CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Doakan Keadilan Dapat Ditegakkan,"- Firdaus Wong, Akhi Fairuz Jadi Saksi Kes Gangguan Seksual Ebit Lew

27-9-2022 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3968| Komen: 27

Tumpuan ramai pastinya terarah kepada perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan aktivis terkenal, Ebit Lew, yang bermula hari ini.

Selain itu, perkongsian seorang pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai di laman sosial Facebook turut mengundang perhatian ramai.

Dalam hantaran tersebut, Firdaus memaklumkan dia akan menjadi saksi terhadap kes perbicaraan pertuduhan gangguan seksual berkenaan.

Foto: FB

Selain dirinya, seorang pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi juga bertindak sebagai saksi pendakwa raya kes tersebut.

"Perbicaraan 11 tuduhan gangguan seksual Ebit Lew akan bermula hari ini. Kami berdua Insya-Allah akan menjadi saksi pendakwa raya.


"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan ringankanlah segala urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku," tulisnya dalam hantaran tersebut.

Dalam pada itu, Firdaus turut meminta orang ramai mendoakan agar perbicaraan yang akan dimulakan hari ini memberi keadilan dan kebenaran sebenar.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa moga urusannya dipermudahkan.

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, berhadapan dengan 11 pertuduhan gangguan seksual.

Prosiding perbicaraan yang berlangsung di mahkamah Tenom, Sabah, bermula Selasa hingga Jumaat ini. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 27-9-2022 03:12 PM
Camne dia jadi saksi? adakah dia nampak ke camne? apa pun semoga yang benar menang kes ni
Quote helicornia 27-9-2022 03:54 PM
akuHavocczz: Camne dia jadi saksi? adakah dia nampak ke camne? apa pun semoga yang benar menang kes ni

Tk silap mangsa2 dtg mengadu pd dia

Quote azurro 27-9-2022 06:03 PM
Demi Allah aku berkecuali.. Hanya pasang telinga ja mulut kunci rapat.
Teknologi skrg makin canggih.
Takut² ianya fitnah, neraka jahannamlah jawabnya..
Quote sabundettol 27-9-2022 06:41 PM
azurro: Demi Allah aku berkecuali.. Ha ...


Kalau dah dibawa ke mahkamah, report polis dinamakan fitnah jugak? Igt senang ke nak bawak benda ni ke muka pengadilan kalau takda bukti? Jgn taksub dengan manusia.
Quote sabundettol 27-9-2022 06:44 PM
Sedih betul dengan sesetengah manusia ni. Kalau takda bukti dikatanya fitnah, kalau dah ada bukti dikatanya teknologi. Mcm mana mangsa tak tahut nak buat aduan, org2 mcm ni lah punca
Quote laksmanabentan 27-9-2022 07:10 PM
Kenapa dia jadi saksi?
dia yang melihat kejadian?

kalau dia yang menerima aduan atau cerita dari mangsa...
itu saksi ker? dalam mahkamah 'hear and say' tidak di anggap sebagai bukti kannn...

atau dia org yang hantar mangsa2 tu ke hospital buat check up?
atau dia org yang sebenarnya yang buat report tu..
tapi kalau dia org yang buat report then mangsa tak berani nak muncul tak guna juga kann...

sama macam kes dai'e tu la kann... mangsa masih trauma sampai tak berani nak muncul..
hujung2 takde kes...
Quote unguaurora 27-9-2022 07:31 PM
laksmanabentan replied at 27-9-2022 07:10 PM
Kenapa dia jadi saksi?
dia yang melihat kejadian?


Uols keje mahkamah ke? Nmpk lbh arif dr hakim. Pdpt iosl, saksi mahkamah tu bukan hanya dikira saksi mata tp org2 yg terlibat yg berada di pihak pendakwaan atau pembelaaan. Iols pun penah masuk mahkamah sebagai saksi murid iols eksiden tp bukan saksi kejadian tp saksi guru yg menilai sama ada tahap intelek murid iols tu lps kejadian berkurang atau sama sblm eksiden. Sbb kes tuntutan insurans.
Quote pooh~key 27-9-2022 07:36 PM
laksmanabentan replied at 27-9-2022 07:10 PM
Kenapa dia jadi saksi?
dia yang melihat kejadian?


