Kestabilan ekonomi, pentadbiran dan kejayaan dalam sukan negeri Johor, terserlah menerusi perkongsian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Instagram Story baginda baru-baru ini.
Namun, terdapat salah satu hantaran TMJ yang cukup menarik perhatian, di mana pemilik kelab Johor bola sepak Darul Takzim (JDT) ini memuat naik karikatur maskot McDonald’s. Hantaran berkenaan seolah-olah memerli Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor seorang yang gagal. Melihat hantaran TMJ yang lain, baginda turut berkongsi senarai pungutan pingat kontingen setiap negeri dalam pertandingan Sukan Malaysia (Sukma) di mana negeri Johor menduduki tangga pertama dengan kutipan pingat keseluruhan sebanyak 130 berbanding negeri yang lain.
Malah TMJ juga memuat naik senarai piala yang berjaya diboloti dari pasukan bola sepak, netball, rugbi, sepak takraw dan hoki. Selain berkongsi kejayaan kontigen sukan negeri Johor, TMJ juga turut berkongsi info prestasi ekonomi negeri baginda yang berjaya mencatat jumlah pelaburan tertinggi dalam negara. Menjengah ke laman Facebook Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Sanusi memuat naik hantaran respons kepada TMJ terhadap perlian yang ditujukan kepada beliau dengan kapsyen ringkas. Berdasarkan kapsyen tersebut, boleh dikatakan Menteri Besar Kedah ini tidak berasa terkesan dengan apa yang ditulis oleh TMJ dan tetap dengan pendirian untuk menjadi diri beliau sendiri. Perang perbandingan pelbagai aspek antara kedua-dua individu berprofil tinggi sering kali terlihat di media sosial, apa pandangan anda tentang hal ini? Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT