CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sebelum Ini Bob Lokman Bantah Anak Jadi Artis, "Di Penghujung Hidup Ayah Sokong Dan Bagi Nasihat"

24-9-2022 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1306| Komen: 3

Anak kepada pelakon dan pencipta lirik Allahyarham Bob Lokman iaitu Han Kabir masih teringat pesanan dan nasihat yang diberikan oleh arwah bapanya semasa pertemuan terakhir mereka kira-kira dua bulan lalu.


Han atau nama sebenar Ahmad Sufian, 27, yang juga merupakan hos dan penyanyi rap berkata sebelum ini arwah bapanya itu tidak bersetuju dengan pilihannya untuk bergelar anak seni.

Namun, kebelakangan ini arwah seakan-akan memberi lampu hijau dan sempat menitipkan kata-kata semangat untuk dia meneruskan kerjaya dalam dalam industri hiburan.


Foto: mStar

"Apa yang boleh saya katakan, di penghujung hidupnya dia mula menyokong saya teruskan kerjaya seni. Kalau sebelum ini dia tak bersetuju dengan keputusan saya ini.


"Arwah ada memberikan saya nasihat dan kata-kata semangat untuk terus kuat dan tidak mudah berputus asa.

"Dia juga ada memberikan beberapa jenis buku untuk saya belajar tentang pengacaraan dan menjadi hos yang baik.

"Mungkin dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan dia membantu saya dengan berkongsi pengalaman yang pernah dilalui sepanjang bergelar anak seni," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.


Foto: mStar

Dalam pada itu, Han berkata arwah seorang ayah dan suami yang sangat bertanggungjawab dan mempunyai matlamat dalam hidup.

Malah, dia selalu mengingatkan anak-anak supaya menjadi insan yang berilmu dan sentiasa menjaga adab pertuturan.

"Dia ayah, selebriti dan individu yang baik... semua orang tahu mengenai hal itu. Kira-kira dua bulan lalu, dia ada tanya saya apa yang saya mahukan dalam hidup ini?

"Dia kata kalau nak jadi selebriti yang baik, kita perlu banyak membaca, kena jaga penampilan dan pertuturan.

"Sampai sekarang ini saya masih ingat lagi pesannya itu. InsyaAllah nasihatnya itu akan terus menjadi panduan untuk saya sampai bila-bila," ujarnya.

Foto: mStar

Tambah Han, kali terakhir dia bertemu arwah pada Julai lalu ketika keadaan kesihatan bapanya itu mulai merosot.

Allahyarham Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan kira-kira pukul 2 petang, Jumaat.

Allahyarham yang kini berusia 58 tahun meninggalkan seorang balu bernama Relawati dan tujuh orang anak yang mana anak sulungnya telah meninggal dunia.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pulau Hilir, Kubang Kerian selepas solat Isyak. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kepot 24-9-2022 11:36 AM
al-fatihah utk arwah bob lokman.
Quote arffa 24-9-2022 12:06 PM
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang - orang beriman. Antara host AIM yang aku suka.
Quote Perawankota 24-9-2022 06:22 PM
Semoga arwah ditempatkan Di kalangan org2 yang beriman. Aamiin ya rabbal alamin

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.111501 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top