Oleh Izzah Abbasy
Ibu bapa pasti teruja jika anak cepat merangkak. Tapi, jika tidak merangkak pula bagaimana? "Cepat betul anak saya berjalan. Dia tak merangkak pun, terus berjalan." Namun adakah ia petanda yang baik jika anak tidak merangkak. Ia sangat subjektif. Mungkin ada yang tidak merangkak semasa bayi, namun dia membesar normal seperti anak-anak yang lain. Sebelum membuat andaian, apa kata kita baca sebuah kajian yang telah dibuat di Amerika. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran, 75% daripadanya tidak matang sistem STNR (Symmetric Tonic Neck Reflex). Amat menakjubkan. Rupanya Allah telah aturkan sebaik-baiknya perjalanan hidup serta perkembangan seorang manusia. Daripada dia lahir, kemudian belajar berguling, belajar merangkak, duduk dengan sokongan, duduk tanpa sokongan, bertatih, berjalan dan terus berlari. Merangkak bukan sekadar merangkak. Allah jadikan merangkak itu sebagai satu peringkat menguatkan otot-otot leher, bahu, tangan dan kaki.
Jadi, jangan abaikan merangkak. Biar mereka teroka dunia mereka. Kaitannya STNR dengan merangkak. Sistem STNR membantu keupayaan seseorang itu menggerakkan bahagian atas dan bawah badannya. Sistem ini biasanya akan matang di antara usia 9 hingga ke 12 bulan. Apabila seorang bayi itu dapat mengawal kepala, tangan dan kakinya dengan baik, maka STNR anak tersebut telah matang. Bagaimanakah STNR ini dapat dicapai dengan baik apabila tangan dan kaki bergerak secara bergilir selama 6 bulan. Jika STNR tidak berfungsi dengan baik maka perkara-perkara berikut akan berlaku kepada anak:
Secara mudahnya, merangkak sangat memberi manfaat kepada bayi kerana: 1- Ia menguatkan otot-otot leher, tangan dan kaki 2- Pergerakan yang berulang-ulang kali akan merangsang neuron dan membenarkan otak mengawal bahagian kognitif di mana ianya sangat bagus untuk penumpuan dan memori. 3- Ia akan melatih koordinasi mata seorang bayi itu - di mana koordinasi mata sangat penting di masa hadapannya supaya dia mudah membaca dan menulis. 4- Merangkak juga dapat membangunkan penglihatan binokularnya kerana semasa merangkak seorang bayi akan melatih penglihatannya melihat jauh manakah jarak di sekelilingnya. 5- Apabila merangkak, ia mengerakkan kedua-dua kaki dan tangannya dan ini akan menguatkan lagi otak kiri dan kanannya. Biarkan anak anda merangkak. Biar dia teroka dunianya. - CARI Infonet Sumber asal : ashikin-hashim.blogspot.com |
16
Bagus |
13
Marah |
18
Terkejut |
18
Sedih |
14
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT