Mwar Rashid hamil anak ketiga dan kandungan dah masuk lima bulan. Katanya dia tak ada niat pun nak sembunyikan berita tersebut namun hanya berkongsi mengenainya apabila kandungan dah kuat.
"Kita tak ada perancangan apa-apa tapi sebab kawan-kawan pun dah mula tanya. Komen-komen di Instagram pun ramai dah boleh agak. "Tapi Alhamdulillah, kandungan dah sampai lima bulan dan semakin kuat," katanya kepada mStar.
Mawar kata hamil kali ini adalah paling mencabar. "Sebenarnya alahan kali ini memang paling teruk, terkejut saya... tapi rasa berbanggalah dengan ibu-ibu dekat luar sana yang lalui Mawar lalui ni. "Saya kena alahan yang sangat-sangat teruk, kehamilan sebelum ini sebenarnya sangat sikit. Kali ini sampai masuk air dekat hospital, masuk ubat sebab tak boleh nak telan apa-apa. Sampai orang cakap boleh mentallah! "Untuk timester pertama muntah hari-hari, minum dan makan tak boleh... dehydration sampai kena ke hospital. Tapi tak sanggup nak tinggal lama di hospital sebab nanti stres." Tambahnya dia juga terpaksa duduk di dalam bilik kerana tidak boleh terhidu bauan lain selain di dalam biliknya. "Saya tak boleh keluar bilik langsung, hanya berkurung dalam bilik. Rasa teruknya kali ni, sampai nak buat kerja pun tak boleh. Tengok gambar ke nak buka Instagram lama-lama tak boleh. Dia rasa pening! "Nasib baik al-Quran boleh tengok, banyak termenung tapi Alhamdulillah ada sokongan suami yang uruskan, mummy dan adik beradik yang sangat-sangat supporting dan sentiasa doakan. Sebenarnya saya takut juga benda ni berlarutan selama sembilan bulan." Mawar berkahwin dengan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017. Pasangan ini dikurniakan dua anak iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta. -CARI |
cattiecute replied at 23-9-2022 04:49 PM
nama anak tak menahan tambah2 yang pompuan tu.
rotiban replied at 23-9-2022 04:53 PM
Raden Seri Rosabella Cinta binti Raden Ahmad Faizal Yaakob...ko mampooo tulis pepanjang camtu? :lol ...
chekacheku replied at 23-9-2022 04:52 PM
Nama ngn rupa paras ank2 mereka ni agak...berat utk dibawa..
rotiban replied at 23-9-2022 04:53 PM
Raden Seri Rosabella Cinta binti Raden Ahmad Faizal Yaakob...ko mampooo tulis pepanjang camtu? :lol ...
ADVERTISEMENT