CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sabar Tunggu Kopi, Lelaki Berdepan Penjara 20 Tahun Tumbuk Kepala Pramugara

25-9-2022 05:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2449| Komen: 14

Seorang lelaki ditahan kerana menumbuk belakang kepala seorang pramugara pesawat American Airlines ketika dalam penerbangan, lapor laman berita 7 News. 

Pihak berkuasa mendakwa Alexander Tung Cuu Le, 33, kerana mengganggu kru penerbangan. Le yang berasal dari Westminster, California, berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Insiden berlaku Rabu lalu ketika pesawat itu dalam penerbangan dari San Jose del Cabo di Mexico menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles di California.


Marca

Video yang dimuat naik oleh penumpang lain menunjukkan seorang lelaki berlari di belakang seorang pramugara dan menumbuknya ketika kru kabin berjalan ke arah lain.


Menurut afidavit ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI), sejurus selepas berlepas, Le memegang bahu seorang lagi pramugari dan meminta kopi tetapi dia diminta untuk menunggu. 

Le kemudian berpindah dari bahagian belakang pesawat ke tempat duduk berhampiran kabin kelas pertama, tetapi pramugara itu meminta dia kembali ke tempat duduknya.

Dia sebaliknya melawan dengan menghayunkan penumbuk ke arah pramugara itu, demikian menurut afidavit.

Pramugara itu dalam perjalanan untuk melaporkan kejadian tersebut kepada juruterbang apabila dia ditumbuk di belakang kepala.

Beberapa penumpang lain menangkap Le lalu mengikat tangan dan kakinya menggunakan pengikat yang disediakan oleh pramugari lain, demikian menurut ejen FBI.


WION

Pramugara yang cedera itu menghabiskan baki penerbangan dengan meletak beg ais di kepalanya sebelum dibawa ke hospital. 

Presiden Persatuan Pramugari Profesional iaitu kesatuan yang mewakili kru kabin AS berkata, penumpang itu mempamerkan ‘tingkah laku yang berbahaya dan mengancam nyawa’.

“Syukurlah, anak kapal dan penumpang lain menahan lelaki itu dan pesawat mendarat dengan selamat,” kata pegawai kesatuan itu, Julie Hedrick. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tembikaigoreng 25-9-2022 02:03 PM
Ketagih kopi memang boleh macam nie ke? Workmates daku tiap pagi kalau belum ngopi badmood semacam..... Hentak² sana sini... Btw macam kuat juga dia tumbuk pramugara tu... Giloss
Quote dani-rox 25-9-2022 05:33 PM
dah tahu addict kafein terlampau sebelum naik flight, ko pekena la dulu secawan. bodoh punya jantan.
Quote Perawankota 25-9-2022 06:52 PM
Teruk bebenor perangai org yg gila kopi ni eh
Quote CiliPadiSedap 25-9-2022 07:24 PM
dalam kafien ada sejenis bahan iaitu tahi musang
Quote Skuau 25-9-2022 07:56 PM
depa.....ni..memana pi...pon...mesti buat hal punya....mmmm....
Quote Itzy 25-9-2022 10:11 PM
Skuau: depa.....ni..memana pi...pon.. ...

ko mesti x baca abis kan, ni cina migran cek oii, dah pindah dok negara omputih pun masih x civilize kata omputih.
Quote Goodluckdontcry 25-9-2022 11:26 PM
Akibat kopi..ko mgkin kn penjara..Dan mgkin dilarang seumur hidup Naik kapal terbang..Lps ni klu nak g mn2, Naik belon je la...
Quote supernaturalee 26-9-2022 12:54 AM
CiliPadiSedap replied at 25-9-2022 07:24 PM
dalam kafien ada sejenis bahan iaitu tahi musang

Tu kopi luwak

Kes ni sbb x dpt kopi luwak ke

Anyway biar betik smpi 20 thn penjara
Dh mcm kslhn membunuh plk
Bkn support tp ade slh bunuh tp xde plk jatuh hukum smpi 20 thn

Quote Highflyer19 26-9-2022 02:37 AM
Pergi mana2 pun nak jd tuan...buat sesuka hati
Quote she 26-9-2022 05:31 AM
Naik kapai terbang semata nak kopi murah tu?
Lain kali singgah beli kopi kampung ikat tepi tu
Sekarang dah nak sama harga dengan Stabak
Quote syamzana 26-9-2022 06:25 AM
peel dah macam taik dadah
Quote prettyuglybabe 26-9-2022 06:55 AM
bangsa kiasu.. dok mana-mana pun kiasu tak hilang..
Quote shernazz 26-9-2022 07:35 AM
supernaturalee replied at 26-9-2022 12:54 AM
Tu kopi luwak

Kes ni sbb x dpt kopi luwak ke

Saja ja dia habaq hat maksimum punya hukuman
Quote Decaffeinated 26-9-2022 10:12 AM
aku pernah dapat crew lembab tahap dewa pilot dah announce descent baru dia nak serve lunch kat aku. Flight time 2 jam.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.050247 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top