CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kedai Cuci Kereta Di Jb Didakwa Pilih Kasih- Hanya Terima Pelanggan Singapura, Layan Orang Tempatan Macam Anjing

27-9-2022 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2628| Komen: 21

Johor Bahru: Sudahlah tiada lesen perniagaan, sebuah kedai mencuci kereta di Taman Pelangi di sini didakwa hanya mengutamakan pelanggan Singapura berbanding pelanggan tempatan.


Seorang penduduk, Adibah Rashid, 43, berkata perbuatan tidak bertanggungjawab pengusaha kedai mencuci kereta itu mengutamakan pelanggan negara jiran menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk sekitar bandar raya itu.

Menurutnya, malah kejadian seumpama itu juga bukan perkara baru sejak tambak Johor mula dibuka pada April lalu.




Katanya, sikap tamak segelintir peniaga yang memberi layanan kurang mesra menjejaskan keselesaan pengguna tempatan dikhuatiri menjadi ikutan peniaga lain.


"Ketika pandemik Covid-19, kebanyakan peniaga bergantung sepenuhnya kepada pelanggan tempatan dan tiada soal diskriminasi.

"Mereka sepatutnya menghargai pelanggan tempatan yang memberi sokongan kepada mereka ketika waktu sukar mahupun pada awal fasa pemulihan.

"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mahupun persatuan peniaga perlu menasihati kumpulan peniaga supaya mereka memberi layanan sama kepada semua pelanggan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata semua peniaga dinasihatkan supaya tidak membezakan pelanggan.

Beliau berkata, apa yang penting peniaga perlu memaparkan tanda harga dan tidak mengenakan caj berbeza kepada warga tempatan dengan warga asing.

"Mereka tidak seharusnya melanggar peraturan ditetapkan malah mereka tidak sepatutnya menolak memberi perkhidmatan kepada pelanggan sama ada tempatan mahupun warga asing.

"Tiada aduan rasmi khusus berkaitan pemilihan pelanggan tertentu saja oleh premis mencuci kenderaan namun pihak kami akan memantau premis mencuci kenderaan itu berkaitan penandaan harga perkhidmatan yang diberikan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, jurucakap Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berkata semakan pihaknya mendapati perniagaan kedai cuci kereta yang tular di media sosial tidak berlesen.

"Permohonan lesen tidak diluluskan baru-baru ini kerana kedudukan kedai cuci kereta berkenaan tidak sesuai dan MBJB mengeluarkan kompaun terhadap pemilik premis dan akan mengambil tindakan," katanya.

Bagi Pengerusi Persatuan Peniaga India Johor (JIBA) P Siva Kumar, walaupun kemasukan pelancong asing menjana ekonomi Johor namun kos sara hidup semakin meningkat hingga membebankan penduduk berpendapatan rendah.

"Peniaga seharusnya menetapkan harga yang berpatutan supaya penduduk tempatan tidak terjejas," katanya.

Dalam perkongsian di TikTok, netizen mendakwa sebuah kedai cuci kereta di Taman Pelangi mengutamakan pelanggan warga Singapura.

Pekerja kedai cuci kereta berkenaan yang menolak memberi perkhidmatan kepada pelanggan tempatan dengan menyatakan operasi sudah ditutup pada jam 11 malam namun kemudian dilihat menerima kehadiran pelanggan warga Singapura.

Malah beberapa netizen juga mendakwa selepas jam 9 malam, pengusaha kedai cuci kereta hanya menawarkan perkhidmatan cuci kereta berserta menggilap kereta pada harga RM30 atau lebih. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 27-9-2022 01:47 PM
Cuci sendiri lagi bagus. Kedai cuci kereta ni biasanya akan mencalarkan kereta korang je.
Quote EJALTI 27-9-2022 01:57 PM
Tak wajar memilih pelanggan

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-memilih-pelanggan

Mary Victoria Dass
[email protected]

Disiarkan pada: September 27, 2022 @ 12:47pm


Pengusaha sebuah kedai mencuci kereta di bandar raya didakwa mengutamakan pelancong asing.

Johor Bahru: Sudahlah tiada lesen perniagaan, sebuah kedai mencuci kereta di Taman Pelangi di sini didakwa hanya mengutamakan pelanggan Singapura berbanding pelanggan tempatan.

Seorang penduduk, Adibah Rashid, 43, berkata perbuatan tidak bertanggungjawab pengusaha kedai mencuci kereta itu mengutamakan pelanggan negara jiran menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk sekitar bandar raya itu.

Menurutnya, malah kejadian seumpama itu juga bukan perkara baru sejak tambak Johor mula dibuka pada April lalu.

Katanya, sikap tamak segelintir peniaga yang memberi layanan kurang mesra menjejaskan keselesaan pengguna tempatan dikhuatiri menjadi ikutan peniaga lain.

"Ketika pandemik Covid-19, kebanyakan peniaga bergantung sepenuhnya kepada pelanggan tempatan dan tiada soal diskriminasi.

"Mereka sepatutnya menghargai pelanggan tempatan yang memberi sokongan kepada mereka ketika waktu sukar mahupun pada awal fasa pemulihan.

"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mahupun persatuan peniaga perlu menasihati kumpulan peniaga supaya mereka memberi layanan sama kepada semua pelanggan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata semua peniaga dinasihatkan supaya tidak membezakan pelanggan.

Beliau berkata, apa yang penting peniaga perlu memaparkan tanda harga dan tidak mengenakan caj berbeza kepada warga tempatan dengan warga asing.

"Mereka tidak seharusnya melanggar peraturan ditetapkan malah mereka tidak sepatutnya menolak memberi perkhidmatan kepada pelanggan sama ada tempatan mahupun warga asing.

