CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakan Tonton Gadis Diperkosa Di Asrama, Pengarah Sekolah Pujuk Terima Pampasan Tutup Mulut

25-9-2022 04:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3731| Komen: 28

Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun di Thailand diperkosa di hadapan rakan-rakannya oleh seorang budak lelaki berusia 15 tahun ketika menjalani kuarantin Covid-19 di asrama sekolah, lapor laman berita Thaiger semalam.


Kejadian dikatakan berlaku di Sekolah Rajaprarajanugroh 57 dalam wilayah Phetchabun.


Gambar hiasan

Apabila pelajar itu memfailkan aduan kepada pengarah sekolah, pengarah berkenaan memberitahu mangsa supaya menerima pampasan, bersetuju bahawa hubungan seks itu secara suka sama suka dan berpindah sekolah lain untuk melindungi reputasi sekolah.

Akibat tidak puas hati dengan sikap pengarah sekolah itu, ibu saudara mangsa yang berusia 43 tahun melaporkan kejadian itu kepada media Thailand. Wanita itu mendedahkan bahawa pengarah sekolah meminta dia dan anak saudaranya bersetuju dengan penyelesaian dan berpindah untuk menjaga reputasi sekolah terbabit.


Pengarah sekolah bertindak menawarkan suntikan kontraseptif jika mangsa mahu berpindah sekolah dan menerima pampasan. 

Mangsa memaklumkan bahawa lima pelajar perempuan lain turut diserang secara seksual tetapi takut untuk bersuara kepada polis. Kejadian rogol itu dikatakan berlaku selama dua hari iaitu pada 23 dan 24 Ogos lalu di asrama sekolah yang menempatkan lebih 30 pelajar perempuan.

Seorang pelajar perempuan yang lebih tua daripadanya telah membenarkan empat pelajar lelaki masuk ke asrama tengah malam 23 Ogos lalu. Mereka bersetubuh dengan beberapa pelajar perempuan dan beredar.


Mangsa dirogol di hadapan rakan-rakannya yang khuatir turut menjadi mangsa. - Thaiger

Keesokan harinya pada pukul 11 malam (waktu tempatan), enam lagi pelajar lelaki kembali ke asrama itu. Salah seorang pelaku cuba merogol mangsa tetapi dia melarikan diri ke arah rakan untuk perlindungan. Rakannya yang takut menjadi mangsa, enggan membantunya.

Mangsa kembali ke katil dan budak lelaki itu merogolnya di hadapan pelajar lain. 

Ibu saudara mangsa melaporkan kejadian itu kepada Kementerian Pendidikan dan memfailkan aduan di Balai Polis Mueng Phetchabun pada 15 September lalu. 

Polis meminta remaja perempuan itu mendapatkan pemeriksaan fizikal dan kembali dengan keputusan ujian sebagai bukti. Polis menambah bahawa mereka sedang menyiasat kes itu. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 25-9-2022 02:59 PM
Edited by Goodluckdontcry at 25-9-2022 03:01 PM

Den X blh fikir.. ketahikan apakah ini??? Btlla Kita semua dah kembali ke zaman jahiliyyah dulukala.. perempuan/wanita kembali dilihat sbg objek semata2..rs hormat utk Kaum hawa, DH tiada..

berhati2 lah Kaum hawa dimana saja kome berada.. dunia xselamat, dirmh pun kdg xselamat..doalah senjata utama kini agar Allah SWT sentiasa melindungi selain Jaga Diri Dan kelakuan elok2..juga hati2 dgn org sekeliling...kdg Perlu buruk sangka juga dimasa kini..walau org Kata xbaik berburuk sangka..entahla..kdg den rs perlu..take care n peace..
Quote Perawankota 25-9-2022 07:06 PM
Selalu baca, pengetua/pengarah/guru besar sorok kan hal2 yang terjadi kat sekolah demi reputasi..
Quote Adrif 27-9-2022 03:14 AM
Perawankota replied at 25-9-2022 07:06 PM
Selalu baca, pengetua/pengarah/guru besar sorok kan hal2 yang terjadi kat sekolah demi reputasi..

cerita aku ni dok ratib kat porem ni dah berzaman

tapi aku cerita jugak
abang aku dulu kena buli kat sekolah. kena pukul setiap hari, jadi beg tinju. selalunya kena tarik ke toilet dan kepala kena hentak ke dinding, etc.
malah, waktu dia mintak aku temankan dia pun, dengan aku2 kena kepung pembuli. aku tengok sendiri abang aku kena belasah ramai-ramai. trauma jangan cakap la
abang aku tertekan sampai separuh gila. masa lepas balik sekolah, kitorang kena ugut bunuh. diorang gelak2 acu parang

parents aku jumpa cikgu. tak jalan. cikgu butakan mata, pekakkan telinga.
lagi teruk abang aku kena sebab report.
last2, bawak gi klinik, dan terus ke balai polis buat report.

guru besar dan guru penolong kanan (Hal Ehwal Pelajar), panggil aku privately
pujuk suruh tarik balik laporan polis, SEBAB MENJEJASKAN REPUTASI SEKOLAH. tuhan je lah yang faham bila hati aku jatuh, mengharapkan dan percayakan cikgu, tapi rupanya kita ni pelajar, bukan manusia pun di mata dia. sedangkan abang aku dah mental sebab trauma (lepas tamat sekolah dia kena jumpa psikiatri dan makan ubat). aku buat tak tau je apa cikgu cakap, dan kami proceed dengan keputusan polis.

beberapa pelajar digantung sekolah, dan seorang dibuang. diorang boleh teruskan hidup
tapi abang aku? dia sampai sekarang jadi takut-takut. kena buli kat tempat kerja, terus dia lari. resign on the spot.
walaupun macam tu, ada jugak perempuan nak jadi isteri dia. dah kawen beranak sorang sekarang ni.

tapi pembuli? aman-aman ja hidup lepas musnahkan hidup manusia lain. dia dah bunuh abang aku (secara mentalnya).
aku dah hilang abang aku yang baik dan penyayang tu. lepas kes tu, dia selalu termenung, pendiam, jauhkan diri dari orang. sampai sekarang

sebab tu aku cakap. pembuli, kes buli di sekolah, jangan tunggu sampai teruk.
cikgu tak layan? terus buat report polis. mak bapak budak tu nak menangis meraung minta maaf peluk kaki ke, jangan termakan pujuk rayu.
sebab memang ada pihak sekolah yang tutup kes buli.

kalau anak tu dah makin teruk, pindahkan dia terus.
selamatkan anak tu kalau sayang. jangan satu hari nanti menyesal, tapi dah terlambat
Quote dua_chzy 27-9-2022 04:40 AM
Edited by dua_chzy at 26-9-2022 08:41 PM

Korang ingat tak kes kat Klang ka kat area Selangor mana entah, yang budak perempuan kena rogol dalam kelas di waktu rehat semasa waktu persekolahan itu? No bukan suka sama suka. Memang rogol jenayah. Siap budak2 jantan yang buat itu kasi masuk pensil dalam kemaluan budak perempuan tu. Budak perempuan tu anak yatim tinggal di rumah anak yatim jika tak silap. Dan pelajar lain dok dendiam tak berani tolong sebab diugut. Sekolah ni femes sebab ramai pelajar ahli kongsi gelap. Cikgu, polis pun tak guna takda fungsi di sekolah ni. Cikgu sendiri takut dengan pelajar.

Masa ai kat U dulu, The Star pernah buat liputan dedicate 2 pages ka 1 full page untuk cerita pasal kebusukan sekolah ni.

Teringin nak tau di tahun 2022, dah jadik apa sekolah ni.
Quote Simunggu 27-9-2022 07:52 AM
teruk siam ni...
Quote Solokkk 27-9-2022 07:59 AM
Hampeh….kena pulak ganja dah boleh pulun, lagik la senang kena ‘paksa’ mengeseks
Quote jazaa100 27-9-2022 08:06 AM
Adrif replied at 27-9-2022 03:14 AM
cerita aku ni dok ratib kat porem ni dah berzaman

tapi aku cerita jugak

Aku harap ank² cikgu tu kena buli pulak....tak kira le kat sek ke kat U....
Klu tak kena ank² dia, aku harap cucu dia kena.....
Quote jazaa100 27-9-2022 08:08 AM
Simunggu replied at 27-9-2022 07:52 AM
teruk siam ni...

