Bekas suami Lufya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, mengakui sedang mengenali hati budi seorang wanita namun belum bersedia untuk mendedahkan identiti wanita itu.
Malah, Che Hafiz menjelaskan turut mempunyai hasrat untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya. Tambah Che Hafiz, anak perempuannya iaitu Laana Haura, 5, juga menyenangi teman wanitanya. "Benar, saya sedang berkenalan dan mengenali hati budi seseorang. Jika dipermudahkan, semestinya saya berhasrat untuk membawa hubungan itu ke peringkat seterusnya. "Malah, anak saya juga pernah berjumpa dan menyenangi teman wanita saya. Rasanya tiada masalah daripada aspek itu kerana semuanya baik-baik saja.
"Cuma buat masa ini, lebih baik perihal itu tidak dikongsikan kepada umum lagi. Apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan berkongsi perihal itu," katanya.
|
aina_shaira replied at 24-9-2022 07:34 PM
lufya ni saiko ke? mamat ni muda banyakkan dari lufya kan
peliklah macam mana la mamat doc ni boleh ...

ADVERTISEMENT