Bukti, dengan saksi dua perkara lain akak rasa sis. Kau boleh je dapat bukti tanpa saksi dan segitu jualah sebaliknya sis.
Quote Kitty_catz 27-9-2022 07:39 PM
so lepas ni takde la adengan main tumbuk2 sambal ekk
Quote cmf_almondpecan 27-9-2022 07:49 PM
laksmanabentan replied at 27-9-2022 07:10 PM
Kenapa dia jadi saksi?
dia yang melihat kejadian?


Dari segi undang2 keterangan, memang keterangan yang diberi oleh sesiapa melainkan maker of the statement umumnya adlaha hearsay. Jadi saya kira firdaus ni pergi sebagai maker of statement di mana dia mungkin ditanya soalan seperti, semasa si A datang berjumpa anda, bagaimanakah keadaan si A tersebut? Dan dia jawab saya lihat dia menangis teresak2 dan kelihatan begitu takut sekali (misalnya). Kalau keterangan macam ni bukan hearsay sebab memang dia lihat sendiri keadaan mangsa masa tu. Tapi kalau soalannya berkenaan keterangan yang diberi oleh mangsa, maka itu boleh jadi hearsay.
Quote Decaffeinated 27-9-2022 08:25 PM
Pujalah lagi manusia.

Quote intan244 27-9-2022 09:25 PM
tula.. kalau sorg boleh lagi kata fitnah. ni mangsa ramai kot, dan duduk jauh2x bukan kenalan. apapon moga kebenaran akan menang. kalau dia bersalah pon x boleh nafikan kebaikan yg dia buat. total dia tu mana lebih berat yg jahat atau baik, timbangan mizan dan rahmat Allah akan tentukan pengakhiran kita.
Quote laksmanabentan 28-9-2022 08:46 AM
cmf_almondpecan replied at 27-9-2022 07:49 PM
Dari segi undang2 keterangan, memang keterangan yang diberi oleh sesiapa melainkan maker of the st ...

wahhh terima kasih sister atas penerangan...
Quote MarissaOberlin 28-9-2022 11:29 PM
teringat bebird he ols
Quote bulalof 29-9-2022 08:01 AM
kahkahkah....percaya la sgt org yg menunggang agama lately ni. belajar agama pun entah dgn siapa.

org taksub pun sebab berduit. tu pun derma membabi buta kat org2 camni.

mudahnya kena scam sbnrnye melayu ni sebab kuat sgt soft spot bile mempergunakan agama.
Quote Belibis 29-9-2022 08:11 AM
MarissaOberlin replied at 28-9-2022 11:29 PM
teringat bebird he ols

Pernah berterbangan ke??
Quote epal_putih 29-9-2022 08:23 AM
Kat fesbuk ada lg tololl² yg cakap pitenoh..
Mangsa tu nk jatuhkn org baik
Quote tomiko_haza 29-9-2022 09:13 AM
haza ada tgk pic yg dishare dulu tu..dri pemerhatian apa yg dishare tu iols nmpk mcm suka sama suka je..sbb dri pic tu tkde nmpk muka pompuan tu mcm takut ke malu ke stress, nmpk mcm tersenyum, nmpk cm ok jela. wallahualam. Andai kata kalau pic2 tu palsu atau betol skali pun, mgkin ada kepentingan kpd sapa2 la kot sbb tu isu ni didedahkan/dilaporkan.

so apa2 pun kita jgn menuduh apa/sapa2. tggu jela kpstn mahkamah.

*jgn minta gmbar, iols tk simpan pun.
Quote greantea 29-9-2022 09:36 AM
azurro replied at 27-9-2022 06:03 PM
Demi Allah aku berkecuali.. Hanya pasang telinga ja mulut kunci rapat.
Teknologi skrg makin canggih. ...

sama la. saya cuma doakan pihak y benar menang. x kira la y mana 1.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.065236 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top