CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bengang Tangan Anak Autisme Lebam, Telefon Pecah Ditepis Cristiano Ronaldo

27-9-2022 11:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1582| Komen: 8

Ibu kepada seorang remaja autistik yang telefon bimbitnya dipecahkan di Goodison Park, menggesa Persatuan Bola Sepak (FA) mengenakan tindakan terhadap Cristiano Ronaldo kerana menyifatkan kelakuan bintang Manchester United itu ‘tidak boleh diterima’.


FA awal minggu ini mendakwa Ronaldo selepas mendedahkan rakaman menunjukkan bintang tersebut menepis telefon bimbit daripada tangan Jacob Harding, 14.


Daily Mail/IG Ronaldo

Ibu Harding, Sarah Kelly, 37, menggesa badan induk tersebut ‘mendisiplinkan’ penyerang Portugal itu dengan sewajarnya, lapor Daily Mail.

“Harapnya dia mendapat hukuman yang setimpal. Dia tidak boleh terus melarikan diri. Kelakuannya tidak boleh diterima,” katanya.


Insiden tersebut berlaku semasa Manchester United tewas 1-0 kepada Everton di Goodison Park pada April.

Akibat tindakan Ronaldo, Harding mengalami lebam pada tangan dan telefon bimbitnya juga rosak.

Terkejut dengan kelakuan pemain berusia 37 tahun itu, Kelly mengakui dia tidak tahu bagaimana bintang Red Devils itu boleh tidur pada waktu malam setelah mengetahui kesalahan yang dilakukan.



Terdahulu, Ronaldo memohon maaf di media sosial dan menjemput remaja itu menyaksikan perlawanan di Old Trafford sebagai tetamunya.

Bagaimanapun, remaja itu menolak pelawaan Ronaldo dan ibunya turut mengecam tindakan Manchester United berhubung insiden tersebut. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 28-9-2022 12:15 AM
Seumur je mak budak ni dgn Ronaldo. Tapi mak budak ni dah mcm 50s
Quote margo20 28-9-2022 12:16 AM
Bukan dh lama ke berita ni
Quote she 28-9-2022 12:30 AM
Berita lama
Bang Do dah ganti fon baru

Mak budak tu overnya
Guna autism card
Dah tahu anak gitu
Dibiarkan anak tu provok abg Do
Siap rakam2 depan muka

Kalau macik
Bukan fon yang dihempas
Dengan budak tu dan maknye pun macik silambam
Kawan tu tengah panas hati kalah hahahaha
Quote Thunderclouds 28-9-2022 07:44 AM
Suka sungguh recycle cita basi. Haih
Quote saviour_09 28-9-2022 09:14 AM
pagi2 mengantuk baca benda2 basi lg jd mengantuk


hwwaaaaa yawniinnggggg
Quote jlo 28-9-2022 09:18 AM
oh kisah lama
Quote Kurex 28-9-2022 09:38 AM
Kau ni tak buat research ke kemal?
Quote kakikuDibibirmu 28-9-2022 10:25 AM








Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.032024 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top