CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sera Sambut Shuk Shar Pulang Umrah,"Semoga Jadi Ayah Terbaik"

24-9-2022 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3009| Komen: 18

Selepas dua minggu berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah, pengacara dan pelawak Shuk Sahar akhirnya selamat pulang ke Malaysia.

Menerusi perkongsian di Instagram Rossa Sera, dia dilihat menyambut ketibaan Shuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama anak-anaknya.

Meskipun tidak lagi bersama, Sera atau nama sebenar Rossalenah Natassyaih Asshaferah berkata dia tetap akan menjaga hubungan baik dengan pelawak itu demi anak-anak.

Foto: IG

"Terima kasih sentiasa mencuba jadi ayah yang terbaik. Sama-sama kita jaga hubungan untuk amanah ini ya.

"Amanah yang menjadi bukti cinta kita dahulu. Kita besarkan mereka sama-sama ya. Semoga awak dah dapat ketenangan.

"Semoga shuk jadi ayah terbaik untuk anak-anak walaupun kita dah tak bersama," tulisnya.



Dalam rakaman video yang dikongsi itu, Shuk atau nama sebenar Mohammmad Shukri Mohamed Sahar dilihat memeluk erat kedua-dua anaknya itu.

Sementara itu, rata-rata pengikut meninggalkan komen mendoakan agar pasangan ini terus menjaga hubungan baik demi anak-anak.

Malah, ada juga yang berharap agar kedua-duanya kembali bersama seperti dahulu.



"Semoga yang baik-baik sahaja. Perkara lepas jadikan pengajaran. Untuk Shuk jangan sia-siakan peluang yang diberi oleh isteri.

"Semoga korang berjaya jadi ibu dan ayah yang terbaik. Tidak bersama bukan bererti kita bermusuhan kan.

"Tidak mengapa, ada situasi di mana tak perlu sebumbung untuk membesarkan anak yang hebat. Sera kuat!.

"Baiknya Sera! Semoga dipermudahkan segalanya untuk awak dan anak-anak," tulis netizen.



Pada 15 September lalu, Sera memuat naik rakaman momen Shuk bersama anak-anak semasa menghantar pelawak itu mengerjakan ibadah umrah.

Untuk rekod, Sera sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu namun status rumah tangga mereka masih meninggalkan tanda tanya.

Pasangan ini berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 24-9-2022 11:17 AM
Alhamdulillah... camtu la terima balik suami seadanya kannn...
walaupun da celup2 tapi takpe, redho ujiannn...
salute....  cuma terlambat laa sbb rumah kat denai alam tu da terjual da..
huhuhuhu...

okay la comeback back, sure tv3 nak ambil balik kann..
then kumpul harta semula... tapi jangan lupakan fara pulak yaaa...
Quote Kepot 24-9-2022 11:36 AM
wateva sera aka bella 2.0
Quote aldilla_zahraa 24-9-2022 01:32 PM
laksmanabentan replied at 24-9-2022 03:17 AM
Alhamdulillah... camtu la terima balik suami seadanya kannn...
walaupun da celup2 tapi takpe, redho  ...

Hujung2 tu bukan dia tulis “tak lagi bersama” ke?
Quote ladybugz 24-9-2022 04:22 PM
good job sera. pandai la jaga diri sera. jika ada lg keinginan utk bersuami, carilah lelaki yg baik n senonoh. bermulut manis pandai buat lawak antara kriteria lelaki x boleh pakai. biarla syuk dgn kehidupannya. takyahla nk post2 sgt pasal ex kat social media. let ur private life be private
Quote AWEKSAMURAI 25-9-2022 01:26 AM
laksmanabentan replied at 24-9-2022 11:17 AM
Alhamdulillah... camtu la terima balik suami seadanya kannn...
walaupun da celup2 tapi takpe, redho  ...

X comeback pun ...dorang berbaik demi anak je tapi bukan sebagai suami isteri ... Sera dh tulis caption kt ig dia ... WALAU TAK BERSAMA ... yg aku dok tgok fara gila tu je dok meroyan skrg hahaha jauh dari mu lah...pedih sedih terluka bla bla hahaha
Quote pocongkiutss 25-9-2022 01:43 AM
AWEKSAMURAI replied at 25-9-2022 01:26 AM
X comeback pun ...dorang berbaik demi anak je tapi bukan sebagai suami isteri ... Sera dh tulis ca ...

sis sikirinshot ig story fara tu..iols x folo dia
Quote laksmanabentan 25-9-2022 09:08 AM
AWEKSAMURAI replied at 25-9-2022 01:26 AM
X comeback pun ...dorang berbaik demi anak je tapi bukan sebagai suami isteri ... Sera dh tulis ca ...

walau tak bersama sekarang ini uollsss...bukan tak bersama selamanya... gitu...

kena lah support syukk da berubah hokaay..
ok kan kalau dia org bersama2 together gitu...

