Harga RM5 dah okey sangat tu asalkan sambalnya tak manis. Sekarang selalu sangat dapat nasi lemak sambalnya manis mengalahkan sambal popia sira.
Quote shernazz 28-9-2022 11:16 AM
Buduh sungguh yang komplen tu..
Soh masak.sundiri tak.mau plak
Dok hadap.peniaga juga nak beli...
Quote shernazz 28-9-2022 11:17 AM
azie5zoe replied at 28-9-2022 11:06 AM
Harga RM5 dah okey sangat tu asalkan sambalnya tak manis. Sekarang selalu sangat dapat nasi lemak sa ...

Jiran iols pernah terbeli kat indon jual.nasi lemak..
Sambal dia mcm sos...hahaha...
Nyesal sungguh dia beli dah la.mahal..
Tp lepas tu indon tu takdr niaga dah..
Maybe banyak org komplen
Quote tungkai 28-9-2022 11:41 AM
Kenapa aku rasa mcm cheap marketing aje...??
Quote RinIna 28-9-2022 11:44 AM
Kalau kat KL ni RM7 paling murah.. RM12 paling mahal.. ko nak murah cmne lagi weh??
Quote Perwira2022 28-9-2022 11:44 AM
Pembeli2 bodoh ni kalau bab gaji dia sendiri pandai pulak nak minta naik gaji. Kos hidup serba serbi meningkat katanya.
Quote supernaturalee 28-9-2022 11:48 AM
tungkai replied at 28-9-2022 11:41 AM
Kenapa aku rasa mcm cheap marketing aje...??

definitely, maybe


Quote bulalof 28-9-2022 11:48 AM
harga masih munasabah lagi.
Quote Artemesiaa 28-9-2022 11:49 AM
RM5 untuk ada daging kira masih murah berbanding dikebanyakan tempat lain mau jadi RM7.
Quote pooh~key 28-9-2022 11:50 AM
Tapi akak tak marahkan jua pada customer sangkak itteww yach sis. Sebab akak anggap sekarang ni kita kat fasa terkujat perubahan harga sebegitu sis. Akak sendiri selalu terkujat sis. Terkujat sampai berdenyut telur akak sis.

Macam tempoh hari akak terkujat beli kuey tiaw bodo kat pasar malam harga RM5 satu sis. Akak terkujat sebab dah lama tak beli kuey tiaw bodo, sekali hari tu pergi terus jadi RM5 sis. Kalau dulu sekitar tahun 2019 ke bawah akak masih boleh dapat kuey tiaw bodo pasar malam RM2 ke RM 2.50 sister.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.165692 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top