Seorang suami kecewa kecewa apabila anak yang dikandung dan dilahirkan isterinya bukanlah anaknya. Lagi parah apabila bayi terbabit merupakan darah daging datuknya sendiri.
Kompas melaporkan, kejadian yang berlaku di Berau, Kalimantan Timur itu terbongkar apabila isterinya mengaku selepas melahirkan seorang bayi perempuan. Katanya anak tersebut hasil daripada perbuatan keji datuknya yang berusia 64 tahun. "Saya rasa kecewa selepas dapat tahu kes yang menimpa isteri saya. Saya sangka bayi itu adalah anak kami.
Isteri tak berani nak menceritakan hal sebenar ketika dia mengandung sebab risau perkara lebih buruk boleh berlaku." Pada awalnya, dia tidak mempercayai apa yang diceritakan oleh wanita itu berusia 16 tahun itu sebelum membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor yang merawat untuk mengetahui bilakah isterinya mula mengandung. Doktor kemudiannya memaklumkan bahawa isterinya melahirkan anak cukup bulan dan sudah mengandung dua bulan sebelum mereka dinikahkan kerana usia perkahwinan mereka baru memasuki tujuh bulan. Susulan itu, si suami membuat laporan polis dan suspek ditahan bagi membantu siasatan. Menurut Polis Berau, AKBP Shindu Brahmarya, suspek juga pernah merogol sepupu mangsa yang berusia 14 tahun. Hasil siasatan polis, suspek pernah merogol sepupu mangsa dan perbuatannya itu dilakukan lebih daripada satu kali. -CARI
|
kakikuDibibirmu replied at 26-9-2022 01:35 PM
ya ampun, waduh, waduh, waduh, pokoknya butuh gampang gimana kayaknya gini kabupaten kedubes muntabe ...
ADVERTISEMENT