CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Demi Kasut Dan Wang Tunai Ibu Sanggup Jual, Rakam Anak Diperkosa

25-9-2022 05:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1882| Komen: 7

Seorang wanita di negeri Washington, Amerika Syarikat (AS) dihukum penjara 23 tahun kerana menjual anak perempuannya yang berusia enam tahun kepada seorang lelaki yang dikenali secara online sebagai pertukaran kepada kasut dan sejumlah wang tunai, lapor akhbar New York Post kelmarin.


Kylie Ruby Flores, 31, menjual anak perempuannya kepada seorang lelaki yang dikenali di laman temu janji, Plenty of Fish dengan menerima kasut Nike baharu, wang tunai dan tempat tinggal sebagai bayaran, kata pendakwa raya persekutuan.

Flores dan Trever Harder yang merakam dirinya memperkosa mangsa di apartmennya telah mengaku bersalah, demikian menurut Pejabat Peguam AS untuk Daerah Timur Washington.


Gambar hiasan


“Fakta kes menunjukkan penderaan seksual yang paling mengerikan dilakukan terhadap kanak-kanak itu. 

“Hukuman dijatuhkan hari ini (semalam) adalah penting tetapi penting juga untuk mengingati bahawa hukuman terhadap Flores adalah lebih ringan daripada kesan sepanjang hayat yang ditanggung kanak-kanak itu,” kata peguam, Vanessa Waldref dalam satu kenyataan Rabu lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan penderaan itu antara 2 Februari hingga 26 Julai tahun lalu. Mangsa dapat menggambarkan penderaan yang dia hadapi ketika dalam cengkaman Harder. 

Lelaki itu memasang kamera pada pokok di apartmen untuk merakam tindakannya memperkosa kanak-kanak itu di atas sofa, kata pendakwa raya. Pihak berkuasa kemudian merampas video yang dirakam pada Julai lalu. 

Harder sedang menunggu hukuman selepas mengaku bersalah, kata pegawai.

Hubungan mangsa dengan Flores tidak didedahkan oleh pihak berkuasa tetapi Jurucakap semakan mengenal pasti dia sebagai anak perempuan Flores.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote liyamariska 25-9-2022 07:05 AM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental hilang perikemanusiaan...
Quote Perawankota 25-9-2022 07:04 PM
Gila mental!        
Quote Buritan 25-9-2022 07:06 PM
Sian ko dek....
Quote koko2 25-9-2022 07:07 PM
#TRASHumanHaselBadsin..
Quote Sazreena 26-9-2022 10:06 AM
Semoga ko mati penuh azab!
Quote swateng1 27-9-2022 09:50 AM
BABI!!! SEMOGA PUKI KAU KENA RODOK DENGAN BERUS JAMBAN DALAM PENJARA NANTI
Quote Suchi 27-9-2022 10:06 AM
Maknya hidup bertuhankan socmed ke? Nak acah2 unboxing kasut nike kt tiktok ke apa?
Kasut nike je kot harga berapa la sgt.

Giler tul sanggup jual anak kat pedo biasanya mak kaki dadih je yg gamak jual anak kat pedo ni.
Dah penah kuar berita pasal ni pedo tu baru je kuar penjara dan lapar budak kecik.
Mak tu plak tgh ketagih, sanggup tipu ex laki nak bawak balik anak bermalam kebetulan krismas. Ikutkan dia cuma dibenarkan melawat je takleh bw bermalam.
Dlm masa  bbrp jam je lepas jual kat pedo anak dia tu mati
Tak sanggup nak tau apa pedo tu buat pastinya amat dasat

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.039920 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top