CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kencing Atas Kubur Bekas Isteri Setiap Hari, Motif?

26-9-2022 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1712| Komen: 10

Rakaman kamera tersembunyi mendedahkan kegiatan jelik seorang lelaki yang tergamak membuang air kecil di atas kubur bekas isteri, meskipun mereka sudah bercerai 46 tahun lalu.


Linda Louise Torello meninggal dunia akibat kanser pada 2017 ketika berusia 66 tahun.

Dia dikebumikan di tanah perkuburan di Gereja Reformasi Tappan di Orangetown, New York.


Foto: Daily Star

Anak lelaki Torello, Michael Murphy, 43, berkongsi mengenai perkara tersebut di Facebook.

Menurut Michael, segala-galanya bermula apabila dia menemui beg berisi najis di kubur ibunya ketika datang berziarah.


Dia mengandaikan ia ditinggalkan tanpa sengaja oleh pemilik anjing yang membawa haiwan mereka bersiar-siar, tetapi mula berasa aneh apabila menemui lagi beg najis pada hari yang lain.

Selepas dimaklumkan kepada pihak polis, pengurus tanah perkuburan tersebut memberi kebenaran kepada Michael untuk memasang kamera tersembunyi di kubur ibunya.

Michael ternyata terkejut sebaik melihat kelibat seorang lelaki yang pernah mengahwini ibunya pada 1970-an, di dalam video tersebut.

Lelaki berkenaan tiba pada awal pagi dengan kenderaan jenis SUV, berjalan ke kubur, melondehkan seluarnya dan membuang air kecil.

"Kami mempunyai bukti berminggu-minggu dan berbulan-bulan. Ia telah dilaporkan kepada polis dan saluran berita. Tiada seorang pun dalam keluarga saya pernah berhubung dengan lelaki tersebut sejak 1976.

"Bagaimana dia menemui tapak kubur ibu saya, itu kami tidak pasti," kata Michael.

Polis memberitahu Michael bahawa mereka tidak dapat bertindak kerana tiada ancaman khususnya keganasan fizikal.

Lelaki itu kini cuba melakukan proses perundangan lain agar bekas suami ibunya tidak lagi dapat berkelakuan jijik pada pusara wanita berkenaan. -CARI

Sumber: mStar/ Dailystar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 26-9-2022 09:52 AM
ok bah..org org PH hari hari tadah mulut minum kencing OK ja
Quote Friska 26-9-2022 09:53 AM
I piss on your grave literally

piss on your grave

"Piss on your grave" is what you tell someone when you greatly resent something they have said or done, assuring them that you will not forget it and have no respect for them.
Quote slyfynx 26-9-2022 10:01 AM
TAG.....
Letak tag wahai wartawan cari
Quote Friska 26-9-2022 10:19 AM
slyfynx replied at 26-9-2022 10:01 AM
TAG.....
Letak tag wahai wartawan cari

Hati-hati ngomongnya Kakak, gampang tersinggung dia. Kelmaren saya kena marah lho Kakak


Quote Supersirap 26-9-2022 11:09 AM
Mungkin ada benda yang masih terpendam sehingga buat perkara itu
Quote bakingsoda 26-9-2022 11:16 AM
dendam kesumat apekah sampaikan dah cerai berkurun,dah mati orangnya ko tak habis2 lagi dicurangi agaknya nih
Quote epullipan 26-9-2022 11:25 AM
nak siram pokok bunga kot
Quote greantea 26-9-2022 11:47 AM
gigih atok ni. dendam bawak ke kubur
Quote Itzy 26-9-2022 04:17 PM
Supersirap: Mungkin ada benda yang masih t ...

ni jenis manusia perangai syaitan je buat perbuatan macam ni. Org bertamadun x kan buat benda camni
Quote midori888 26-9-2022 04:22 PM
betul punya dendam nie....

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.089924 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top