CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengarah Urusan Syarikat Mati Tergantung Dalam Kilang Di Kedah

27-9-2022 12:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5095| Komen: 45

Sungai Petani: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung dalam sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Ringan Sungai Tukang dekat sini.


Pada kejadian jam 7.55 pagi itu, polis menerima panggilan daripada seorang pekerja yang memaklumkan melihat mangsa iaitu seorang lelaki warga Jepun berusia 47 tahun, tergantung dengan tali nilon pada alang besi di tingkat bawah kilang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pemeriksaan di lokasi turut menemui tangga di sebelah mayat mangsa yang tergantung pada ketinggian kira-kira lima meter.


Gambar Hiasan


"Hasil keterangan saksi, mangsa sudah hampir 10 tahun bekerja dengan syarikat berkenaan yang berpengkalan di Jepun.

"Mangsa yang menetap Bandar Laguna Merbok di sini, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang berada di negara asalnya," katanya pada kenyataan.

Zaidy berkata, saksi turut mendakwa, mangsa sebelum ini pernah menceritakan mengenai keadaan syarikat yang dikatakan mengalami masalah kewangan agak teruk sejak dua tahun lalu.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati.

"Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 27-9-2022 12:53 PM
Edited by insulin at 27-9-2022 12:55 PM

Takziah. Tak fikir anak dan isteri di negara asal ke?

@aechae Jaga-jaga ye.
Quote Samerosie 27-9-2022 12:54 PM
Alamak free free kilang berantu.
Quote insulin 27-9-2022 12:56 PM
Samerosie replied at 27-9-2022 12:54 PM
Alamak free free kilang berantu.

Panggil sami buddha tolong halaukan.
Quote monreyes 27-9-2022 01:10 PM
bunuh diri mmg budayq jepun kan
Quote venom1 27-9-2022 01:19 PM
penangan pandemik Covid 19. Jika tiada iman itulah jalan penyelesaiannya
Quote pearl.silver 27-9-2022 01:21 PM
Wife ada laki lain kt negara asal ka

Btw depa ni ada indurans cover suicide ka..
Kilang apa kompeni jepun kt sp?
Quote CiliPadiSedap 27-9-2022 01:22 PM
perfect storm on the way...
Quote ultra78 27-9-2022 01:25 PM
insulin replied at 27-9-2022 12:53 PM
Takziah. Tak fikir anak dan isteri di negara asal ke?

@aechae Jaga-jaga ye.

Wow. Dia berpasangan dengan warga jepun ye?
Quote insulin 27-9-2022 01:44 PM
ultra78 replied at 27-9-2022 01:25 PM
Wow. Dia berpasangan dengan warga jepun ye?

Dia ada kenalan Jepun kut. Kalau kenalan tu stress, minta tolong nasihatkan.
Quote Mamajiyem 27-9-2022 01:46 PM
Takziah ler
Quote Nnasda53 27-9-2022 02:30 PM
Bila pilih mati untuk selesaikan masalah.
Quote matbad 27-9-2022 04:39 PM
mgkin compny suruh stabilkan ekonomi kat kilang tu dulu kot baru boleh balk jepun. dia plak tau xkan boleh pulih stress la tu yg tak fkir pnjng tu
Quote green~tea 27-9-2022 04:42 PM
Kena vss ke...
Quote Buritan 27-9-2022 04:52 PM
insulin replied at 27-9-2022 12:53 PM
Takziah. Tak fikir anak dan isteri di negara asal ke?

@aechae Jaga-jaga ye.

Siann dia.. aku kesian dgn org bunuh diri.. nak tolong tak berduut
Quote she 27-9-2022 04:57 PM
Jauhnya anta mayat
Kilang dia dekat dengan rumah Scha Alyahya
Nape tak hantar spital Sungai Petani aje

Area Sg Tukang tu kilang kecik2
Bukan hitech macam Kulim
Atau kilang besar2 kat Bakar Arang

Lot perindustrian kecil macam kat Taman Ria Jaya
Rupanya ada kilang nipon situ
Ni area2 Perodua tu lah kot
Quote swimswim 27-9-2022 07:50 PM
Kesiannya.. Mesti tekanan perasaan sampai tdo ofc hari2 considering how Japanese culture n work ethics
Quote samperit 27-9-2022 07:54 PM
she replied at 27-9-2022 04:57 PM
Jauhnya anta mayat
Kilang dia dekat dengan rumah Scha Alyahya
Nape tak hantar spital Sungai Petani a ...

ape kaitan dgn rumah cah alyahya sis
Quote she 27-9-2022 08:22 PM
samperit replied at 27-9-2022 07:54 PM
ape kaitan dgn rumah cah alyahya sis

Nak bagitau dia asal luar bandar hahahaha
Sebab ada porumer beria kata dia old money bebehhh
Quote batmana 27-9-2022 08:32 PM
patut pkir +ve je la
tgk cm najib, kene saman juta2 pun elok je aman dlm tu

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.151546 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top