Oleh : Dean BZ Foto bapa Diana ketika menjadi gelandangan. Gambar Kecil: Diana dan bapanya yang kian pulih Seolah-olah satu keajaiban telah berlaku apabila seorang jurugambar wanita yang telah 10 tahun mengambil gambar gelandangan, tanpa disangka-sangka akhirnya menyedari salah sorang daripada gelandangan itu adalah bapanya. Diana Kim merupakan seorang jurugambar yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil gambar gelandangan di sekitar kawasan Hawaii, seperti dilaporkan oleh sinarharian. Setelah 10 tahun melakukan pekerjaan itu, Diana menyedari bahawa salah seorang gelandangan tersebut adalah bapa kandungnya yang terpisah sejak dia berusia 8 tahun selepas kedua ibu-bapanya bercerai. Melalui blognya, homelessparadise.com, Diana berkata, dia bertemu bapanya ketika mengambil gambar di sekitar Honolulu pada tahun 2012, dan kemudian dia menyedari bapanya adalah di kalangan gelandangan yang tinggal di kawasan berkenaan. “Dia menghidap penyakit schizophrenia dan selalu bergaduh dengan seseorang yang tak wujud.” katanya. Tambah Diana, sebelum ini, neneknya pernah memaklumkan kepadanya mengenai kesihatan mental bapanya yang merosot namun tiada siapa yang mengetahui di mana bapanya itu tinggal. Selepas bertemu semula dengan bapanya itu, Diana mencuba sedaya upaya untuk mendekati dan memberikan bantuan kepada bapanya itu walaupun bapanya itu enggan. Bagaimanapun selepas bapanya mendapat serangan jantung pada tahun 2014, dia akhirnya bersetuju untuk dirawat. Setelah menjalani beberapa siri rawatan, bapanya kini kembali pulih dan menjalankan kehidupan normal. Macam kisah jejak kasih pula, sedihnya. Apa pun semoga Diana Kim dapat menjaga bapanya sebaik mungkin selepas bertahun-tahun hidup sebagai geladangan. - CARI Infonet.
Sumber : sinarharian
|
13
Bagus |
10
Marah |
15
Terkejut |
17
Sedih |
27
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
amiraira replied at 22-8-2015 04:25 AM
so sweet kan
EJALTI replied at 22-8-2015 12:28 PM
kannnnnnnnnnnnn.....
Anaknya tak buang ayahnya walaupun ayahnya gelandangan.....
EJALTI replied at 22-8-2015 12:28 PM
kannnnnnnnnnnnn.....
Anaknya tak buang ayahnya walaupun ayahnya gelandangan.....
mommymonster82 replied at 22-8-2015 01:43 PM
Peringatan n teladan buat lelaki yg muda2 kakki pancut n lari... dah tua karang dah nyanyuk tahula ...
lavaneonlite replied at 22-8-2015 02:03 PM
kalu lu nak sound laki lu...takyah post dalam forum la..
wassap direct je kat dia....
dani-rox replied at 24-8-2015 08:09 PM
bagus la si anak masih ingat dan kenal rupa apaknya.
dulu ai pernah baca artikel psl minah pembaca ...
ADVERTISEMENT