Konsert Malai Solo Noraniza Idris yang dijangka bakal berlangsung pada 21-23 Oktober nanti ditangguhkan! Ramai yang terkejut dengan pengumuman tersebut namun katanya keputusan tersebut dibuat disebabkan beberapa faktor.
"Dukacitanya konsert ditangguhkan kepada tarikh lain, termasuk ketiadaaan Datuk Ramli MS yang terlibat dalam GV9 dan kemungkinan pilihan raya yang dijangka berlaku pada bulan October dan November," kata Noraniza seperti dipetik daripada NST. Malah Noraniza atau Kak Ani juga menyatakan keadaan kesihatannya yang tak berapa baik mungkin akan menjejaskan persembahan nanti.
|
ADVERTISEMENT