CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Murung Cuba Terjun Jambatan Tendong Ditenangkan Dengan Ayat Ruqyah

25-9-2022 05:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2343| Komen: 10

Cubaan seorang wanita untuk terjun dari Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong di Pasir Mas semalam gagal apabila penduduk kampung dan pengguna jalan raya yang melalui lokasi tersebut berjaya menyelamatkannya.


Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu, wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu dilihat berjalan kaki di atas jambatan yang turut dikenali sebagai Jambatan Tendong sebelum cuba untuk terjun ke dalam Sungai Kelantan.


Imam Tua Masjid Al-Hanan di Tendong, Ismail Ibrahim (kiri) cuba menenangkan mangsa dengan bacaan ayat-ayat al-Quran di Jambatan Sultan Ismail Petra, Pasir Mas hari ini.

Saksi kejadian, Mohd Suazhar Abdullah, 48, berkata, wanita yang tidak diketahui identitinya itu dilihat berjalan tanpa arah dari Kampung Kutan, Tumpat menghala ke Tendong seolah-olah seperti sedang kemurungan.


Menurut Pengetua Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Ulum Padang Embun itu, sebelum kejadian, dia melihat wanita itu di Kampung Kutan semasa dalam perjalanan membeli nasi berlauk di Pasir Pekan, Tumpat.

“Semasa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Tendong, saya sekali lagi lihat wanita itu masih lagi berjalan kaki berdekatan lampu isyarat simpang tiga menghala ke jambatan.

“Melihat kepada keadaannya itu, saya mengekorinya dengan kereta dan melihat dia pergi ke tangah jalan sebelum ke tepi jambatan untuk terjun. Ada pengguna jalan raya lain menahannya, namun tindakan itu membuatkan dia marah,” katanya yang juga merupakan perawat rawatan Islam Darussyifa’ di sini.

Mangsa dilihat semakin tenang selepas diselamatkan orang awam daripada terjun dari Jambatan Sultan Ismail Petra Tendong, Pasir Mas semalam.

Menurutnya, dia cuba menenangkan wanita itu dengan ayat-ayat Ruqyah sebelum mangsa kelihatan sedikit tenang.

Katanya, melihat kepada keadaannya, wanita itu seperti sedang mengalami tekanan perasaan dan hasil pujukan orang ramai berjaya mengelakkan mangsa daripada terjun jambatan tersebut.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jas7512 25-9-2022 05:17 AM
Sebesar mana pun masalah..ingatlah selagi hifup..ada ikhtiar utk solve masalah..klu mati langsung 0 chance.....cuba dptkan sorang dua kawan baik yg blh cerita masalah..kdg2 we just need a listening ears....
Quote Buritan 25-9-2022 07:22 AM
jas7512: Sebesar mana pun masalah..inga ...



Kalo libat otak payahh.. emosi plk sgt terganggu.. aku  dulu pernah rasa tp aku masih sedar lg.. kwn pun tarak mo kawan dgm ekau.. aku sensorang aje laa
Quote noor2 25-9-2022 07:36 AM
Kes2 mcm ni bila kita tak redha apa yang kita ada...kita membandingkan hidup kita dgn orang lain...makna kata x redha dgn apa yang tuhan bagi kat kita....x kirala mcm mana pun...jadi otak kita x kan dapat menerima apa yg kita dapat dan akhirnya kita asyik keterlaluan memikirkan nasib dan menyalahkan takdir( tuhan)..end up...otak kita x boleh berfikir dgn betul + hasutan syaitan...kita pun rasa hidup kita kosong akhirnya kita bunuh diri..


Redha lah dgn apa yg kita ada...
Quote noor2 25-9-2022 07:40 AM
Edited by noor2 at 25-9-2022 08:07 AM

[youtube]VOXVFSuF6yw[/youtube]


REDHA LAH DGN APA YG KITA ADA...jgn sombong utk dgr ceramah2 agama...
Quote ultra78 25-9-2022 08:11 AM
Takkanlah rakyat kelantan di bumi ulamak nak bunuh diri pulak. Mungkin rumah dia tak ada air dan TMB pernah berkata air berlambak di sungai kelantan
Quote Supersirap 25-9-2022 09:56 AM
Selagi mana kita mampu membantu golongan ini, amatlah diperlukan
Quote Perawankota 25-9-2022 07:02 PM
Skang ni kes2 cubaan bunuh/ bunuh diri ramainya di kalangan Muslim..
Quote hmmlantakko 25-9-2022 11:36 PM
lebai juga yg selamatkan keadaan. alhamdulillah
Quote Itzy 26-9-2022 12:19 AM
Edited by Itzy at 26-9-2022 12:36 AM

Haritu tu dengar ceramah ustaz kat youtube, kalau kat dunia ni sentiasa untung dan malang datang bersilih ganti, bergilir2, itulah lumrah hidup di dunia kata ustaz. Memang betul dan ayat ustaz tu aku ada pernah dengar dr mulut seseorang gak la. Lepas tu ustaz kata lagi, kalau kita mati di akhirat hanya ada 2 tempat saja iaitu syurga atau neraka. Dan di sana senang selama2nya takkan rasa susah(syurga) dan satu tempat lagi susah selama2nya(neraka) takkan ada rasa senang sikit pun. Sedangkan di dunia walau kita hadapi problem besar sekalipun akan datang perkara yang menyenangkan juga, contoh salah sorang saudara aku ni dia sesak sangat la sebab hutang ahlong, memang dia dok minta tolong akak aku suruh pinjam wang. Akak aku pun x mampu bagi banyak dia pun banyak hutang loan. Lepas tu saudara aku ni yg tadinya sangat2 terdesak dikejar ahlong akhirnya boleh tarik nafas lega sebab dia untung meniaga dalam talian. Walaupun dia masih hutang ahlong tu tapi sebab dia berusaha, Allah bagi lapang jalan dia untuk meniaga. Dia pinjam sikit saja tapi sebab dia tak mampu sedia duit segedebuk bayar lumpsum ahlong tu maka dia bayar ansuran sikit2 tapi bunga setiap hari naik, ahlong ni pegang kad atm dia, gaji setiap bulan habis bagi ahlong. Ahlong celaka laknat ni dah ambil duit dia lebih dari jumlah dia pinjam.Tunggu masa suami dia pencen saja untuk bayar penuh setel semua hutang. Pada aku yang pilih tamatkan nyawa dia adalah manusia yang lemah semangat, samada dia memang ikut perasaan sangat2 dan rasa hidup ni susah sangat baik mati setel problem padahal dia taktau hidup kat dalam kubur lagi seksa sebab hari2 kena seksa dengan malaikat munkar nankir. Yang ada penyakit murung tu kau kena lawan perasaan tu, jangan sentiasa fikir perkara negatif, kalau kau dikelilingi perkara negatif kau kena sentiasa ingat Tuhan dan sayangi diri kau. Sentiasa fikir perkara positif. Aku dulu pernah gak didatangi fikiran ni sampai aku rasa cam hidup ni x bermakna lepas tu aku teringat yang aku ni muslim, hidup aku di dunia ni nak kumpul pahala pergi ke syurga.  
                        
Quote supernaturalee 26-9-2022 12:44 AM
Ni bkn cubaan nk promote tmpt rawatan ape ea

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.042896 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top