CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Beradik Maut Kemalangan Lampu Isyarat Rosak

25-9-2022 05:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1727| Komen: 8

Dua beradik perempuan yang parah selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Layar Hujung, kelmarin meninggal dunia semalam.


Kedua-dua beradik itu dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) semalam.


Dua beradik perempuan yang meninggal dunia akibat kemalangan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pial, Bedong semalam. FOTO Ihsan Pembaca

Penunggang berusia 23 tahun dilaporkan meninggal dunia jam 12.45 tengah malam semalam.

Ketika urusan bedah siasat dilakukan, adiknya yang juga pembonceng motosikal berusia 18 tahun dilaporkan meninggal dunia jam 10.35 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi mengesahkan kematian dua mangsa berkenaan.

"Penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSAH.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Jenazah dua beradik berkenaan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pial selepas solat Asar, semalam dengan bantuan khidmat Skuad Hang Cangkul Murtadha Dakwah Centre (Madad).

Portal Harian Metro malam tadi melaporkan dua beradik perempuan parah selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Layar Hujung, Sungai Petani.

Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari itu, mangsa penunggang berusia 23 tahun dan adiknya berusia 18 tahun yang juga pembonceng masing-masing mengalami kecederaan dalam badan serta parah di kepala.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 25-9-2022 05:20 AM
Dua beradik sekali pergi. Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat. Rest in peace.
Quote stingerbumpy 25-9-2022 06:18 AM
LadyCarefree replied at 25-9-2022 05:20 AM
Dua beradik sekali pergi. Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat. Rest in peace.

Saja mengundang,rest in peace iteww kheunz? Saja cari pasal?

Aku ngadu kt JokerCop....adan uker ko kena leter lagi....nanti
Quote imanjannah 25-9-2022 06:48 AM
innalillahwainnalillahirojiun.. semoga Allah mengampuni dosa mereka dan dosa aku juga.. aamiinn
Quote Buritan 25-9-2022 06:51 AM
LadyCarefree replied at 25-9-2022 05:20 AM
Dua beradik sekali pergi. Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat. Rest in peace.

Sian mak pak..
Quote surih07 25-9-2022 07:07 AM


Takziah buat keluarga
Quote LadyCarefree 25-9-2022 01:05 PM
stingerbumpy replied at 25-9-2022 05:18 AM
Saja mengundang,rest in peace iteww kheunz? Saja cari pasal?

Aku ngadu kt JokerCop....adan uker k ...

Selama ni bila ada yg ckp RIP kat muslim, nanti kena kacam tu ucapan for kapir. Tp bila ckp kat kapir katanya akidah terpesong la haram la sbb tu mendoakan si mati yg forever will burn.
Quote Goodluckdontcry 25-9-2022 06:34 PM
Innalillahiwainna ilaihirajiunn..moga Allah SWT mengampuni dosa2 mu dik Dan merahmatimu..Amin

Den plg xsuka traffic light yg xde nombor..SBB payah den nak agak bila bertukar lampu merahnya.. ape2 pun berhati2 lah selalu..
Quote Zazama 26-9-2022 09:52 AM
Mudah2an roh ke dua2 adik ini dlm Rahmat Allah dan diampuni dosa2nya. Amin..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.040006 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top