"Tiada aduan rasmi khusus berkaitan pemilihan pelanggan tertentu saja oleh premis mencuci kenderaan namun pihak kami akan memantau premis mencuci kenderaan itu berkaitan penandaan harga perkhidmatan yang diberikan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, jurucakap Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berkata semakan pihaknya mendapati perniagaan kedai cuci kereta yang tular di media sosial tidak berlesen.

"Permohonan lesen tidak diluluskan baru-baru ini kerana kedudukan kedai cuci kereta berkenaan tidak sesuai dan MBJB mengeluarkan kompaun terhadap pemilik premis dan akan mengambil tindakan," katanya.

Bagi Pengerusi Persatuan Peniaga India Johor (JIBA) P Siva Kumar, walaupun kemasukan pelancong asing menjana ekonomi Johor namun kos sara hidup semakin meningkat hingga membebankan penduduk berpendapatan rendah.

"Peniaga seharusnya menetapkan harga yang berpatutan supaya penduduk tempatan tidak terjejas," katanya.

Dalam perkongsian di TikTok, netizen mendakwa sebuah kedai cuci kereta di Taman Pelangi mengutamakan pelanggan warga Singapura.

Pekerja kedai cuci kereta berkenaan yang menolak memberi perkhidmatan kepada pelanggan tempatan dengan menyatakan operasi sudah ditutup pada jam 11 malam namun kemudian dilihat menerima kehadiran pelanggan warga Singapura.

Malah beberapa netizen juga mendakwa selepas jam 9 malam, pengusaha kedai cuci kereta hanya menawarkan perkhidmatan cuci kereta berserta menggilap kereta pada harga RM30 atau lebih.

Quote mojarean_X 27-9-2022 01:59 PM
Edited by mojarean_X at 27-9-2022 02:14 PM

Ko report je kt majlis bandaraya.
Quote Orix 27-9-2022 02:31 PM
insulin replied at 27-9-2022 01:47 PM
Cuci sendiri lagi bagus. Kedai cuci kereta ni biasanya akan mencalarkan kereta korang je.

rumah kt mana? nnt iols htr kereta u basuhkan k
Quote saviour_09 27-9-2022 03:25 PM
antara peniaga musibat macam ni la

masa kobit merintih sedih

nah ko sekarang mendonia ketuk kaw2, pilih bulu puuiihh
Quote pokaibanktokyo 27-9-2022 03:56 PM
Setakat kedai cuci kereta hina dina  buat hal pun mau heboh. Boikot saja la. Aku plak dah lama tak harap pencuci kereta. Pemalas sekor sekor. Buat kerja sambil lewa saja
Quote haruslah 27-9-2022 03:57 PM
Ni kat negara selatan ke?
Yg ade bangsa J tu
Quote makiting 27-9-2022 03:58 PM
Baru nak kena kompoun ke? Sblm2 ni tak nampak? Bukan mbjb ni straight ke part2 nak saman dan sita menyita ni
Quote pokaibanktokyo 27-9-2022 04:00 PM
Kedai hina dina utamakan kereta sewa yang dipandu oleh amah on wheels? Elleh . Apadehal. Boikot saja la
Quote pokaibanktokyo 27-9-2022 04:04 PM
Lantak la kalau hadap sangat kereta sewa asing yang dipandu amah on wheels. Jangan lupa bayar wang perlindungan kat abang long kawasan sudah la. Nanti dia tibai macam anjing kurap
Quote bakawali_04 27-9-2022 04:27 PM
ai bulan lepas terkena gini
ada satu carwash tu
bukan 9 mlm tolak customer
tapi weekend
kira jumaat sabtu ahad
kedai tu tak buat cucian biasa
cucian water wax shj
RM35 hokay
kedai cikai aje pun
kat kawsan lot kedai hujung dunia
demand sungguh
terus cari carwash lain


Quote awanearisu 27-9-2022 04:30 PM
Kita pernah melalui kawasan kedai ini.
Memang lokasinya kurang sesuai untuk dijadikan pusat mencuci kereta.
Bayangkan, penduduk taman perumahan di situ terpaksa melalui jalan yang lecak apabila hendak keluar ke jalan utama disebabkan air cucian memenuhi laluan taman.
Quote R2D2 27-9-2022 04:56 PM
menarik ayat ni masa time Covid-19

Ketika pandemik Covid-19, kebanyakan peniaga bergantung sepenuhnya kepada pelanggan tempatan
Quote makneng 27-9-2022 10:06 PM
insulin: Cuci sendiri lagi bagus. Kedai ...

Ok meh basuhkan keta mak..selalu mak bayau rm12 utk cuci n vacuum..hantar kat uolls mahal tak?
Quote akies 27-9-2022 10:29 PM
Takkan satu je carwash kt situ
Pegi tmpt lain kan boleh
Quote she 27-9-2022 10:59 PM
Bulan bila punya berita ni oiiii

Carwash tu dah bagi statement
Kereta SG tu semua kawan2 dia
Memang dorang datang melepak situ
Biasalah port kelab kereta kan

Yang ahkak tu nak sentap kenapa
Quote ninja boy 28-9-2022 12:09 AM
Mungkin tokey org singapok
Quote ninja boy 28-9-2022 12:12 AM
Mau cuci kereta percuma dari langit sila tunggu waktu hujan bubuh sabun lap cuci hujan akan bilas
Quote margo20 28-9-2022 12:16 AM
Tak baloi cuci kete kt msia ni dgn cuacanya silap silap lepas keluar car wash da hujan

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.185124 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top