CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Habis Licin! Puluhan Kucing Menggelupur Diserang Sawan, Mati Diracun Doktor Haiwan?

26-9-2022 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3091| Komen: 29

Penduduk digemparkan dengan puluhan kucing mati diracun di sebuah kawasan perumahan.

Selain itu, beberapa ekor kucing kelihatan terbaring dan mengiau lemah serta diserang sawan.


Gambar Hiasan

Kejadian berlaku di kawasan perumahan Patraland Place di Kota Malang di Jawa Timur, Indonesia.

Ia mendakwa bahawa suspek merupakan doktor haiwan, dan kejadian disebabkan oleh diracun dan bukannya kerana virus.

"Saya mohon bantuan daripada pencinta kucing, sebarkan info ini agar pelakunya segera ditemui.


"Terdapat kematian kucing beramai-ramai. Satu perumahan habis tanpa kucing," menurut keterangan menerusi satu video.



Susulan video yang tular, Ketua kampung Tasikmadu di daerah Lowokwary menjelaskan bahawa kira-kira sebulan lalu, dia menerima laporan penduduk berhubung jumlah kucing yang banyak di kawasan kediaman mereka sehingga mencecah puluhan ekor.

"Kewujudan haiwan ini dianggap telah mengganggu kawasan sekitar.

“Kucing-kucing ini mengotori masjid, karpet, tempat duduk motor tercalar, berak di mana-mana, berbau di pintu, ada yang muntah,” kata Wiratmono pada Ahad.

Sehubungan itu, dia menggesa penduduk yang memelihara kucing supaya lebih bertanggungjawab.

"Kalau pelihara kucing, jangan dibiarkan begitu saja. Supaya penduduk selesa antara satu sama lain," katanya. -CARI

Sumber: mStar/ Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 26-9-2022 10:16 AM
Apa kata kau @Friska babu dgn perangai kaum hanat ni?
Quote kemaruk 26-9-2022 10:41 AM
kesiannya tengok kuching tu mengiau ngiau kesakitan
Quote bakingsoda 26-9-2022 10:48 AM
adoii ngokkkks, ko pegi la racun pemilik kucing yg tak bertanggungjawab bukan kucing la bodow! ni mesti geng pukul rata kucing jalanan pon dituduhnya kucing bertuan jgn dibuat kawan spesis camni, nnt dia dengki kat korang dibubuhnya racun dlm mknn korang nakk?


Quote supernaturalee 26-9-2022 10:53 AM
klu yg euthanize tu mcmn vet buat ye

Quote bakingsoda 26-9-2022 11:05 AM
supernaturalee replied at 26-9-2022 10:53 AM
klu yg euthanize tu mcmn vet buat ye

dorang inject solution yg akan buat haiwan tu tidur, bukan gelupur cam kena racun ni. tapi aku tetap tak setuju pts haiwan! sial betol vet yg kes sporo pon laju je nak advise suruh matikan kucing. ni bukak vet bukan sbb ihsan kat haiwan tapi nampak $$$ semata, malas lettew nak handle kes yg makan masa berbulan nak sembuh ni, risiko berjangkit lagi. korang kalau ada kucing sporo dan tak reti handle sendiri cara nak rawat, upah rescuer/shelter yg pandai buat. upah tu biar berpatutan lah dgn risiko org yg jaga tu amik. ubat, makanan, pasir korang sediakan.
Quote Supersirap 26-9-2022 11:06 AM
Nak bunuh janganlah sampai menyeksa haiwan
Quote krustykrab 26-9-2022 11:10 AM
Teruknya sedara mara friskies nih..tiada hati perut
Quote zarulnazmi 26-9-2022 01:43 PM
saya saspek kawasan tu akan dikerumuni tikus-tikus memandangkan tiada pemangsa semula jadi untuk mengawal pembiakan.
Quote shernazz 26-9-2022 01:48 PM
bakingsoda replied at 26-9-2022 11:05 AM
dorang inject solution yg akan buat haiwan tu tidur, bukan gelupur cam kena racun ni. tapi aku tet ...

