Biarpun kecoh kisah percintaan Johny Depp dengan peguamnya, Joelle Rich yang dikatakan masih berstatus isteri orang hangat diperkata, pelakon Amber Heard tidak berasa terganggu dengan berita mengenai bekas suaminya itu.
Sumber terdekat kepada pelakon itu sebaliknya tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa selain kini memberi tumpuan cara mendapatkan wang bagi menampung kehidupan selepas kalah dalam kes saman fitnah terhadap bekas suaminya itu sebelum ini. "Amber tidak memberi perhatian tentang perkara berkaitan dengan Johnny apatah lagi dengan siapa dia bercinta. Dia hanya mahu meneruskan kehidupannya seperti biasa tanpa mencampuri sebarang urusan bekas suaminya itu," kata sumber berkenaan seperti dilaporkan Marca.
Johnny dilaporkan menjalinkan hubungan cinta dengan Joelle yang merupakan peguam bela aktor itu ketika menentang kes saman fitnah terhadap Amber di United Kingdom sebelum ini dan kalah dalam saman tersebut. Johnny kemudian memenangi kes saman fitnah terhadap Amber yang dibicarakan di Amerika Syarikat pada Jun lalu menyebabkan Amber terpaksa menjual beberapa hartanah miliknya bagi membayar ganti rugi berjumlah US$10.35 juta (RM55 juta) kepada aktor berkenaan. Tidak hanya itu, Amber turut menanggung hutang yang banyak termasuk perlu membayar pasukan peguam membelanya di mahkamah. Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai Joelle yang kini dalam proses penceraian bersama suaminya dan didakwa sanggup meninggalkan dua anaknya untuk menghadiri persidangan kes Depp berhubungan saman fitnah terhadap bekas isteri iaitu Amber Heard. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT