CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Petani Bawa Pulang Sawa Gergasi Ke Kampung Jual Daging, 100 Telur

25-9-2022 04:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2365| Komen: 16

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebilangan petani mengusung seekor ular sawa gergasi yang memiliki panjang kira-kira 7 meter, lapor laman berita Okezone. 


Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos. 


IG @memomedsos

Ular sawa itu ditemui di kawasan hutan berhampiran Desa Latompe, Sulawesi Tenggara Rabu lalu.

Menurut seorang petani, La Densi, ular itu tidak bergerak dan bertindak balas ketika dia menemuinya.

Dia kemudian segera memanggil rakan-rakannya untuk membunuh ular tersebut yang ketika itu sedang melilit semak belukar. 


Setelah berasa terancam, ia cuba melawan dan mematuk rakan sekerjanya namun gagal. Tanpa berfikir panjang, mereka menetak haiwan itu menggunakan parang sehingga mati.



Menurut La Densi, ular itu kemudian dibawa sejauh 7 kilometer ke kawasan kampung. Dia mengambil inisiatif untuk menjual daging ular betina itu. 

Selain itu, mereka menemui 100 biji telur ular tersebut yang kemudian diangkut menggunakan guni.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 25-9-2022 05:37 AM
Laaaaa kesian piton tu nak bertelur kena bunuh pulak.
Quote Gomea 25-9-2022 09:27 AM
Dia duduk diam2 ko pegi kacau
Quote selipar_hijau 25-9-2022 09:40 AM
Kesian kawan tu tgh sarat dh kena bunuh
Quote ninja boy 25-9-2022 09:44 AM
Jual ular utk dapatkan wang
Quote tikusmontok 25-9-2022 09:51 AM
Ndon ni mmg semua benda dorang melantak ke @Friska babu ndon?
Quote ultra78 25-9-2022 10:03 AM
Banyaknya telur. Buat telur dadar...
Quote Perawankota 25-9-2022 07:30 PM
Telur tu buat makan or tunggu sampai menetas
Quote slyfynx 25-9-2022 07:41 PM
Wartawan cari........
Jangan la malas letak TAG
Quote milo_888 25-9-2022 07:50 PM
Kenapa la manusia suka kejam pada binatang... dah la dia mmg dlm hutan tempat asal dia.. bukannya masuk kandang kambing org kampung..
Quote sharlenetexas 25-9-2022 07:53 PM
Tak beracun ke telur tu?


Quote awanearisu 25-9-2022 08:50 PM
Sedih membaca kisah ini
Quote cattiecute 26-9-2022 11:34 AM
meremang aku terbayangkan makan telur ular buat telur dadar
Quote Prickford 26-9-2022 11:39 AM
Ular tu elok2 diam nak bertelur, kau pegi kacau. Harap2 sangat ular tu sebernta naagin hahahaha...balas dendam
Quote greantea 26-9-2022 11:53 AM
x dapat nak kesian sbb iols geli ngan ular. 100 bijik telur, tetiba terbayang semua tu membesar jd ular y besar2. adoi meremang weh
Quote Mooverine 26-9-2022 02:33 PM
pelik betul, ular tak kacau.. dia pegi kacau. sakit hati betul la baca news macam ni.
Quote gorjeous 26-9-2022 02:37 PM
cian ular tu... naya betul...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.049328 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top