Bersempena program Jelajah Bola Sinar di Kelantan hujung minggu lalu, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu bersyukur kerana sempat menziarahi pusara agamawan dan tokoh politik, Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tanah Perkhuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu.
Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama lengkap Muhd Nadzri Zainal Abidin, 37 ini memaklumkan dia sebenar sudah lama berhajat untuk menjejakkan kaki di tempat bersejarah tersebut. “Alhamdulillah hajat tercapai. Al-fatihah buat yang disayangi ramai Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al-fatihah,” tulisnya.
Ketika di pusara, Jep yang turut ditemani rakan pelawak, Rahim dan Ilya turut dilihat meluangkan masa untuk bertafakur dan manjatkan doa buat Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Pada masa sama, suami kepada pelakon, Sari Yanti ini juga sempat melawat masjid yang dibangunkan oleh arwah Tok Guru sambil disertai oleh anaknya yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Aziz.
|
ADVERTISEMENT