CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas Isteri Dakwa Cliff Umar Abai Nafkah Anak-Anak Lebih 10 Tahun

24-9-2022 03:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4743| Komen: 28

Penyanyi Cliff Umar, 40, enggan memberikan sebarang komen mengenai dia didakwa oleh bekas isteri abaikan tanggungjawab nafkah anak-anak lebih 10 tahun.

Menurut pengurusnya Anita, isu berkenaan terlalu peribadi untuk dikongsi dan penyanyi terbabit tidak mahu memperbesarkan kepada umum.

Foto: IG

"Cliff enggan beri sebarang kenyataan disebabkan hal ini terlalu peribadi. Lebih baik untuk dia tidak cakap apa-apa.

"Lagipun cerita ini pun setiap tahun ada. Jadi, kami tak mahu keruhkan lagi keadaan," katanya kepada Harian Metro.


Foto: Harian Metro

Terdahulu, tular sebuah video di TikTok apabila seorang wanita mendakwa dirinya bekas isteri kepada Cliff, mendedahkan bahawa penyanyi tersebut mengabaikan nafkah anak-anaknya.

Wanita yang dikenali sebagai Ninie itu merayu kepada penyanyi terbabit untuk bertanggungjawab atas anak-anaknya dari segi perbelanjaan.


Dia turut membuat perkongsian terpaksa meminta pertolongan sehingga mendapatkan rumah malah Cliff tidak mengendahkan anak-anaknya ketika sedang sakit. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Parit.Hilton 24-9-2022 04:02 PM
ayoyooo muka memang nampak jenis laki tak bertanggungjawab pun
Quote redz85 24-9-2022 04:09 PM
lepas GV terus senyap
Quote hotmak 24-9-2022 04:14 PM
follow ig ex dia ni, sampai sakit skrg sebab depress, dua org anak dia autism, kesian berhempas pulas cari duit nak besarkan anak2, taktaulah nak ckp mcmana kesian sangat

lena ke tidur dia ni aniaya anak2 mcm tu
Quote pocongkiutss 24-9-2022 04:18 PM
Kalau dh tua nnt merempan ckp anak tak ingt kat ko

Ko mmg patut kena cerca !
Quote asfaz 24-9-2022 04:38 PM
hotmak replied at 24-9-2022 04:14 PM
follow ig ex dia ni, sampai sakit skrg sebab depress, dua org anak dia autism, kesian berhempas pula ...

Apa nama IG ex dia?
Quote lattehazelnut 24-9-2022 04:44 PM
Kau yg pilih badboy.. hadaplah..
Quote awanearisu 24-9-2022 05:02 PM
Edited by awanearisu at 24-9-2022 05:12 PM

Seingat kita, sedikit hari dulu, ada percubaan forumer untuk memberi pendedahan kepada bekas isterinya yang pada ketika itu masih bergelar isteri di suatu benang di sini.

Namun tidak silap kita, beliau agak garang mencerca forumer ya kerana berbuat demikian.
Quote Suchi 24-9-2022 05:10 PM
Dia ni menang GV terus tak muncul dah kat tv, mmg nyanyi kat club je ker?
Quote doubleA 25-9-2022 12:47 AM
Kesiannya autism lagi special needs tu, nak jaga pun stress takda duit lagi stress, didoakan ibunya kuat, tabah dan murah rezeki
Quote dudaberhias 25-9-2022 12:54 AM
dia ada mendadih ke? kalau mendadih habis lah...
Quote cheezel 25-9-2022 12:55 AM
Muka cm ada iras ude laki kesayangan izreen kahkah
Quote beatgirlX 25-9-2022 09:28 PM
Moga ada bahagia buat ex wife dan anak²
Quote MadameOnion 25-9-2022 09:33 PM
asfaz replied at 24-9-2022 04:38 PM
Apa nama IG ex dia?

Dia aktif kat tiktok..zue ninie tak silap..iols ada follow
Quote asfaz 25-9-2022 09:35 PM
awanearisu replied at 24-9-2022 05:02 PM
Seingat kita, sedikit hari dulu, ada percubaan forumer untuk memberi pendedahan kepada bekas isterin ...

Masa final lepas menang tu kan? Ada dia msuk. Tp forumers nsihatkan dia bukak benang lain kan?Tapi kena marah
Quote Kenangacempaka 25-9-2022 09:55 PM
Pelik la time cliff ni masuk gv,ninie ni support dia.. walhal dia Lebih Tau perangai cliff tu mcm mana..tu pun percaya lg..time x berduit pun x bg nafkah,apatah lg Bila berduit..
Quote sleepandream 25-9-2022 09:55 PM
zaman GV ni paling tak best... even finalis mcm nek ani pun boleh ke final walau semput dan sengau
Quote LautBiru52 25-9-2022 11:12 PM
Baru lepas tgk tiktok ex cliff. Kesian. Nampak struggle sangat cari duit nak teruskan hidup dengan anak2
Quote kikilalapooh 26-9-2022 12:53 PM
tgk dkt Tiktok ex wife dia ada update mintak bayar nafkah anak anak dia. kesiannya.
Quote Acikgomen 26-9-2022 01:17 PM
dudaberhias replied at 25-9-2022 12:54 AM
dia ada mendadih ke? kalau mendadih habis lah...

Bini dua kauuuuu
Kalo yg ni dah cerai, ada sorang lagi bini la gamaknye

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.176817 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top