CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diukir Daripada Marmar Hitam, Gambar Makam Ratu Elizabeth Ii

26-9-2022 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1894| Komen: 12

LONDON – Istana Buckingham berkongsi gambar makam mendiang Ratu Elizabeth II di dalam Gereja Kecil St. George selepas pengebumian baginda di Istana Windsor, lapor stesen penyiaran CNN.


Batu lejar berukir yang memaparkan nama mendiang Ratu Elizabeth II, didirikan di Gereja Memorial King George VI petang Isnin lalu selepas upacara peribadi yang dihadiri oleh kerabat diraja Britain.

Kubur Elizabeth II diukir daripada marmar hitam Belgium bertatahkan huruf tembaga yang memaparkan nama ibu bapa mendiang, Raja George VI dan Ratu Elizabeth diikuti nama Ratu Elizabeth II sendiri bersama suaminya, Putera Philip.


Foto: Getty Images


Sebutir Bintang garter memisahkan nama dua pasangan diraja itu termasuk tahun kelahiran dan kematian yang ditulis di sebelah setiap nama.

Keempat-empat monarki itu adalah ahli Order of the Garter iaitu sebuah kumpulan kesatria paling kanan negara yang ditubuhkan sejak zaman pertengahan ketika pemerintahan Raja Edward III.

Ahli-ahli kumpulan itu dipilih secara peribadi oleh kerajaan dalam mengiktiraf perkhidmatan mereka kepada negara. 

Antara mereka termasuk beberapa ahli keluarga diraja, bekas perdana menteri dan tokoh kanan lain. 

Mendiang Ratu Elizabeth II diberi penghormatan majlis pengebumian negara di Biara Westminster, London dalam acara yang dihadiri oleh pemimpin dari seluruh dunia. 

Lebih 26 juta orang di Britain menonton upacara pengebumian Ratu Elizabeth II pada Isnin lalu yang kali pertama disiarkan di televisyen untuk seorang monarki Britain. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 26-9-2022 03:16 PM

MAKAM mendiang Ratu Elizabeth II dirakam di Gereja Memorial King George VI di Istana Windsor. - Royal Collection Trust/The Dean and Canons of Windsor via Getty Images


Istana Buckingham kongsi gambar makam Ratu Elizabeth II

LONDON – Istana Buckingham berkongsi gambar makam mendiang Ratu Elizabeth II di dalam Gereja Kecil St. George selepas pengebumian baginda di Istana Windsor, lapor stesen penyiaran CNN.

Batu lejar berukir yang memaparkan nama mendiang Ratu Elizabeth II, didirikan di Gereja Memorial King George VI petang Isnin lalu selepas upacara peribadi yang dihadiri oleh kerabat diraja Britain.

Kubur Elizabeth II diukir daripada marmar hitam Belgium bertatahkan huruf tembaga yang memaparkan nama ibu bapa mendiang, Raja George VI dan Ratu Elizabeth diikuti nama Ratu Elizabeth II sendiri bersama suaminya, Putera Philip.

Sebutir Bintang garter memisahkan nama dua pasangan diraja itu termasuk tahun kelahiran dan kematian yang ditulis di sebelah setiap nama.

Keempat-empat monarki itu adalah ahli Order of the Garter iaitu sebuah kumpulan kesatria paling kanan negara yang ditubuhkan sejak zaman pertengahan ketika pemerintahan Raja Edward III.

Ahli-ahli kumpulan itu dipilih secara peribadi oleh kerajaan dalam mengiktiraf perkhidmatan mereka kepada negara.

Antara mereka termasuk beberapa ahli keluarga diraja, bekas perdana menteri dan tokoh kanan lain.

Mendiang Ratu Elizabeth II diberi penghormatan majlis pengebumian negara di Biara Westminster, London dalam acara yang dihadiri oleh pemimpin dari seluruh dunia.

Lebih 26 juta orang di Britain menonton upacara pengebumian Ratu Elizabeth II pada Isnin lalu yang kali pertama disiarkan di televisyen untuk seorang monarki Britain. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... -ratu-elizabeth-ii/

Quote alesandra 26-9-2022 03:39 PM
Tak paham. kata x tanam.?
Quote sharlenetexas 26-9-2022 03:42 PM
Edited by sharlenetexas at 26-9-2022 04:43 PM

Order of the garter kalau kat Malaysia panggil apa?


Quote miszclassique 26-9-2022 03:53 PM
alesandra replied at 26-9-2022 03:39 PM
Tak paham. kata x tanam.?

Nape i baca mmg tanam pun? Cuma waktu tanam tu just untuk family members terdekat je dalam pukul 7.30pm waktu dorang... Untuk public tamat masa coffin diturunkan dalam vault
Quote ayukpingu 26-9-2022 04:30 PM
miszclassique replied at 26-9-2022 07:53 AM
Nape i baca mmg tanam pun? Cuma waktu tanam tu just untuk family members terdekat je dalam pukul 7 ...

tak ditanam tapi disimpan

kalau tanam, di padat dengan tanah. yang ni takde tanah. dalam tu macam kotak

Quote jazaa100 26-9-2022 04:32 PM
ayukpingu replied at 26-9-2022 04:30 PM
tak ditanam tapi disimpan

kalau tanam, di padat dengan tanah. yang ni takde tanah. dalam tu maca ...

Ada soklan kubur tak klu tak tanam.....

Tanya je....
Quote ifanonline 26-9-2022 04:34 PM
masuk api neraka jua roh elizabeth ni
Quote Samerosie 26-9-2022 04:37 PM
sharlenetexas replied at 26-9-2022 03:42 PM
Order of the string garter kalau kat Malaysia panggil apa?

Huish, string garter tu lain jauh benor dah ni.  Ipan expert la part ni.


Quote sharlenetexas 26-9-2022 04:43 PM
Samerosie replied at 26-9-2022 04:37 PM
Huish, string garter tu lain jauh benor dah ni.  Ipan expert la part ni.

Adoi la ter over pulak iols

Quote sharlenetexas 26-9-2022 04:44 PM
ayukpingu replied at 26-9-2022 04:30 PM
tak ditanam tapi disimpan

kalau tanam, di padat dengan tanah. yang ni takde tanah. dalam tu maca ...

Mcm capsule hotel.


Quote ayukpingu 26-9-2022 04:47 PM

haa..lebih kurang.

yang ni double decker.
Quote ayukpingu 26-9-2022 04:48 PM
jazaa100 replied at 26-9-2022 08:32 AM
Ada soklan kubur tak klu tak tanam.....

Tanya je....

wakakaka..entah ler

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.039459 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top