Sporo  ni mcmana uols?
Huk3...kalau.kucing tu dibeli mahal2..kena sporo...nanges la.wei
Quote umie 26-9-2022 02:22 PM
Akk rescue 3 ekor kucing sporo. Alhamdulillah sekarang dah sihat dan gemuks
Quote Mooverine 26-9-2022 02:22 PM
nanti jangan tuduh orang lain bawa bala.. kalau sendiri tu buat khianat kat haiwan..
Quote bakingsoda 26-9-2022 02:35 PM
shernazz replied at 26-9-2022 01:48 PM
Sporo  ni mcmana uols?
Huk3...kalau.kucing tu dibeli mahal2..kena sporo...nanges la.wei

sporo tu fungus berdarah. ada luka2 kat banyak tempat kebiasaannya kat bahagian kaki dan hidung. boleh berjangkit kat manusia. kalau yg nangis kucing sakit sbb beli tu sbb dia sayang duit bukan sayang kucing, org lain kucing pungut pon bayar rawatan lagi mahal dr harga kucing beli dia tuh. kalau nak bela pet dgn membeli lagi baik tak bela pet langsung daripada menyokong pendera2 haiwan utk duit!
Quote Kurex 26-9-2022 02:40 PM
Leluhur parashit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi
Quote shernazz 26-9-2022 02:49 PM
bakingsoda replied at 26-9-2022 02:35 PM
sporo tu fungus berdarah. ada luka2 kat banyak tempat kebiasaannya kat bahagian kaki dan hidung. b ...

Iols takde bela kucing pung
Ada kucing2 datang je...
So tak tau penyakit kucung neh.
Kucing sini suka makan ayam n ikan goreng

Biskut2 tak mau plak tu
Quote bakingsoda 26-9-2022 04:17 PM
shernazz replied at 26-9-2022 02:49 PM
Iols takde bela kucing pung
Ada kucing2 datang je...
So tak tau penyakit kucung neh.

hati2 kalau nampak kucing ada luka, jgn sentuh!
Quote Perwira2022 26-9-2022 04:35 PM
Masalah lambakan kucing ni kena address seriously and properly la... Jangan kerana kucing haiwan cute maka kucing tak boleh dihapuskan untuk mengawal populasi. Kalau babi, gagak, monyet, ular boleh pulak suruh tembak.

Cara terbaik untuk kucing yg dilupuskan adalah hantar ke zoo jadi makanan karnivor di sana. Selesai dua masalah. Masalah lambakan kucing & masalah binatang zoo tak cukup makanan.
Quote Decaffeinated 26-9-2022 06:49 PM
Perwira2022 replied at 26-9-2022 04:35 PM
Masalah lambakan kucing ni kena address seriously and properly la... Jangan kerana kucing haiwan cut ...

Baru nak kata. Manusia memang hipokrit. Bunuh lembu xpe.

Ayam pun kalau yg lawa tu disembah. Yang x lawa disembelih.
Quote Zirara99 26-9-2022 11:35 PM
Perwira2022 replied at 26-9-2022 04:35 PM
Masalah lambakan kucing ni kena address seriously and properly la... Jangan kerana kucing haiwan cut ...

Sini aku hantar ko kt zoo campak dalam kandang ulor. Gelupur tak gelupur. Sama la. Biar la cycle secara semulajadi. Cakap mcm tkda otak.
Quote Adrif 27-9-2022 02:53 AM
area perumahan kami pun banyak anjing dengan kucing mati sejak 2-3 minggu lepas
disyaki diracun. jenuh la haritu tarik bangkai anjing letak jauh-jauh. busuk

antaranya, Oyen aku yang umo kurang setahun
terlalu lemah sampai takleh makan minum, malam vet dah tutup, ingatkan nak bawak besok pagi
sekali tengok besok, dah keras

padahal Oyen aku tu kucing indoor. dia yang tak suka keluar rumah, selalunya dok melepet tido atas katil, makan minum kat dapur, berak kencing dia pun dalam kawasan rumah, kawasan kebun memang ada longgok tanah dan pasir untuk kucing.

balik keje, nampak dia kat luar pagar, terbaring lemah
ada orang bagi makan betul2 kat luar pagar rumah kami. motif?
padahal rumah kami jauh kot dari orang lain. hujung taman. tak kacau sapa2 pun

ingatkan ada orang marah dengan kami ke. sekali haaa hamik, banyak anjing dengan kucing lain bergelimpangan mati. harap2 penganiaya haiwan tu keracunan makanan dan cirit birit sampai mati, macam anjing kucing tu jugak

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.044189 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top