CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tendang Bakul Kain, Terjerit-Jerit Marah Pekerja Dalam Kilang- Bos Wanita Dimaki Buat Marketing Sampah!

26-9-2022 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4904| Komen: 45

Video seorang wanita dipercayai pengusaha pakaian terjerit-jerit memarahi pekerjanya di dalam sebuah kilang mendapat kecaman netizen yang menyifatkan ia sebagai teknik pemasaran ‘sampah’ dan keterlaluan.


Berdasarkan video yang tular itu, wanita itu memarahi pekerjanya supaya melakukan kerja dengan baik bagi memberikan produk berkualiti kepada pelanggan.



Dalam rakaman itu juga, kelihatan dia menendang bakul berisi kain selain menegur seorang pekerja yang sedang makan sambil menjahit.

Perbuatan itu turut mendapat maklum balas daripada seorang guru yang juga aktivis sosial, Cikgu Fadli Salleh.




“Melintas satu video bos mengamuk di kilang. Kasihan lihat sampai macam itu nak buat ‘marketing’, menjerit sampai nak keluar anak tekak. Betullah orang kata, manusia ini tak pernah puas.

“Belum berjaya, bukan main berdoa minta Allah bagi kaya dan berjaya. Allah makbulkan doa dan bagi kaya, nak popular pula, nak orang kenal. Nak orang tahu dia kaya, berpuluh kali sebut mesin harga berjuta.

“Maruah letak tepi semua. Yang penting viral, ‘bad marketing’ pun masih ‘marketing’ katanya. Lagi tular walau benda teruk, lagi laris katanya. Tidak ada guna kaya raya kalau maruah tidak ada. Malu sikit pun tidak ada, mentaliti rendah, tiada hormat,” tegasnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 26-9-2022 01:09 PM
bodoh sgt sampai tiada lagi perkataan dpt digambarkan...
Quote white_musk 26-9-2022 01:12 PM
Edited by white_musk at 26-9-2022 01:13 PM

anak murid jijang siamang ke?
Quote pooh~key 26-9-2022 01:20 PM
Eh takkanlah wanite bertudung bersikap begitu sis?
Quote matchstick 26-9-2022 01:20 PM
Tak sakit tekak ke..
Dh mcm watak Liza Abdullah dlm drama pukul 7 tu..
Quote Solokkk 26-9-2022 01:28 PM
Dah kenapa kak? Sampai nak terkeluar anak tekak nak hadap viral
Quote prettyuglybabe 26-9-2022 01:30 PM
semoga ada pekerja yang bangun and hentak dia guna mesin tu..
gila bodoh punya pompuan..
pekerja kau tu manusia bukan binatang nak dijerit-jerit..
gaji pun bayar paras minimum..
epf socso pun silap-silap tak carum..
semoga melingkup la business baju kau tu..
Quote pooh~key 26-9-2022 01:30 PM
matchstick replied at 26-9-2022 01:20 PM
Tak sakit tekak ke..
Dh mcm watak Liza Abdullah dlm drama pukul 7 tu..

Cerita disporia cintah ke sister?
Quote Artemesiaa 26-9-2022 01:30 PM
Low class nya perangai, elok dia tonton apa yang Mr Singh bahasakan 3 orang nak datang screen test dalam Seniman Bujang Lapuk
Quote Kitty_catz 26-9-2022 01:36 PM
white_musk replied at 26-9-2022 01:12 PM
anak murid jijang siamang ke?

tak jijang siamang.. nasjissss al-sodok
Quote laksmanabentan 26-9-2022 02:10 PM
alhamdulillah... lepas viral, followers bertambah..
dijemput di tv juga... sales juga makin bertambah..

itu la kuasa viral nih... biar nampak bodoh
tapi berhasill...
Quote KamikuP 26-9-2022 02:18 PM
Apa ig pompuan meroyan ni cer bagitau
Quote annehuda 26-9-2022 02:25 PM
betul ke kalau viral macam ni customer makin bertambah?
Quote Perawankota 26-9-2022 02:26 PM
Tak malu ke jerit2
Quote noor2 26-9-2022 02:29 PM
Gini la perangai perempuan melayu zaman sekarang
Quote awanearisu 26-9-2022 02:30 PM
Nak kata B40, pengusaha. Jadi adakah ini kategori T20 buat perangai apa hari ini?
Quote hareeeesah 26-9-2022 02:41 PM
Nak doa boss jahat kne stroke tergolek dpn staff jahat sgt plak. mcm xde hari esok lusa ko jerit apoooo la
Quote KrissaAdam 26-9-2022 02:42 PM
Edited by KrissaAdam at 27-9-2022 11:58 AM

Now The Boss is going to angry and if she feel that she can fried all. OneCognizant.Cognizant.com Portal
Quote ayukpingu 26-9-2022 02:42 PM
pooh~key replied at 26-9-2022 05:20 AM
Eh takkanlah wanite bertudung bersikap begitu sis?

content dia ni selalu fyp so, lalu lalang dlm tiktok.

video dia tak pernah cakap elok2 pun dengan workers. asyik marah memanjang.
content la agaknya kan...

kang rezeki jadi sempit baru padan muka...asyik terpekik terlolong sana sini marah pekerja
Quote white_musk 26-9-2022 02:48 PM
Tolong lah orang malayu semua, JANGAN sokong perniagaan parampuan ini...
keji...

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.212322 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top