CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ustaz Rani Scammer, Menyamar Jadi Anak Sulung Arwah Jamali Shadat

24-9-2022 04:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1365| Komen: 3

"Hati-hati dengan scammer bernama Ustaz Rani yang mengaku anak sulung atuk. Tiada orang bernama sedemikian dalam keluarga kami". 

Demikian kata cucu kelima Allahyarham Datuk Jamali Shadat iaitu Isyraq Ariff Zalull Ariff, 32, kepada Harian Metro. 

Menurutnya, dia terkejut apabila dihubungi oleh seorang individu menerusi mesej Facebook yang bertanyakan berkenaan Ustaz Rani.


Isyraq Ariff bersama laporan polis yang dibuat di IPD Shah Alam, Foto: Harian Metro

"Individu ini bertanya saya sekiranya mempunyai bapa saudara yang dikenali sebagai Ustaz Rani dan bekerja di Baitumal.


"Katanya Ustaz Rani ini berlegar-legar di Hospital Kuala Lumpur dengan menawarkan bantuan Baitulmal, laptop secara percuma, peralatan gadget serta kad OKU (Orang Kurang Upaya). 

"Bagaimanapun mereka perlu buat bayaran sebanyak RM100. Ustaz Rani berjanji untuk menghubungi dia semula," katanya.

Bagaimanapun Ustaz Rani tidak berbuat demikian menyebabkan individu terbabit curiga dan menghubungi Isyraq Ariff untuk kepastian.

"Justeru pihak keluarga mengingatkan kepada masyarakat supaya berwaspada dengan sindiket scammer ini yang cuba memerangkap mangsa dengan cara ini. 

"Susulan kejadian ini, saya sebagai wakil kepada pihak keluarga sudah  membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam malam tadi. 

"Saya harap masyarakat tidak mudah terpedaya dan segera menghubungi kami sekiranya didatangi individu ini lagi," katanya. 

Terdahulu, Allahyarham Jamali yang juga pelawak 'stand up' komedi terkenal meninggal dunia di usia 78 tahun pada 3 Februari tahun lalu.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Selangor. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 24-9-2022 08:37 PM
Scammer ada di mana2.. Sampai kt HKL pon dorg berani buat keje
Quote casper2022 26-9-2022 08:51 AM
sng buat duit.. seorang rm100 x 10 dh rm1000 sehari.. 30 hari RM30,000... Pok cik Kayooo xyah harap duit KWSP... hahaha
Tapi kena tahan la azab api neraka..... wuhuuuu
Quote epullipan 26-9-2022 08:56 AM
da bole buat report..so polis plak akan berlegar legar kat HKL nanti

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.038513 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top