Sumber foto : cyanxkamo.blogspot.com Sudah lama juga tidak mendengar khabar berita tentang juruhebah jelita, Linda Onn semenjak mendirikan rumahtangga. Terbaru, Linda dan Suria FM dikatakan kalah dalam kes saman fitnah melibatkan pemilik majalah Ujang. Mengikut laporan Bernama, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan juruhebah Suria FM, Linda Onn dan stesen radio itu membayar ganti rugi RM50,000 kepada pemilik majalah humor, “Ujang” berhubung kenyataan fitnah dalam satu segmen radio pada Januari tahun lepas. Hakim See Mee Chun turut memerintahkan defendan, Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlinda Onn dan Rimakmur Sdn Bhd yang memiliki stesen radio Suria FM, supaya membayar kos RM20,000 kepada Datuk Othman Yusof dan MOY Publications Sdn Bhd.
Pada Jun tahun lepas, plaintif memfailkan saman dengan mendakwa Linda Onn ketika mengendalikan segmen “Carta 30 Lagu Top Mingguan” kira-kira 1.30 tengah hari, 25 Januari tahun lepas, menjawab soalan seorang pendengar Suria FM mengenai apakah yang berlaku kepada majalah “Ujang” yang dimiliki plaintif. Plaintif mendakwa segmen itu diulang siar pada 26 Januari tahun lepas, kira-kira pukul 6.30 petang di stesen radio sama. Plaintif juga turut mendakwa ketika menjawab soalan pendengar tersebut yang merujuk kepada plaintif, juruhebah itu mengutarakan kenyataan yang tidak berasas, tidak benar dan memfitnah plaintif. Untuk pengetahuan, Majalah Ujang mula diterbitkan pada tahun 1993. Namun kartunis terkenal Ubi mengesahkan majalah karikatur terkenal negara itu telah dihentikan penerbitannya serta merta pada 6 Ogos 2015. - CARI Infonet. |
26
Bagus |
23
Marah |
11
Terkejut |
8
Sedih |
20
Lawak |
37
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
toxicated replied at 21-8-2015 05:20 PM
Moy ni tau nak duit org jah..dlu ko naya ujang kan..sian mamat tu smpai tak bleh nak claim ape2 kary ...
joey_mcintrye replied at 21-8-2015 05:22 PM
Bukan ke Ujang tu drpd Gila2? Knp pula Dato MOY ni dpt tuntut hak cipta?
sepitsiput replied at 21-8-2015 05:22 PM
nak tahu apa kandungan info yang Linda Onn bacakan time bertugas tu dulu...sebab setau meols, info2 ...
sepitsiput replied at 21-8-2015 05:26 PM
MOY ni sekat semua copyright, nama, brand Ujang drpd kartunis Ujang (b4 that dia tarik ujang kelua ...
joey_mcintrye replied at 21-8-2015 05:22 PM
Bukan ke Ujang tu drpd Gila2? Knp pula Dato MOY ni dpt tuntut hak cipta?
kakasotong replied at 21-8-2015 05:27 PM
Haah pebenda yg LO cakap yg sampai dikatakan fitnah tu. Nak tahu jugak.
MOY ni dah hentikan kan ...
toxicated replied at 21-8-2015 05:27 PM
L.o tu walaupon dibenci ummah pendengar tp sheols jenis buat keje dengan bekerja dulu..mmg jenis r ...
joey_mcintrye replied at 21-8-2015 05:30 PM
Gila-gila tak berkubur lagi. Cuma keluar sebulan sekali je...kalau zaman gemilang dua bulan sekali ...
toxicated replied at 21-8-2015 05:29 PM
X silap moy buat hak cipta atas sykt semua kartun2 ujang tu.ujang x bleh claim tu hak cipta dia da ...
kakasotong replied at 21-8-2015 05:27 PM
Haah pebenda yg LO cakap yg sampai dikatakan fitnah tu. Nak tahu jugak.
MOY ni dah hentikan kan ...
ADVERTISEMENT