CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tabung Solidariti Bela Jamal Kumpul RM200,000 Tak Sampai 30 Minit Dilancarkan

24-9-2022 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1840| Komen: 11

Gabungan Solidariti Anak Selangor (GSAS) berjaya mengumpulkan sebanyak RM200,000 sebaik sahaja Tabung Solidariti Bela Jamal dilancarkan kurang 30 minit dalam satu majlis, di Sekinchan hari ini.


Pengerusinya, Faizal Zakaria berkata, sambutan yang menggalakkan itu merupakan mesej jelas daripada rakyat bahawa isu yang diperjuangkan Datuk Seri Jamal Md Yunos selama ini sentiasa mendapat sokongan.


Pengerusi Gabungan Solidariti Anak Selangor (GSAS), Faizal Zakaria ketika merasmikan Tabung Solidariti Bela Jamal di MSekin Wonderland, Sekinchan, hari ini.

“Sambutan yang kita terima hari ini sangat menggalakkan daripada penduduk sekitar P093 Sungai Besar. Setakat ini kita telah dapat kumpul lebih kurang RM200,000 wang tunai dan tiga cek bernilai RM20,000.


“Ini merupakan satu mesej jelas kepada pengundi-pengundi di kawasan ini bahawa perjuangan ini sentiasa disokong. Kita tahu ada usaha dibuat pihak tertentu untuk membisukan suara-suara rakyat.

“Isu arak ini satu sentimen yang dekat dengan hati rakyat, terutamanya orang beragama Islam. Isu air juga merupakan hak asasi manusia yang cuba dinafikan di Selangor secara konstruktif,” katanya pada sidang media hari ini.

Terdahulu, Faizal melancarkan Tabung Solidariti Bela Jamal yang akan digunakan untuk membiayai kes-kes mahkamah yang sedang dihadapi Jamal selaku Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM600,000.

Hadir pada majlis pelancaran tabung itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Mohd Rafii dan Ahli Dewan Negeri Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin.

Pada 18 September lalu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok memfailkan notis kebankrapan terhadap Jamal kerana gagal membayar ganti rugi sebanyak RM351,479.45 seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi susulan kemenangannya dalam saman fitnah ke atas sebelum ini.

Notis muflis itu difailkan peguam SN Nair & Partners terhadap Jamal kerana gagal mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi dalam saman fitnah yang memerintahkan Jamal membayar sejumlah RM300,000 sebagai ganti rugi dan RM50,000 sebagai kos guaman kepada Teresa.


Pelancaran Tabung Solidariti Bela Jamal di MSekin Wonderland, Sekinchan, hari ini.

Sebelum ini, Teresa memfailkan saman fitnah terhadap Jamal pada 6 April 2017, kerana Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor itu menuduhnya menyeleweng RM2 juta YAWAS di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Selain Teresa, Jamal juga berhadapan dengan tuntutan Pengerusi Bersih 2.0, Marina Chin Abdullah kerana menentang dan menyekat propaganda Himpunan Haram Bersih sebelum ini.

Dalam pada itu, Faizal mensasarkan kutipan sumbangan itu sehingga RM600,000 dalam tempoh tujuh hari berikutan sumbangan yang menggalakkan pada hari pertama selepas tabung itu dilancarkan.

“Setakat ini kita hanya buat dua program sahaja, kalau ikutkan kita sudah capai 40 peratus daripada jumlah untuk membayar tuntutan kepada kedua-dua pihak ini.

“Untuk mencapai 60 peratus saya yakin kita dapat selesaikan dengan mudah,” katanya.

Tambahnya, NGO itu bercadang untuk menganjurkan majlis makan malam dengan menjual meja kepada orang ramai di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dengan mensasarkan jualan berjumlah RM1 juta.

“Mungkin Oktober ini atau awal November kita akan buat satu makan malam, kita akan muktamadkan lokasinya Insya-Allah di Kuala Lumpur bagi memudahkan rakan-rakan kita di Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk hadir sama.

“Kita cuba sasaran kita RM1 juta dan kita yakin kita akan dapat RM1 juta untuk program tersebut,” katanya lagi.


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 24-9-2022 07:41 PM
Hebat tul.. Salam masa sing kat kumpul 200k
Quote imanjannah 24-9-2022 07:44 PM
ni jamal pak tongkol yg ada restoren ikan bakar tu ke?
Quote kemaruk 24-9-2022 07:47 PM
ramai orang tak tahu si jamal ni ada bukak kedai makan free dekat titiwangsa dulu
Quote Belibis 24-9-2022 08:14 PM
Masih ada hamba politaik yang gigih derma,macam acik lucut gelang derma kat jibi..
Quote TeropongThaico 24-9-2022 08:17 PM
Wow dahsyatnya ..
Quote Lagubestbest 24-9-2022 08:20 PM
Lu derma skrg! <-- lirikan tajam mata merasmikan tabung derma.
Quote sharlenetexas 24-9-2022 08:33 PM
Ingatkan kak bella jamal influencer.


Quote missyL 25-9-2022 01:08 AM
Ntah2 sendiri derma
Quote Harley_Quinn 26-9-2022 04:57 PM
Sekali duit cuci dibuat derma..
Quote sepiITUindah 26-9-2022 05:10 PM
anak tayang keta mewah
ayah kena bela
Quote snowflakes 26-9-2022 05:13 PM
Org dah lama kata
Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.122680 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top