CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Lubang 'Neraka' Yang Sempurna,"- Lelaki Jelajah 91 Negara, Tandas Di Tajikistan Paling Kotor Di Dunia

24-9-2022 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1995| Komen: 14

DUSHANBE, Tajikistan – Seorang lelaki dari Brighton, England sanggup mengembara ke 91 buah negara sejauh 120,700 kilometer (km) dalam usaha mencari tandas awam paling teruk di dunia, lapor akhbar New York Post.


Penulis blog pengembaraan, Graham Askey, 58, yang digelar ‘raja porselin’ oleh rakan-rakannya menemui tandas awam paling teruk itu di Tajikistan.

Askey menemui sebuah bangsal kayu setinggi 1.5 meter yang usang dan kelihatan mengerikan. Tandas dikelilingi najis kering akibat panas matahari itu terletak di wilayah Ayni.

Foto: SWNS

Pengguna perlu berwaspada untuk menggunakannya kerana ular berbisa dan tikus menjijikkan bersarang di celah-celah batu di bawah bangsal itu.


Orang ramai didakwa menggunakan kain yang menutup bangsal itu sebagai tisu tandas, manakala penduduk tempatan tidak berani menjejakkan kaki ke tandas itu melainkan benar-benar terdesak.

“Setelah menggunakan beberapa bilik air paling kotor di pelbagai tempat di planet ini, tandas di Tajikistan adalah yang paling teruk di dunia. Ia adalah lubang ‘neraka’ yang sempurna.

“Dengan tiada tisu tandas tersedia, pembina membinanya dengan mudah dengan menggunakan fabrik untuk menawarkan fungsi tisu tandas. Penduduk tempatan kelihatan memanfaatkan ia sepenuhnya,” katanya kepada agensi berita Britain, SWNS.

Selain itu, Askey turut menjumpai banyak kemudahan awam yang lebih mengerikan dan merekodkan penemuannya dalam buku terbaharunya, Toilets of the Wild Frontier. 

Askey melabur kira-kira AS$169,000 (RM772,161) untuk penyelidikannya dan memulakan pencarian selepas menemui tandas yang teruk ketika bercuti di Maghribi,  beberapa tahun lalu.

Dia sejak itu merakam gambar luaran tandas-tandas yang ditemui. Koleksi itu diterbitkan dalam ruangan Inside Other Place Blog, sebahagian daripada Toilet & Urinal Restoration & Design Society (TURDS). -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 24-9-2022 12:18 PM
Euwww sungguh keterangan gambaran dalam tandasnya tu
Quote cikatilia 24-9-2022 01:28 PM
Mak ai main salat2 pakai kain tu.... share2...????
Quote 3480 24-9-2022 01:32 PM
Sambil berak xtau mana busuk.
Taik sendiri ka bekas taik org
Quote ezacbee 24-9-2022 01:58 PM
Majoriti 96.4% beragama Islam. Macam mana dorang boleh xjaga kebersihan??? Pelik nooo
Quote Perawankota 24-9-2022 02:45 PM
Ermmm... Aku paling pantang klu tandas teruk..
Quote cecari 24-9-2022 03:32 PM
ezacbee replied at 24-9-2022 01:58 PM
Majoriti 96.4% beragama Islam. Macam mana dorang boleh xjaga kebersihan??? Pelik nooo

ntah... tapi aku pernah duduk serumah dgn org tajikistan.... sangat pembersih... siap kutuk org malaysia lagi konon kureng bersih.
Quote ninja9 24-9-2022 03:36 PM
hahaha.. lain betul kajiannya ... belanja duit banyak pulak tu, kalau duit sendiri boleh dapat pulangan at least dapat balil modallah..
Quote monreyes 24-9-2022 03:46 PM
Edited by monreyes at 24-9-2022 03:47 PM

masa opis weolls psg bidet shj sbb nak melayankan C yg x suka toilet basah.
bergegar satu bangunan komplen...ko
kaki selet tak suka boleh blah lah..psg balek hose...slalu lantai hancing ..dgn rambut..serpihan tisu..aku nak buang hajat mmg aku jirus dulu toilet dgn lantai...lantak la banjir pun
Quote syamzana 24-9-2022 03:56 PM
dasat betul
iols baru je jmp toilet hannattt kat kedai mkn trg ni. depan elok cantik makan tiptop sedap kepok ict rojak kateh lempeng mmg mabeles skali toilet
anak iols ketik2 nak kencing bukak toilet terus lari mujur la dah setel mkn, kalau tak mmg cancel order. staf2 situ membuang lagumana laa
Quote Mulotkoyak 24-9-2022 04:40 PM
Alhamdulillah Malaysia skg toilet awam pun buk bersih. Xmcm tahun 80-an.
Quote Itzy 24-9-2022 05:01 PM
Tu la jadinya kalau negara2 pernah dijajah diambil lagi dengan pemerintah tak peduli dengan kebajikan rakyat. Malaysia ni jahat2 pemimpin ambil berat gak la rakyat2nya.
Quote Decaffeinated 24-9-2022 05:30 PM
jemput buat review tandas2 di tanah air boleh?
Quote Kentot_Wangi 24-9-2022 09:43 PM
Terus teringat pnh tgk video kt fb org tnjuk kt india, rkyat depa yakk kt pantai. Pastu tnjuk tnds umah flat, kena share2. Tnds ade 6, sumbat plak. Ade lg 2. Tnds pmpn plak, dgn pad yg ade drh tu. Yg xbley blah, siap tnjuk najis kt pantai. Kta ni yg lama, ni yg fresh lg. Klu najis pnoh kt pntai, g yak kt tepi sungai plak. Kena molek, siap ade "jiran" yak yg skali. Hahaha..
Quote Supersirap 25-9-2022 10:07 AM
Info yang menarik ni

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.114750 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top