CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Sendiri Tengok Najib Dilayan Macam Banduan Lain' - Shafee

27-9-2022 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2063| Komen: 22

Peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini menafikan dakwaan pihak-pihak yang mengatakan bekas perdana menteri yang sedang menjalani hukuman penjara itu menerima layanan istimewa disebabkan keadaan kesihatannya.


Ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semasa mahkamah berhenti rehat ketika perbicaraan kes rasuah RM2.2 bilion Najib melibatkan 1Malaysia Development Bhd, Muhammad Shafee berkata, anak guamnya itu menerima layanan yang sama seperti banduan lain.

Peguam itu turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Najib diberikan bilik kelas pertama di Hospital Kuala Lumpur (HKL) atau Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), dan berkata beliau yang telah melawat anak guamnya itu semasa dirawat di hospital berkenaan mendapati bilik yang diberikan adalah bilik standard sahaja.



"Tidak, (dakwaan itu) bohong semata-mata, langsung tidak berasas, ia adalah bilik standard bagi pesakit dalam kalangan banduan yang memerlukan rawatan sedemikian, itu (bilik) yang diberikan kepada dia (Najib), saya sendiri melihatnya.

"Jadi apa yang layanan istimewanya? Saya tidak faham. Tak ada (istimewanya),” katanya.

"Tak ada. Mungkin dari segi makanannya, disebabkan ulser, ya, mereka tidak boleh berikan dia makanan yang pedas, tidak boleh berikan makanan berminyak,” tambahnya.

Ditanya sekiranya Najib mendapat makanan dari luar (penjara), Shafee berkata keluarga Najib sendiri tidak dibenarkan membekalkan makanan kepada Najib kerana dietnya perlu dipantau, disebabkan keadaan kesihatannya.

Beliau berkata, tekanan darah Najib masih tinggi, dan pihak berkuasa penjara sedang memantau dietnya.

Pada 21 September lepas, Jabatan Penjara mengesahkan Najib dimasukkan ke HRC untuk rawatan susulan, dan akan kembali ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman sebaik sahaja dia selesai dengan rawatannya.

Najib, 69, dimasukkan ke Penjara Kajang pada 23 Ogos lepas setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya kerana menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. 


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrsaafifi 27-9-2022 11:48 AM
Semoga sesiapa yang bersumpah palsu ditarik segala urat sarafnya dan organnya daripada berfungsi. Alfatihah. Ameen
Quote Orix 27-9-2022 12:06 PM
we want photo ! we want video !
Quote TeropongThaico 27-9-2022 12:17 PM
Bukti

Pleaseeeeeeee
Quote krustykrab 27-9-2022 12:23 PM
Harap ada reporter² yg berani intip bijan kt sana. Nk harapkn bukti dr geng² sendiri mmg hmmmm
Quote missyL 27-9-2022 03:04 PM
mrsaafifi: Semoga sesiapa yang bersumpah  ...

Aminnn amin amin
Quote missyL 27-9-2022 03:04 PM
Selagi x pakai baju oren xsama
Tgn x bergari
Quote mdhelmi 27-9-2022 03:34 PM
kat penjara kajang ada program kemahiran untuk banduan
sebab aku pernah tempah baju raya kat dalam tu
agaknya najib join tak banduan lain jahit baju buat kuih ukir kraftangan semua tu
Quote sangbara2020 27-9-2022 03:40 PM
pelik la...aritu doktor ckp  elok2 je
ni sakit ape lak...
Quote sharlenetexas 27-9-2022 03:45 PM
mdhelmi replied at 27-9-2022 03:34 PM
kat penjara kajang ada program kemahiran untuk banduan
sebab aku pernah tempah baju raya kat dalam t ...

Kalau kakmah nnt bolehlah baking dan buat kraftangan henbeg.


Quote makiting 27-9-2022 03:55 PM
Kayangan ni asal masuk lokap aje tetiba sakit..asal masuk lokap aje sakit..
Quote ina_na 27-9-2022 03:57 PM
Selagi x naik black Maria,X pakai baju banduan, X bergari x de nye nak percaya.. Shafee ni duk sana sekali ke siap tau bagai ni.. dia sendiri pun kuat drama ms kes ari tu
Quote kemaruk 27-9-2022 04:03 PM
korang ni benci dekat najib seolah2 najib pernah bunuh orang je

sememangnya najib tak sempurna, tapi tengok jugak jasa yang dia dah buat sepanjang jadi PM

tak layak la korang nak dia diperlakukan macam penjenayah rogol ke bunuh ke
Quote sabundettol 27-9-2022 06:56 PM
Bilik standard yg ko maksudkan apa tu? Please elaborate. Pasti nya bukan kongsi ngan pesakit lain kan? Come on
Quote dani-rox 27-9-2022 07:13 PM
nope


Quote Decaffeinated 27-9-2022 08:20 PM
memanglah bukan wad kelas satu untuk orang biasa2 tapi wad kelas satu untuk banduan faham?

Quote genUmi 3-10-2022 08:41 PM
kot ada kenalan sedara mara ke jiran tetangga punya saudara ke kat penjara kajang

minta dia pi melawat  sambil membawang najib  buat apa hari ini
Quote Kak-Rohana 3-10-2022 09:05 PM
kemaruk replied at 27-9-2022 04:03 PM
korang ni benci dekat najib seolah2 najib pernah bunuh orang je

sememangnya najib tak sempurna, tap ...

Ehhh bukan ke engko dulu beriya-riya semua tuduhan Pok Jib pitenah.. hasutan shaiton kannn Lupa? Nyanyok?
Quote namieamuro 3-10-2022 09:09 PM
tang anwar dulu bersepah gmba. knp tang najib sekeping gmba pn takde. kenkurang selpie la dgn najib dlm rumah baru.
Quote Highflyer19 3-10-2022 09:30 PM
Ok lh tu dah ada ssksi yg credible…

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.077420 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top