CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Padan Dengan Tua- Pemandu E-Hailing Pasang Video Porno, Cabul Penumpang Dalam Kereta

27-9-2022 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2661| Komen: 21

Alor Setar: Tak padan dengan usia namun nafsunya mengalahkan orang muda.

Itu yang berlaku apabila seorang lelaki warga emas yang juga pemandu e-hailing ditahan selepas didakwa mencabul penuntut wanita dalam kenderaan yang di parkir berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini, Sabtu lalu.


Kejadian berlaku jam 9.30 pagi ketika mangsa yang berusia 20 tahun dan menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi itu dikatakan baru tiba dari Pulau Pinang sebelum dia menempah kenderaan e-hailing terbabit.

Gambar Hiasan

Menurut sumber, ketika berada dalam kenderaan itu, suspek secara tiba-tiba mencabul mangsa.


"Lelaki terbabit turut meminta mangsa melakukan perbuatan jijik namun mangsa enggan.

"Lelaki itu juga memasang video lucah dan memberitahu mangsa yang dia kerap melakukan perbuatan seumpama itu dengan penumpang lain termasuk kanak-kanak," katanya.

Sumber berkata, mangsa yang ketakutan serta tidak tahan dengan kelakuan pemandu e-hailing berkenaan terus keluar daripada kenderaan terbabit dan beredar.

"Mangsa yang tidak berpuashati selain bimbang penumpang lain diganggu melaporkan kejadian kepada polis jam 6 petang hari yang sama.

"Susulan itu, polis menahan lelaki berusia 64 tahun itu di rumahnya di Mergong semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 27-9-2022 07:30 PM
Semoga atok ni cepat sikit mati pucuk dah tua2 tak sedar diri
Quote pooh~key 27-9-2022 07:33 PM
Harap kau tak simpan video porno itteww dalam phone yach sis. Siasatan mudah untuk polis segituh kekdahnya sisthah.
Quote Adrif 27-9-2022 07:56 PM
huh. tak bau kubur ke pakcik ni. perangai laaa
Quote MissVixen 27-9-2022 08:02 PM
Kedah lagi. Terlebih ambil ketum dan rempah kari ke? Dah nak masuk kubur pun gila seks lagi.
Quote krustykrab 27-9-2022 08:04 PM
Akal ada 9 tapi kalah pd nafsu yg 1
Quote Carcosa 27-9-2022 08:54 PM
Apa tolol nye si tua bangang ni!
Kau ingat kau boleh lepas gitu2 je? Sah2 semua details ada dlm apps. Tulah, dahla tua, bodoh plk tu, topap plk dgn sangap. Cepat mampos boleh?
Quote azimodin 27-9-2022 10:28 PM
Bodohnya pakcik. Pakcik bukan pemandu teksi biasa or prebet sapu. Dah terang2 la maklumat ada dalam app. Pakcik pensel pon dah serupa slime, ada hati nak cabul anak orang
Quote kaedahnya 28-9-2022 12:24 AM
dah bernafsu nak buat macam mana. salurkanla ke tempat yang halal. menikah lagi sorang ka.
Quote ninja boy 28-9-2022 12:49 AM
Adakah wanita2 yg jadi bini dicabul suami hari2
Quote sharlenetexas 28-9-2022 01:20 AM
Terung kecut pun nk cari pasal lagi.


Quote mojarean_X 28-9-2022 01:33 AM
Nafsu lelaki ni mmg x kan berkurangan smpi ke tua ke?
Quote zuuu 28-9-2022 02:12 AM
Dh kenapa makin banyak berita2 macam ni sejak sehari dua ni????
Quote rospinki 28-9-2022 07:42 AM
Nafsu tkana pernah tua walo si tua nk mampus selagi nafsu diberi makan(makanan nafsu benda2 camtula) makin besar lah nafsu itu menguasai diri.
Quote ezacbee 28-9-2022 07:51 AM
Carcosa replied at 27-9-2022 08:54 PM
Apa tolol nye si tua bangang ni!
Kau ingat kau boleh lepas gitu2 je? Sah2 semua details ada dlm apps ...

Kan dia cakap dia penah buat camtu kat penumpang lain. Manetau budak U ni nak report polis. Padan muka. Dok dalam lg elok. Dok luar membuas..
Quote renko 28-9-2022 08:24 AM
hahahahahaha
banyak tgk fake taxi situa ni
Quote Decaffeinated 28-9-2022 08:59 AM
Pokcik nak try pun tengok orang jugak. Dia bukan tak tau id dia boleh trace tapi amik risiko. Dah banyak kali buat cuma kali ni his calculation ada lari sikit.

Tiada kaitan dgn umur.
Quote JunkMail 28-9-2022 09:21 AM
Ayooooo pakcik nak buat jahat tapi bodoh. Dah sah2 la nak register ehailing tu kena bagi segala details.
Quote hayrin86 28-9-2022 09:23 AM
Tak padan dengan usia langsung
Quote saviour_09 28-9-2022 09:25 AM
"Lelaki itu juga memasang video lucah dan memberitahu mangsa yang dia kerap melakukan perbuatan seumpama itu dengan penumpang lain termasuk kanak-kanak," katanya.


ni yg paling sial ni

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.212921 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top