Quote laksmanabentan 25-9-2022 09:10 AM
aldilla_zahraa replied at 24-9-2022 01:32 PM
Hujung2 tu bukan dia tulis “tak lagi bersama” ke?

tak bersama sejak last year hingga saat ini uoollsss....
lepas ni lembut la hati sera nak berbalik dgn syukk tuh...
syukk tu pun da berubah kannnn....

bila theyollss bersama senang nak buat comeback...
tv station pun akan percaya ler semua manusia punya peluang kedua kannn....
lagi2 la tv3 dan hotfm tu.. tengah tunggu peluang jer...
Quote AWEKSAMURAI 25-9-2022 02:09 PM
laksmanabentan replied at 25-9-2022 09:08 AM
walau tak bersama sekarang ini uollsss...bukan tak bersama selamanya... gitu...

kena lah support  ...

Aku okey je kalau dorang dua ni together back asal kan shuk btul2 insaf dgn apa yg dia dh buat aku rasa shuk pun dh dpt pengajaran bukan senang weh nk bukak hati kat lelaki lain semudah tu lain lah kalau spesis bohsia so sera lbih tahu apa yg ada dlm hati dia ... Dari captions ayat pun tau sera masih syg kan shuk tu  cuma skrg takut nk back balik sbb takut netizen hencap
Quote laksmanabentan 25-9-2022 06:02 PM
AWEKSAMURAI replied at 25-9-2022 02:09 PM
Aku okey je kalau dorang dua ni together back asal kan shuk btul2 insaf dgn apa yg dia dh buat aku ...

yang penting masyukkk uoollss..
jilat jer la balik ludah tu... hahahahahaa....
Quote likilu 25-9-2022 08:25 PM
laksmanabentan replied at 24-9-2022 11:17 AM
Alhamdulillah... camtu la terima balik suami seadanya kannn...
walaupun da celup2 tapi takpe, redho  ...

Setiap celupan tu bukti cinta katanya

Terima lah hakikat lelaki boleh cinta ramai ramai kalau mampu dan kalau tak mampu sorang je jadi kena pilih. So mampu ke tidak?
Quote silampumeja 25-9-2022 08:43 PM
Dalam video ni nampak lah syuk mcm tak mampu nak tgk sera wlpun sera tgh rakam dia.. mudh2an berubah lah btul2 syuk.... Tuhan bagi balasan cepat ni salah satu Dia syg... Kalau hrgai kasih syg Tuhan ni berubahlah btul2
Quote awenda507 26-9-2022 01:15 AM
Never ending drama la dua ekor ni
Quote laksmanabentan 26-9-2022 08:42 AM
likilu replied at 25-9-2022 08:25 PM
Setiap celupan tu bukti cinta katanya

Terima lah hakikat lelaki boleh cinta ramai ramai kalau mam ...

walaupun celup merata tapi tak punya apa2 perasaan uoollsss...
cinta heollsss hanya satu buat isteri sahhh...
yang lain2 tu celup2 jer pun...

hahahahhaha...
Quote virgo19 26-9-2022 08:55 AM
Gedik la pompuan ni.. dh bercerai tu move on jela. Dah bukan muhrim. Takyah la nak hantar sambut bagai.. kalau alasan nak bawak anak, biar la family dia je yg bawak. Saja je kan nak main2 perasaan? Atau saja nak jeleskan si skandal? Atau saja nak buat content?
Quote melinda_kerr 26-9-2022 09:01 AM
cinta sejati lah kn walau berpisah tetapi masih tk bleh lupa... kalau aku tkde mkna nk buat tribute video khas untuk ex laki dah tahu laki dgn perempuan lain. no mercy.
Quote casper2022 26-9-2022 09:01 AM
semoga betul2 berubah la syukkk
Quote sangbara2020 26-9-2022 11:16 AM
Sian dh terlambat
knp drp dulu kan xberubah ms bininya bg peluang
jantan ramai yg sebegitu...
ketahuilah kalau bini kau baik dan kau buat jahat dia bg kau ms berubah,..kau ubah le cecepat..
sampai ms bini kau say no to u...enough.,...
kau akan terkesima....xkan kau jumpa pompuan mcm bini kau lagi...

ewaahh.....

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.044280 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top