CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Ke Orang Jepun Nak Masuk McDonald’s Bila Harga Naik 60 Peratus?

27-9-2022 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2255| Komen: 22

Restoran makanan segera, McDonald’s Jepun akan menaikkan harga makanan kira-kira 60 peratus, didorong oleh peningkatan kos input dan turun naik kadar pertukaran mata wang, kata syarikat itu semalam.


Menurut McDonald’s, ia kenaikan kedua pada tahun ini ketika Jepun bergelut dengan tekanan inflasi dan kejatuhan yen ke paras terendah 24 tahun, menjadikan bahan-bahan import lebih mahal.


TIME

“Mulai Jumaat ini, harga hamburger Big Mac akan meningkat kepada ¥410 (AS$2.85/RM13.11) daripada ¥390 (RM12.44),” kata McDonald’s Holding Company Japan Ltd dalam satu kenyataan, mencerminkan kenaikan ¥10 (RM0.32) hingga ¥30 (RM0.96) pada kebanyakan item.


Big Mac berharga AS$5.15 (RM23.68) di AS, menurut indeks harga majalah The Economist. Perbezaan harga menunjukkan bahawa mata wang Jepun telah susut sebanyak 45 peratus, berdasarkan kadar pertukaran yang dikemas kini kali terakhir pada Julai lalu, lapor Reuters.

McDonald’s Japan menaikkan harga burger keju daripada ¥140 (RM4.47) kepada ¥180 (RM5.74) mulai Jumaat, kenaikan kedua untuk tahun ini.

Peningkatan kos pengeluaran dan kejatuhan yen telah mendorong kenaikan harga makanan sebanyak 60 peratus di kebanyakan restoran utama Jepun, menurut tinjauan Tokyo Shoko Research yang dikeluarkan baru-baru ini.

Dalam perkembangan berasingan, Duskin Co turut mengumumkan kenaikan harga kebanyakan barangan di kedai Mister Donut kira-kira 7.4 peratus mulai 25 November ini. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 27-9-2022 11:31 AM
soon malaysia pun follow?
Quote ezacbee 27-9-2022 11:31 AM
Naik jelah harga, ramai je yg makan.
Quote jalfa 27-9-2022 11:43 AM
Naik ke turun ke akak order dgn food panda/grab time prome je dek nak pergi fizikal outlet kowser dek
Quote Skuau 27-9-2022 11:59 AM
timekasih jer la...burger tepi jalan pon sodap.
Quote margo20 27-9-2022 12:10 PM
Dah lama tak mkn mekdi cheewahh
Quote kakikuDibibirmu 27-9-2022 12:20 PM
Akak memang tak makanlah burger Melayu sunni jual tepi longkang sos cili satu lori
Quote kakikuDibibirmu 27-9-2022 12:22 PM
aiyoyo anney kadawalley

Screenshot_20220927-122128_Brave.jpg
Quote shernazz 27-9-2022 12:23 PM
Bertabah lah semua
Mmg.akan naik...
Hujan je turun
Quote hareeeesah 27-9-2022 12:30 PM
Prawn burger mcd sedap…
Quote fifie_olin 27-9-2022 01:07 PM
bole je asalkan bege ko jual tu biar la complete
slu dpt sejuk kejung dah bege tu
sedih ahkak
Quote anony-mous 27-9-2022 01:37 PM
Lah naik rm1 jah. Dkt tajuk tulis 60%
Quote anony-mous 27-9-2022 01:38 PM
hareeeesah replied at 27-9-2022 12:30 PM
Prawn burger mcd sedap…

Menu bila ni? X ada pon dkt mcd
Quote hareeeesah 27-9-2022 02:49 PM
anony-mous replied at 27-9-2022 01:38 PM
Menu bila ni? X ada pon dkt mcd

Mcd jepun la anon bukan kl.. last pegi 2018 ada lagi xtau la skrang xde dh
Quote anony-mous 27-9-2022 04:51 PM
hareeeesah replied at 27-9-2022 02:49 PM
Mcd jepun la anon bukan kl.. last pegi 2018 ada lagi xtau la skrang xde dh

Kenapa mcd malaysia xbuat. Terliur pulak baca komen u
Quote namieamuro 27-9-2022 04:57 PM
hareeeesah replied at 27-9-2022 12:30 PM
Prawn burger mcd sedap…

menu baru ke? lame dh i tak mencekik mekdi. rindu pulak prosperity yg batch dlu2
Quote wikedsaikel 27-9-2022 05:23 PM
anony-mous replied at 27-9-2022 01:38 PM
Menu bila ni? X ada pon dkt mcd

Jepun memang ada ebi beger. HK pon.
Quote September14 27-9-2022 06:04 PM
Lama2 akan biasa dgn harga tu.. gaji naik tiap thn harga brg pun naik ler….
Quote Lagubestbest 27-9-2022 06:09 PM
Makanan gerai pun ada sama sedap sama rege ngan McD sekarang ni. So kalau sekadar nak tapau, tak pernah heran.
Quote epullipan 27-9-2022 06:11 PM
ko naik le rege pon..ramai je yg beli nanti

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.236673 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top