CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dalam Perjalanan Pulang Malam Buta, Nampak Pula Bayi Baru Lahir Dibuang Tengah Jalan Raya

25-9-2022 04:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3036| Komen: 21

Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan di tengah jalan raya, pada awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, bayi perempuan terbabit berbalut dengan kain ketika ditemui seorang lelaki dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Kampung Korikot Tambunan di sini.



Lokasi seorang bayi perempuan ditemukan di Jalan Kampung Korikot, Tambunan, pada awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pengadu iaitu seorang lelaki berusia 40-an.

"Pengadu memaklumkan, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya dan terdapat seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan kurang dari 24 jam ditemukan di atas jalan raya.

"Pengadu terkejut dan terus mengangkat bayi cukup sifat itu masuk ke dalam kereta serta membawanya ke Hospital Tambunan untuk pemeriksaan sekali gus rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kata Nor Rafidah, bayi itu kini dalam keadaan stabil dan sudah mendapat rawatan.

Tambah beliau, kes masih disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Damsa Dahlan di talian 016-4486747.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 25-9-2022 04:57 AM
Astaghfirullah ....kira niat membunuh bayi mak bayi ni
Quote surih07 25-9-2022 05:31 AM
Edited by surih07 at 25-9-2022 05:32 AM

Ya allah sampainya hati letak tgh jalanNasib ada hamba Allah selamatkan
Quote airmineral 25-9-2022 06:21 AM
adoi ai mmg nak suruh org langgar budak tu agaknya
berani juga org tu ambil anak tu
Quote stingerbumpy 25-9-2022 06:41 AM
noor2 replied at 25-9-2022 04:57 AM
Astaghfirullah ....kira niat membunuh bayi mak bayi ni


There shouldnt be any overtaking at two double white lines in the middle of the two carriageways...so,nope,bukan niat utk.membunuh...tapi memang  diletakkheun dlm keadaan serta kedudukhen sedemikian utk menarik perhatian pengguna jalanraya, secepatnya....

Anak jiran aku yg 3 tahun nya 2 cents worth
Quote noor2 25-9-2022 06:47 AM
stingerbumpy replied at 25-9-2022 06:41 AM
There shouldnt be any overtaking at two double white lines in the middle of the two carriageways.. ...

Haha.....patutla ..dah umur 3 tahun anak jiran ko.ambil...
Quote stingerbumpy 25-9-2022 06:51 AM
noor2 replied at 25-9-2022 06:47 AM
Haha.....patutla ..dah umur 3 tahun anak jiran ko.ambil...

Yup calendar umurnya stagnant tak bergerak once capai umur 3 tahun.....
Quote Buritan 25-9-2022 06:56 AM
noor2 replied at 25-9-2022 04:57 AM
Astaghfirullah ....kira niat membunuh bayi mak bayi ni

Kalo blum ajal tuu ade je cara pertolongan Allah.. aku tgk anak kucing yg aku rescue.. bertali pusat bwh kete jiran.. jiran nak pi keje dah..aku slmtkan.. bwk vet . Doc ckp kita cuba aje laa hidupkan.. 50 50 jah.. aku jd mak dia dua minggu.. cube cari mak angkat.. slhmdlh dpt jgk.. skrg dah gedempol jahak . mggu dpn aku nak amik balik.. dah beso skit aku nak cari tuan baru utk dia..
Quote JunkMail 25-9-2022 08:12 AM
Syaitoooon nya perangai. Cubaan nak mematikan ke ni. Baik kau gugurkan je lah dulu.
Quote Supersirap 25-9-2022 09:55 AM
Apalah manusia seperti ini fikirkan dalam kepala otak mereka
Quote margo20 25-9-2022 01:07 PM
Adoi kau dh tau taknak gugurkan la buat ape lahirkan jgk
Quote Simunggu 26-9-2022 08:20 AM
sedap nak..anak tak nak..
Quote bakingsoda 26-9-2022 09:08 AM
kalau aku yg penakut nampak mesti ingat pontianak yg tertinggal anak atas jalan
Quote greantea 26-9-2022 09:22 AM
kalo aku, LARI. jumpa baby tgh2 jln, tgh2 malam. mmg otak aku pk antu jek
Quote lattehazelnut 26-9-2022 09:30 AM
stingerbumpy replied at 25-9-2022 06:41 AM
There shouldnt be any overtaking at two double white lines in the middle of the two carriageways.. ...


Anak jiran kau x bg tau kalau letak tengah2 jalan boleh jugak dimakan anjing liar, musang dan haiwan karnivor lain?
Or mati sbb hipertomia, kelaparan or hujan..
Quote Solokkk 26-9-2022 09:33 AM
Perangai kalah setan, letak bayi baru lahir tgh jalanraya. Nko dah kenapa? Tahu merendek jer
Quote fortiori13 26-9-2022 09:49 PM
Nasib tak ke langgar ke hapa. Kesian baby tu...
Quote Adrif 27-9-2022 02:59 AM
greantea replied at 26-9-2022 09:22 AM
kalo aku, LARI. jumpa baby tgh2 jln, tgh2 malam. mmg otak aku pk antu jek

sama la. aku dah la penakut
teringat kes yang orang jumpa budak umo 3-4 tahun menangis tengah jalan, tengah malam dulu
budak tu dekat dengan kereta, orang tu reverse sebab takut, lagi budak tu dekat, lagi diorang reverse,
last2 budak tu nangis baru diorang turun. seram woo

rupanya dia keluar rumah, sesat, tak reti balik. berjam2 hilang sampai hari gelap
budak kecik sesat, luar pun dah gelap gelita, kesian dia takut. aku yang nak menangis
tapi akhirnya selamat dipulangkan kepada keluarga dia, alhamdulillah
Quote dua_chzy 27-9-2022 04:47 AM
Teringat video viral baby merangkak tengah malam kat US sana. Ummah internet syak mak dia sengaja biar baby tu merangkak keluar rumah supaya dia mati dilanggar kereta.

[youtube]1jS1FN5o5sk[/youtube]
Quote dua_chzy 27-9-2022 04:47 AM
Adrif replied at 26-9-2022 06:59 PM
sama la. aku dah la penakut
teringat kes yang orang jumpa budak umo 3-4 tahun menangis teng ...

Kalau kat US sana dah selamat masuk penjara mak bapak budak ni. Anak2 lain pula CPS dah ambik pehtu bagi kat family angkat jika hada yang berminat.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.040800 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top