Bau busuk macam tapak pelupusan sampah menggemparkan sebuah rumah sewa! Rupa-rupanya bau itu datang dari bilik salah seorang penyewa.
Bukan setakat biliknya saja berbau busuk, malah bilik mandi yang dikongsi bersama penghuni lain juga dicemari dengan air kencingnya dan akhirnya berbau hancing. Kisah penyewa yang menjijikkan itu diceritakan oleh seorang pemuda yang menyewa di rumah yang sama, di sebuah apartment di Puchong, Selangor. Menurut Mohd Firdaus Ismail, dia telah menyewa di salah sebuah bilik di unit apartment itu sejak dua tahun lalu, dan tinggal bersama seorang lagi penyewa lain.
Lebih mesra disapa Fred, katanya, bilik ketiga rumah itu masih kosong sebelum disewakan kepada seorang lelaki, kira-kira tiga minggu lalu. "Masa dia mula masuk, saya tak ada di rumah kerana outstation. Hal sewa diuruskan oleh seorang lagi rakan yang menyewa bilik utama (master bedroom) yang ada bilik air sendiri. "Tapi saya yang mula perasan sikap dia yang pengotor sebab kami berkongsi bilik air. Pagi-pagi saya masuk je bilik air berbau hancing, singki ada air kuning, sah dia kencing kat singki," katanya yang berusia 30 tahun kepada mStar. Menurut Fred, tiada masalah tandas tersumbat sehingga memaksa penyewa baharu berusia awal 30-an itu terpaksa membuang air kecil di singki. "Bilik air tak ada tersumbat. Bukan sekali dia kencing di singki, tapi beberapa kali. Saya geram sebab air kuning tu masih ada dan saya kena basuh sebab dia tiada di rumah. "Sampaikan saya kena letak notis amaran supaya jangan kencing di singki, barulah dia tak kencing. Selepas hal kencing, ada pula kes berak 'bersepah'. "Saya nampak serpihan tahi di lantai bilik air selain lubang tandas tidak dibersihkan sepenuhnya. Saya tak tahu apa masalah dia, kalau terberak sekali pun, kenalah bertanggungjawab bersihkan," ujarnya dengan nada kesal.
|
kucingitam replied at 24-9-2022 12:26 PM
caner dia kencing dlm singki eh..sinki kan tinggi..ke dia suka tgk air pancut kot..dia pancut ke ata ...
evlinne replied at 24-9-2022 03:01 PM
Bila baca kes2 penyewa pengotor ni
Bila orang yg buka citer bagitau, kebanyakan mesti datang dri ssk ...
ADVERTISEMENT