CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dirogol 6 Lelaki Depan Suami Lepas Merajuk Dengan Mentua

27-9-2022 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1988| Komen: 9

Sungguh kejam seorang wanita di India dirogol enam lelaki kira-kira empat jam di depan suaminya sendiri.

Insiden itu berlaku malam Sabtu lalu di sebuah bukit Kampung Bakoria-Bhalwahi yang terletak dalam bidang kuasa kawasan balai polis Satbarwa di Palamu Jharkhand.



Gambar hiasan

Polis menahan dua suspek dari kampung Bakoria iaitu Bhola Ram dan Dharmendra Ram serta melancarkan operasi mencari untuk menangkap suspek lain yang terbabit dalam kes itu.

Selepas menerima laporan daripada suami wanita itu, Rishikesh Kumar Rai, yang bertanggungjawab di balai polis Satbarwa, menghantar wanita itu ke MMCH Medininagar untuk pemeriksaan kesihatan.


Saudara mangsa yang hadir ke balai polis Satbarwa berkata, wanita itu pergi ke rumah ibunya di kampung Rewat dengan berjalan kaki, Sabtu lalu, selepas bertengkar dengan mentuanya yang tinggal di kampung Sutha.

Pada waktu petang, mentuanya datang ke Tumbagada di Satbarwa untuk memujuk dan membawanya pulang, namun wanita itu berkeras tidak mahu pulang.

Mentuanya akhirnya akur dan meminta anaknya iaitu suami wanita itu menemaninya supaya dia selamat sampai ke rumah ibunya.

Lelaki itu menghubungi abang iparnya Naresh Kumar, seorang penduduk kampung Bari, untuk menumpangkannya ke rumah mentuanya.

Apabila ketiga-tiga mereka tiba di Bhaluahi kira-kira jam 8 malam, enam lelaki menahan, merampas telefon bimbit dan membelasah mereka.

Suspek kemudian merogol wanita itu selama kira-kira empat jam, manakala suaminya dan Kumar dipegang suspek lain.

Selepas merogol wanita itu secara beramai-ramai, suspek memaksa wanita itu dan Kumar menaiki basikal mereka dan membawa mereka ke tempat lain serta meninggalkan suami wanita itu.

Wanita itu dan Kumar dibantu penduduk kampung Sadhwadih dan membuat laporan di Balai Polis Manika sehingga dua suspek ditahan sebelum dirujuk ke Balai Polis Satbarwa.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mamijarum06 27-9-2022 02:35 PM
Omaigod this is so sick
Quote DayangKirana 27-9-2022 02:45 PM
bile baca tajuk, sus husband and mertua yang arrange..
but then bila baca artikel, seems like it was unlucky encounter with 6 jahanam since both abg ipar and husband kena belasah jugak..
Quote sangbara2020 27-9-2022 03:35 PM
kalau cerita dia...hebat2 belaka
hrp sana jatuhilah hukuman mati pd pesalah2 tu
jdkan pengajaran pd yg lain...
Quote elzy 27-9-2022 03:44 PM
Pelik laa dengan rakyat negara itu, pantang ada lubang mesti diterjah secara paksa..
Pergilah kerja dan sibukkan diri tingkatkan taraf hidup dari 24/7 ingat lubang weyyy..
Quote KamikuP 27-9-2022 04:53 PM
Ni mesti kasta terendah sekali iaitu kasta pariah
Quote hareeeesah 27-9-2022 09:54 PM
DayangKirana: bile baca tajuk, sus husband a ...


Tula kalau x baca full story mesti salah maki the husband & inlaws.. benci baca kes cmni
Quote mojarean_X 27-9-2022 09:57 PM
KamikuP replied at 27-9-2022 04:53 PM
Ni mesti kasta terendah sekali iaitu kasta pariah

Kasta pariah mana berani wat jahat. Mrk betul2 ditindas. Iols rasa ni kasta superior
Quote Atata 27-9-2022 10:01 PM
elzy replied at 27-9-2022 03:44 PM
Pelik laa dengan rakyat negara itu, pantang ada lubang mesti diterjah secara paksa..
Pergilah kerja  ...

Kan. Astagfirullah miskin melarat asyik nak layan nafsu
Quote Kurex 27-9-2022 10:03 PM
Ingatkan indon, rupanya india

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.058102 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top