Tak yah jauh sgt....
Dlm negara kita pun teruk.....
Quote ninja boy 27-9-2022 08:27 AM
Edited by ninja boy at 27-9-2022 08:31 AM

Zaman media social ni bagus kasi inform org ramai yg org itu ini zalim, ia berkesan, Jiran yg jahat rakan sekerja jahat majikan jahat semua mereka2 yg jahat.  Prasangka buruk itu bagus,  nampak lelaki bermotor standby kayu besbol mau pukul, biar mereka dilayan spt org jahat, mungkin future wanita2 bawa pistol pisau bersama mereka. 30 org wanita mampu pukul 5 lelaki dengan kayu,
Quote takayama 27-9-2022 08:37 AM
mmg byk aje sekolah mcm ni
sikit2 jaga reputasi sekolah
hbs jiwa anak2 yg dibuli atau kena sexual harassment tu apa cer
bila parents ada kabel besar plk nnt polis pun perap kes cam buat pekasam
jd pd yg jd mangsa buli jgn berdiam diri, tampil ke depan
buat report polis dan klu polis kt area setempat x jln terus ke ipd
klu msh x jln ke bukit aman aje terus jgn tangguh
htr surat pd kementerian cc pd semua
x jln viralkan br memsg akan pungut blk otak diaorg yg dah berterabur di jlnan tu
Quote Tinot7 27-9-2022 08:38 AM
Adrif replied at 27-9-2022 03:14 AM
cerita aku ni dok ratib kat porem ni dah berzaman

tapi aku cerita jugak

Skolah mana ni? Awat teyuk sgt? Name and shame jahh!!!
Quote Tinot7 27-9-2022 08:39 AM
dua_chzy replied at 27-9-2022 04:40 AM
Korang ingat tak kes kat Klang ka kat area Selangor mana entah, yang budak perempuan kena rogol dala ...

Skolah mana ni? Pm habaq.. iols risau kalau anak2 buah ter-sekolah kat tmpt2 mcm ni..
Quote dua_chzy 27-9-2022 09:20 AM
Tinot7 replied at 27-9-2022 12:39 AM
Skolah mana ni? Pm habaq.. iols risau kalau anak2 buah ter-sekolah kat tmpt2 mcm ni..

Tak ingat la...Tak silap mostly Kels yang sekolah situ? Nanti ai terai google. Sebab dulu ada thread di CI pasal sekolah ni.
Quote cmf_premierleag 27-9-2022 09:34 AM
dua_chzy replied at 27-9-2022 04:40 AM
Korang ingat tak kes kat Klang ka kat area Selangor mana entah, yang budak perempuan kena rogol dala ...


Sekolah Anda*l** ke uols???
Sekolah tu mmg byk kongsi gelap koliang bangsa kicap
Quote dua_chzy 27-9-2022 10:05 AM
cmf_premierleag replied at 27-9-2022 01:34 AM
Sekolah Anda*l** ke uols???
Sekolah tu mmg byk kongsi gelap koliang bangsa kicap


Tak tau uols. Nih berjaya juga jumpa laporan blog pasal kes tuh. Abaikan gambar ntah hapa2 blogger tu letak. Semak je.

http://rubbertapperz.blogspot.co ... -ais-dalam.html?m=1

Kalau boleh jumpa artikel dari The Star tu kan bagus. Wartawan The Star jadik undercover masuk sekolah tu untuk siasat.
Quote pittjie 27-9-2022 10:13 AM
dua_chzy replied at 27-9-2022 10:05 AM
Tak tau uols. Nih berjaya juga jumpa laporan blog pasal kes tuh. Abaikan gambar ntah hapa2 blogger ...

sekolah ni kat klang ke kat rawang sis?

Quote dua_chzy 27-9-2022 10:16 AM
pittjie replied at 27-9-2022 02:13 AM
sekolah ni kat klang ke kat rawang sis?

Rawang. Aiol tak ingat. Tu yang ai kata somewhere kat Slangor dalam post seblom ni.
Quote pittjie 27-9-2022 10:22 AM
dua_chzy replied at 27-9-2022 10:16 AM
Rawang. Aiol tak ingat. Tu yang ai kata somewhere kat Slangor dalam post seblom ni.

tu la rawang la kut. kalau kat klang .. harus meols dengar cerita ni. tempat meols kut. kesiannya dgn adik ni. sekarang harus dah umur 24-25 tahun. harap sheol tabah dan kuat. dia ada dibagi jumpa psiakatrist (ke acaner eja) tak ni? rasa mcm nak jumpa sheol and peluk2 sheols je. ee kejamnya dunia iniiii.

Quote krustykrab 27-9-2022 10:29 AM
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=486385&extra=&ordertype=1&mobile=2

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.050164 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top