CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azira Shafinaz Lega Dah Tak Dikaitkan Dengan Mana-Mana Lelaki, Seronok Single

24-9-2022 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1954| Komen: 5

Tiada lagi gosip cinta atau dikaitkan dengan mana-mana lelaki membuatkan pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz mampu menarik nafas lega.

Menurut Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan, 31, dia bukanlah seorang wanita yang suka dengan kontroversi dan mengakui lebih selesa jika kisah peribadi tidak diperkatakan.

Foto: IG

"Lega rasanya apabila tiada lagi cerita sebegitu. Mungkin orang mahukan sesuatu, tetapi saya bukanlah seorang yang suka dengan kontroversi.

"Apa yang keluar dari mulut saya itulah yang benar," katanya kepada mStar.

Anggota kumpulan DeFam ini ditemui ketika sidang media pelancaran filem pertama lakonannya sebagai watak utama berjudul Talbis Iblis di Kuala Lumpur, baru-baru ini.



Sebelum ini nama Azira dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Sharnaaz Ahmad apabila mereka sering dilihat mengadakan sesi live bersama di laman sosial.

Menjawab mengenai gosip itu, Azira memberitahu dia dan aktor berkenaan hanyalah sahabat baik dan ia kekal sehingga hari ini.



"Sekarang ini saya single dan happy.

"Tiada sebarang hubungan istimewa dengan Sharnaaz sebelum ini dan kami masih berkawan baik seperti biasa," jelasnya.

Sementara itu bercakap tentang perancangan mencari kekasih hati, Azira berkata itu bukan menjadi keutamaannya buat masa ini, namun berharap semua orang dapat mendoakan agar dia segera bertemu jodoh.



"Memang ramai yang sudah mula bertanya soal jodoh, namun fokus saya sekarang lebih kepada kerjaya. Apa boleh buat kalau jodoh belum sampai!

"Ada yang cuba mahu dekat tetapi belum ada yang istimewa. Kawan biarlah ramai, bercinta hanya satu. Doakanlah saya bertemu jodoh.



"Kalau mencari seseorang biarlah yang boleh terima saya dan keluarga. Paling penting lelaki itu hormat kerja saya kerana tak semua boleh faham kerjaya ini," ujarnya.

Bercakap mengenai filem Talbis Iblis, karya arahan Khabir Bhatia itu akan ditayangkan bermula 20 Oktober depan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kepot 24-9-2022 11:39 AM
azira ni lawa.
ada pakej tapi syg kurg menyerlah.
Quote Perawankota 24-9-2022 11:36 PM
Takkan lah setakat nenas je kan.. Mesti lah nak yg boleh kasik kesenangan sampai tua
Quote bedahmenjuyah 25-9-2022 12:46 AM
Perawankota replied at 24-9-2022 11:36 PM
Takkan lah setakat nenas je kan.. Mesti lah nak yg boleh kasik kesenangan sampai tua

Bukan netz ckp dia anak orka ke. Oh tp kalau orka pun kena la cari yg sekufu kan
Quote Tapayana 26-9-2022 02:57 PM
azira shafinaz so 2015
Quote ayukpingu 26-9-2022 03:27 PM
Dia tengah bagi hint.

apaagi wahai ikan jerung semua, tunjuk kan duit mu.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.046048 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top