Seorang pelajar, Uma Rajak terkejut apabila seekor ular tedung selar menyelinap masuk ke dalam beg sekolahnya. Kejadian berlaku di sebuah sekolah di Shajapurh Madhya Pradesh, India, apabila gadis ini merasakan sesuatu bergerak di dalam begnya, lapor India.com.
Dia kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada gurunya yang kemudian membuka zip beg lalu mengeluarkan semua buku. Setelah mengosongkan beg, tiba-tiba seekor tedung selar merayap keluar sekali gus mengejutkan guru dan para pelajar di kelas tersebut.
Bagaimanapun pelajar mahupun guru tersebut tidak mengalami kecederaan memandangkan reptilia berkenaan tidak bertindak agresif. Sekadar maklumat tambahan, bisa ular tedung selar amat berbahaya di mana ia mampu membunuh sehingga 20 orang dengan hanya satu patukan sahaja. Sumber: mStar |
yeos replied at 27-9-2022 12:24 PM
uiii... boleh godek2 dengan tangan gitu je lagi... kalau iolls dah lempar beg tu jauh jauh
yeos replied at 27-9-2022 12:24 PM
uiii... boleh godek2 dengan tangan gitu je lagi... kalau iolls dah lempar beg tu jauh jauh
arm_band replied at 27-9-2022 04:05 PM
siap kutip balik buku teks bagai, eh memang tidak laaaaa.....
kau x kemas beg sekolah ke nak oiii ...
b_n_c replied at 27-9-2022 08:56 PM
kannn...
lantakkan je apa nk jd kt buku tu..
ADVERTISEMENT