CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kalau Dah Jumpa Sijil Mati, Nak Kena Hantar Ke Neraka Atau Syurga?'

25-9-2022 05:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2213| Komen: 11

Tular mengenai sebuah iklan dalam akhbar India apabila seorang pengiklan memaklumkan dirinya sedang mencari sijil kematian diri sendiri yang didakwa telah hilang.


Sijil kematian hanya dikeluarkan selepas seseorang itu disahkan mati oleh pihak berkuasa seperti hospital dan polis.


Lelaki mengiklankan kehilangan sijil kematian sendiri di sebuah akhbar tempatan di India. - Twitter

Menerusi foto yang dimuat naik oleh pegawai polis Rupin Sharma di Twitter, ia menunjukkan iklan itu bersama butiran lanjut.

“Saya telah kehilangan sijil kematian saya di Bazar Lumding, negeri Assam bertarikh 7 September lepas,” tulis iklan tersebut.


“Hanya berlaku di India, orang mati mencari sijil kematian sendiri,” kata Rupin dalam komennya.

Sejak dikongsikan, imej iklan tersebut menjadi topik perbualan dalam kalangan pengguna media sosial, lapor NDTV.

Netizen tertanya-tanya adakah lelaki itu meminta pertolongan dari syurga.

Sesetengah pengguna secara berseloroh bertanya siapa atau ke mana yang perlu dihubungi sebaik sahaja mereka menemui item yang hilang.

“Jika sijil itu ditemui, penemu perlu menghantarnya ke syurga atau neraka? Seloroh seorang pengguna.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 25-9-2022 12:37 PM
Banyak ke penipuan kematian di negara tersebut
Quote imransulaiman 25-9-2022 03:32 PM
Macam ni pun boleh
Quote sharlenetexas 25-9-2022 03:37 PM
Cheat death.


Quote Perawankota 25-9-2022 03:47 PM
Mcm2 hal kalau dari sana
Quote batmana 25-9-2022 03:51 PM
dia salah taip ler
mgkin tu sijil sedara dia
broken english punye psl
Quote Drmu 25-9-2022 04:02 PM
Trtinggal perkataan kot.. lost my (grandfather) death certificate..
Quote ctaz 25-9-2022 08:37 PM
hahahaha...ini memang lawak
Quote kemaruk 25-9-2022 08:44 PM
batmana replied at 25-9-2022 03:51 PM
dia salah taip ler
mgkin tu sijil sedara dia
broken english punye psl

bukan ke mereka terpaling pandai BI?
Quote seri_mawr 26-9-2022 12:24 PM
tipu mati ke mcm mana ni..?
macam2 hal la...
Quote epullipan 26-9-2022 12:33 PM
sijil menipu tecicir la tu,tu sibuk cari balik
Quote ultra78 26-9-2022 01:53 PM
Masuk bod lawak aje la

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.037321 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top