Tom bakal tampil dengan imej terbaharunya di pentas Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) Ahad ini apabila mengambil keputusan untuk menukar gaya rambut jenis dreadlocks yang sinonim dengan dirinya.
Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata, keputusan itu dibuat kerana sedar tidak ramai yang boleh menerima penampilannya itu selain ingin membuktikan dia bersungguh-sungguh untuk kembali ke persada muzik tempatan. "Sebenarnya berat hati nak tanggalkan dreadlock ini tetapi untuk GV, saya kena tukar penampilan. "Bukan semua orang boleh terima imej saya ini. Demi buat comeback saya sanggup," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Tom berkata, meskipun berasa sedih terpaksa mengubah imej tersebut namun itu adalah kali terakhir dia akan tampil dengan rambut dreadlocks.
|
TomyamPuteh replied at 27-9-2022 12:00 PM
Full pakej. Rambut deadlock + tatoo. Mandi wajib tak? Tok aji jiran saya suruh tanya.
lazim replied at 27-9-2022 12:10 PM
Kadang2 xphm dgn manusia sendu yg nk jd retis. Xkji ke sentimen masyarat.. Klu dh rmbut kepam org ...
ADVERTISEMENT