JAKARTA – Seorang lelaki di Jakarta Selatan menjadi tular selepas berkongsi kisah mempunyai jarak umur, masing-masing 24 dan 21 tahun dengan dua adiknya, lapor laman berita Wolipop semalam.
Lelaki bernama Ichsan Sahrul memuat naik video di laman TikTok yang memaparkan adik-beradiknya yang masih kecil dengan jarak paling ketara adalah 21 dan 24 tahun. Menurut Ichsan yang berusia 24 tahun, jarak yang terlalu jauh dengan adik-adik membuatkan dia secara automatik seperti menjalani praktikal bagaimana mahu bergelar seorang ayah. “Ramai yang meninggalkan komen bertanya usia ibu saya sekarang dan ada juga yang meneka bahawa kami lima beradik berlainan ibu.
“Namun bagi saya, video itu hanya satu perkongsian biasa dan tidak berniat apa-apa. Saya sayang semua adik-adik saya dan sering membantu ibu menjaga mereka sebelum keluar bekerja,” jelasnya. Sehingga kini, video tersebut mendapat tontonan sehingga 1.4 juta dengan ribuan komen pengguna media sosial. –CARI Sumber: Kosmo
|
cmf_premierleag replied at 24-9-2022 12:02 PM
Tahniah la dpt adik baru
Apa2 pun, bersedialah utk jd sole breadwinner sbb sah2 la ayah ko dah tua d ...
Friska replied at 24-9-2022 12:48 PM
Masih mending selisih usia 24 tahun, anak pertama madu saya sudah 28 tahun (lahir tahun 1994) dan ya ...
ADVERTISEMENT